9/12/11

kpop dan lucifer

Kadang-kala kemalasan kita untuk belajar dan membaca menjadi satu punca kejahilan kita. Baik jahil dari segi ilmu dunia apatah lagi dari segi ilmu agama. Kita tolak ayat defensif; lubang kubur masing-masing atau eleh, macam dia tak pernah buat dosa!

Di awal usia belia saya (masih belia cuma belia saya kini hampir ke penghujung), saya pernah secara suka-suka berkata; sesuatu yang saya mahu bersemuka adalah fallen angel. Di bawah sedar, saya jahil (merujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayui DBP - jahil bermaksud bodoh). Sehinggalah suatu masa saya ditegur seorang kawan mengatakan fallen angel itu adalah nama lain untuk syaitan. Syukur Alhamdulillah saya menerima teguran kawan dengan hati yang terbuka. Terima kasih kawan. Dan Subhanallah! Kenapalah kurangnya ilmu saya dalam membaca apatah lagi melibatkan agama saya?

Kenapa saya tertarik dengan subjek bernama fallen angel? Saya akui ia tidak lain tidak bukan hanya semata pengaruh muzik. Akibat taksub tanpa tahu apa maksud di sebalik yang 'mereka' cuba sampaikan. Dari situ juga, saya tahu apa nama sebenar fallen angel; lucifer. Dan nama-nama iblis yang mereka kutip satu persatu dari kitab ortodoks mereka yang saya tak habis khatam membaca kerana kekangan masa. Perkara seperti ini saya tak mahu ambil mudah kerana saya ada anak. Dan anak saya akan membesar dalam lingkungan sosial yang mungkin lagi mencabar dari yang berlaku di zaman saya. Siapa tahu?

Jangan salah sangka. Saya bukan mahu berceramah tentang agama. Tapi saya membebel tentang ketaksuban saya yang membawa kejahilan diri. Serius. Syukur kerana saya punya sifat; jika salah, teguran yang diberi saya terima dengan hati yang terbuka. Syukur juga kerana kawan saya menegur dengan cara paling berdiplomasi. Bukan; Kau tahu tak fallen angel tu apa? Fallen angel tu setan. Kau nak jumpa sangat ke dengan setan? Tak pasal-pasal kau dah tunjuk bangang sebab taksub sangat dengan muzik ganas kau tu!

Mungkin kerana ketaksuban juga, di bawah sedar kita berperanan seperti badut. Tapi hendak salahkan siapa?


Saya tak ajak kamu semua mengutuk atau mengata mereka. Walaupun pilihan mereka sebenarnya menadah diri untuk diejek hina tapi kerana ketaksuban kita menghalalkan budaya itu masuk ke negara kita maka muhasabahlah diri dan usah menambah dosa kering sendiri.

Jangan pula ada yang mengutuk gambar di atas tapi dalam masa yang sama menutup mata dengan adegan kemban watak si Izzah atau adegan tunjuk payudara Aaron Aziz ya?

28 comments

kpop kat korea tu kan, yang team pepuan tu, peha peha tirus tirus, putih gebu..

hok malaysia punya gemuk gemuk pehanya..pelik je rupa..hahahha

mujur sy bukan peminat mana-mana aliran muzik..terutama yg ganas-ganas.


setakat awan nano dgn sg lui apalah salahnya kan haha

9/12/11

ha'ah.cik geli cakap baru aku pasan.

mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

9/12/11

pernah minat dan layan lagu punk dan heavy metal. tapi nasib baik cepat tersedar...

9/12/11

Assalamualaikum Fara

saya minat lagu2 60an....he he

Wassalam

Tanpa Nama
9/12/11

minat tak kisah; jangan taksub

the more i read your entry, the more i want to know you, Fara dear.

9/12/11

baru tahu juga...tak sangka maksudnya syaitan ye..

kak ita tak minat pun...tak best aje..budak muda-muda kot..

9/12/11

Anak akak baru ni minat gak kpop tp akak pantau semua yg dia minat.......akan dtg x tahu la apa trend mendatang. Risau juga ni......

9/12/11

irama 80an lg best....semua org suka...kan!

kadangkala manusia bangga dengan kejahilannya.

Alhamdulillah... setiap hari saya akan buka blog fara ni utk membaca entri satu demi satu...

saya suka baca kesemua idea penulisan Fara ni.. ayat yang tersusun cantik, dan isinya penuh dengan maksud tersirat utk para pembaca fikirkan... Blog mcm ni lah yang saya selalu follow up...

teruskan menulis yaa... saya pun kdg2 nak ambil ilham dari segi gaya penulisan di entri2 di sini.. thanx ya for sharing...

cik ina kadang-kadang pelik orang yang minat atau taksub ngan seseorang artis, setakat dengar lagu sambil lalu macam tu tak pe lah, ini sampai memuja memang tak patut :(

10/12/11

gua jugak mcm lu dulu. pengaruh muzik.tapi masa gua minat ngn sesuatu band dulu gua dah tahu nama yg digunakan mmg terang2 puji syaitan..gua korbankan minat gua demi elak gua terpesong..

Tanpa Nama
10/12/11

Assalamualaikum Fara,

Kak Ani belajar sesuatu yang baru dari N3 Fara ni. Maklumlah bab2 musik ni kak ani kurang arif sangat.

Saya masih layan lagu punk dan heavy metal. (belom tersedar la gamaknya...?)

Respon dari komen eLL

11/12/11

papa mifz tak minat muzik...mano sodap didengar jer layan...nak taksub..no no no...

Tanpa Nama
12/12/11

@gedek!
samo la kito!

X boleh ke dorang ni sekadar minat lagu n muzik itu sdiri...Ni sampai taksub n sggup bergaduh sesama sendiri...Memalukan btl kan... Aduyaiiii

sy minat oasis..dulu kini dan selamanya..wonderwall...

tp sy minat muzik sheila on 7 terutama lagu dan....

kpop? aku suka yang pompuan je.walau tak paham sepatah haram apa yang diorang carutkan.hehe

12/12/11

lagu lucifer tuh aku suka.

lucifer tuh geng aku gak. :)

saya pun masih lagi kurang dengan ilmu agama..tp saya mintak supaya setiap hari saya belajar dan belajar ilmu agama..

13/12/11

kpop ai tak minat tapi takdelah sampai membenci.. lain orang lain apa yang dia suka kan..

kalau salah.. tegur dengan cara baik insyaAllah akan mudah diterima berbanding dengan mengutuk mengata..

13/12/11

hmm... pernah dalam keadaan jahil juga.. namun belajar dan memahami, buatkan diri ni sedar..
kadangkala.. kita tak perlu orang tegur kita dulu, sekurang kurangnya kaji slidik dulu sebelum mengikuti sesuatu itu...
lainlah kalau taknak belajar.. dan buat buat tak faham.. hmmm

20/12/11

Dulu zaman muda remaja, suka benar dengar lagu hindustan. Harap sya tak terpesong akidahnya :-)

Catat Ulasan