29/02/12

erykah badu tattoo Allah

Google

Maaflah kalau tajuk entri saya macam nak menarik SEO (Sengih sini).

Ok. Berbalik pada isu hangat. Saya suka lagu-lagu Erykah Badu. Klasik dan cool. Dan saya rasa dia adalah wanita kulit hitam yang comel dan cantik. Hehehehe. Jangan ambil hati. Minat saya hanya pada lagu. Bukan pegangan atau apa-apa.

Saya nak komen tentang isu pembatalan konsert Erykah Badu pada saat-saat terakhir oleh Rais Yatim. Bagi saya, tak perlu tunggu tattoo lambang nama Allah pun. Kalau dah nama Islam, apa jua bentuk hiburan pun silalah haramkan.

Macam inilah. Negara Malaysia hanya Islam pada nama. Semata-mata menarik undi dari kalangan rakyat yang konservatif Islam. Maklum, majoriti rakyat Malaysia adalah dari kalangan Muslim. Muslim macam saya. Muslim macam kawan-kawan blogger saya. Pihak kerajaan mungkin boleh batalkan konsert Erykah Badu. Tapi kelab malam masih berleluasa di mana-mana. Tidak menghina Islamkah begitu? Apa cerita?

Isu Erykah Badu adalah isu paling bagus untuk di ketengahkan pakatan rakyat pada saat-saat nak dekat pilihanraya macam ini. Saya fikir kalau Malaysia dipegang mereka pun, selagi tak ada kontroversi semacam ini, mereka juga akan mengalu-alukan kedatangan artis luar negara. Lainlah kalau PAS cuma PAS. DAP cuma DAP. Atau mungkin DAP kamceng dengan PKR. Atau mungkin PKR saja. Atau mana-mana sajalah. 2 x 5 = 10 juga jawapannya kan?

P/S - Ada sesiapa nak tubuhkan parti Robin Hood? Heheheh....

50 comments

29/2/12

betul...mesti akan dipolitikkan juga isu ni nanti

tak kenal dan tak pernah pun lagu dia... a'ah..tirulah negeri kelantan sana..tak ada pun kelab2 malam ke apa...apatah lagi silap cakap kelantan itu miskin segala..

ntah kenapa saya selalu bersetuju dgn kamu...

saya baru balik kursus dlm hutan..tak tahu menahu pasal isu nie....
memang keran dlm hutan betul sy nie huhuhuhhh

Artis 'kita' pun ramai yang lebih barat dari artis barat dan hanya pandai menuturkan Alhambulillah dan InsyaAllah pada ayat yang entah apa-apa!

sy suka Hassan Ali jer opsss..


sbnrnya sy x kenal pun erykah badu ni tp lps kes ada tattoo allah ni br sy tau siapa dia..


emm..bg sy bkn setakat kelab malam..gaya retis mesia berpakaian pon dah cukup memualkan

haah...sure masuk politik punya...

erykah badu, jangan wat camtu lagik yek,
dengar cakap cikgu....

....betuah kalo dia dengo cakap aku!

(moga di beri taufik dan haidayah serta innayah dari Allah, insyaAllah)

Tanpa Nama
29/2/12

@amirah
isu apa pun pasti akan dipolitikkan jugak. tak boleh lari. semua perkara tak boleh lari dari ruang lingkup politik. kita je yang suka membeza-bezakan antara politik dan urusan lain. sebab itu adalah memang tugas politik. mencari isu. membicarakan isu. mencari titik punca kepada isu. menyelesaikan isu. segala-galanya.

Tanpa Nama
29/2/12

malas pulak nak komen pasal erykah badu, penganjur konsert atau the star. aku nak baca komen orang lain je la.

29/2/12

masa aku tgk berita psl ni kat paper aku dah terfikir.isu ini akan di politikkan.betul tak?

29/2/12

jom kite tubuhkan parti robin hoood pulak..hahah

anyway, isu ni tgh hangat kat fbook.skrang tgk fb mcm pergi kedai kopi pulak.masing2 tgh bercerita...haha...

jangan diharap manisnya air, jika gulanya bercampur garam.. (penuh maksud tersirat kan)(",)

Problemnya bukan pasal music yang di bawa tu kan? Pasal kalimah yg dipermainkan..tapi itu pun nak dipolitikkan? Tskkkk...sedih..

@SM

Letih klu hal agama pun nak dipolitikkan.

@Mama Ema

Sape yg jahat ckp Kelantan miskin tu eh? Heheheh...

@sahromnasrudin

Tak payah tau pun tak pe Sahrom. Bt hati pedih je.

@kakcik

Entah kenapa ye. Komen Kakcik nie selalu kena gaya dgn entri sy. Sy suka...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Hahahaha! Betul Rina. Cuba tgk Sheila mAjid tu. Eh....termengumpat ke nie? Hahahah!

@♥cikmOt♥

Sudah semestinya!

sbb tu non-muslim jadi confuse..ada yg boleh, ada yg tak boleh.

pendek kata, buat sesuatu tu ikut kepentingan tertentu je. tapi apa boleh buat, Islam cuma pd perlembagaan bkn pada pelaksanaan.

setuju dgn komen Mama Ema. Kelantan terbaik okehhh. Bkn sbb ayah KC orang Kelantan tp kenyataan.

29/2/12

Sentap tengok Erykah Badu bertatoo sedemikan, batalkan concert. Tapi selama ni artis melayu islam posing macam nak bogel, tak pernah sentap..muka muka politican tu jugaklah yg kebulur kejar artis macam ni. Ada pernah ke nak gam artis2 yang suka posing nampak segala celah? Erykah badu tu sah sah bukan Islam..tapi artis malaysia? maybe islam atas MyKad Ironi? Inilah Malaysia.

