28/02/12

hotel

Saya tak pernah tempah bilik hotel melalui telefon. Senang cerita, saya jarang sangat pergi bercuti duduk hotel. Tapi baru sekejap tadi saya telefon hotel di Kuala Terengganu. Mati-mati saya ingat prosedurnya seperti kita nak tengok wayang atau nak naik kapalterbang (tepah dan terus bayar). Atau mungkin mereka minta sedikit duit deposit. Tapi rupanya mereka cuma minta nama dan nombor telefon. Memang macam itu ke? Kawan-kawan ada pengalaman tempah bilik macam ini tak? Memang betul sah ke saya dapat bilik itu? Susah hati pula sebab pilihan tarikh kami betul-betul pada musim sekolah. Naya nanti kalau datang-datang;

Maaf Cik. Bilik sudah penuh. Tempahan yang Cik lakukan tidak sah!


Seriau!

P/S - Saya dah kata. Setiap kali menaip, batuk bertubi-tubi menjelma. Buktinya? Cuba tengok balik perkataan yang saya merahkan. TEMPAH jadi tepah. MUSIM CUTI SEKOLAH jadi musim sekolah. Sewel!

30 comments

28/2/12

- kene mintak no. reference..

- kalau lambat kene bgtau pukul berapa nk sampai.

*melalui pengalaman saya yg memang keje book hotel untuk bos.

Tanpa Nama
28/2/12

memang betul, begitu caranya. dan mereka akan telefon semula pada hari kau akan check in esok untuk confirmation. kalau kau cancel atau tak datang, baru bilik akan diberikan kepada orang lain yang jenis `rambo' je.

ada juga yang kenakan bayaran deposit melalui kad hutang. tapi kebanyakannya hotel yang berbintang-bintang.

sekian info.

betul begitu..tapi make sure sehari dua sebelum tu kena call confirmkan semula bilik ok?

@Fida Ghazi

Oopss! Sy tak minta no. ref. pun...Kena call balik la nie eh? Tp sy dah remind kat die awal, sy mgkn lambat masa tu.

@SM

Yeay! Ok. Noted! Lega hati aku dgn info ko. Thx!

betul la tu...tak semua hotel mintak deposit...jangan risau yee..

selamat bercuti dan bersukaria...

28/2/12