@SM

Mls? Baca jelah ape komen org len. Aku rs, org Msia taklah sebodoh mana kan?

@Irfa

Klu da msk berita, ofcos le dah jadi isu politik.

=D

@Mr.Clive

Org2 yg bercerita dlm FB tu ade sesetengah dr mrk suke jadik Tuhan. Jdk jgn cpt percaya. Hahahah!

@fuad ansari

Tp kan Fuad, klu mak sy masak puding santan...die mst masukkan sket garam supaya ada rs lemak-lemak manis. Heheheh...

Anyway, pepatah yg awak bg tu mmg cool!

@wardah @ fie shah

Yup! Dan cancel saat2 akhir? Hahahah! Lawak!

@Ujie

Itu yg kita semua rs skg nie!

@kakchik@ella

Sy tak pnh rs Kelantan tu negara termiskin. Polemik politik je tuh.

Stuju ngan fara. Saya pon 1st time dgr nama nih...ketinggalan sungguh ☺

Tanpa Nama
29/2/12

@Pok Amai-Amai
hal agama yang dipolitikkan memang letih. tapi kalau hal-hal politik dan agama berjalan seiring dan saling bersandar, tu aku setuju. sebab agama merangkumi politik, politik pula mendukung agama. eh, macam ustaz pulak aku ni. bahaya, kang kena tangkap khalwat pulak. hahahaa...!!!

Tanpa Nama
29/2/12

@Pok Amai-Amai
orang malaysia tak bodoh, cuma seringkali cuba diperbodohkan je.

itu lah pasalnya..bnda ni secara tak langsung dipolitikkan, knp nak tunggu ada bantahan baru nak batalkan? nak jadi hero lettewwwwwwww =P

hairan ye ..
camne artis2 luar lain
boleh terlepas masuk pula?

biasalah..
ada udang balik mee :)

ayat alhamdulillah tak kena tempat

contoh:
saya bersyukur kepada Allah kerana saya menang lagi tahun ini...menang sbagai pelakon atau artis terbaik...

29/2/12

kenal si eryka budu ni sebab kes ini.. femes la dia sekejap kan.. hhmm..

ini bau2 tulisan politik....begini mudah sahaja ...

kalau di biarkan sahaja konsert itu nanti jadi modal politik dan dibatal pun mahu di jadikan modal politik juga kan...kalau semua mahu disalahkan dan di letakkan di bahu kerajaan apa guna jadi rakyat tetapi tidak membantu kerajaan utk basmi semua kemungkaran.Adilkah kita kalau semua yang kita pandang dan lihat harus kita letakkan di dalam tangan kerajaan sahaja dan di mana tanggungjawap kita sebagai rakyat?

Lihat sahaja Selangor dan kedah apa cerita kenapa tidak ikut macam kerajaan kelantan yg berani haramkan perjudian?

cerita sikit?

Ceritanya mudah sahaja kalau kita benar2 umat islam yang patuh kepada agamanya rasanya bukan satu persoalan besar kepada semua kemungkaran ini.Namun jangan lupa kemungkaran bukan bermula pada hari ini atau kerajaan sekarang tetapi sejak zaman nabi lagi...kenapa tidak dipersalahkan nabi sahaja?

oleh itu harus ada pertimbangan dalam apa yang cuba kita sampaikan pada hari ini...

Cakap2 politik mmg sedap tetapi adakalanya membosankan bila mana kebenaran seringkali di putarbelitkan oleh manusia.

saya baru kenal dia sejak isu ini...lagu2 dia tk pernah dengar...

hari2 budak2 ni bukak Hot fm dengarlagu Jamal katak bwh tempurung
:)

boleh jd cikgu SEO oke...

29/2/12

biasalah malaysia memang sukar diramal...
kekadang beriya2 menjulang Islam kekadang macam membiarkan jer Islam tu layu... tu namanya tindakan yang tak pernah dan tak akan konsisten untuk menegakkan Islam, ada mau?

suka bila farah berkata2....betul lah tu...

1/3/12

Politik isu lah nanti....

tak pasal2 dia ni femes kat msia..padahal ramai yg tak kenal pun dia tmasuk yna sebelum ni..hehe..betul tu..eksyen jer ada tattoo nama Allah baru nak batalkan konsert sebab menghina islam lah apa lah..konsert tu sendiri kalau tak ada tattoo tu pun dah cukup menghina apa..naik loya betul dengan mereka2 ni..

@SM

betul tu....kita seringkali diperbodohkan

@Prettywrite

betul tu...
tapi aku pelik lah....kenapa agama islam juga mereka nak hina nak keji...

suka sgt buat kacau membabitkan isu agama.

Tanpa Nama
1/3/12

xsilap ceta ne start kuar dr mystar kan..patutla lmbt pick up sal ne, y berita hebat2 kaji ceta mcm2 smpai lubang tanah indon y penuh satu mukasurat tu xde pla timbulkn isu ne..hak hak..eh eh dah lari tajuk pula aku ne

Tanpa Nama
2/3/12

aku setuju dgn tindakan kerajaan. korg nie, sempit betul fikir. asal masuk tv kerajaan korg ckp dipolitikkan. masuk tv tu untuk hebahan, kena la hebah pada peminat.

mmg la astis msia tx hbt mana. nama pun artis, kalau ustaz lain la. tapi kes nie lain, dia menghina islam secara terang terangan. (sory bukan nak bela artis pula)

cik pok amai-amai, negara kita bukan hya islam pada nama, ada tertulis dalam perlembagaan. yg islam pada nama brgkali umat islam di msia nie. brgkali ko, aku dan lain2 tu.

Tanpa Nama
3/3/12

"Apa jua bentuk hiburan pun silalah haramkan".... Ceteknye pemikiran :) Ekstrem ni!

Catat Ulasan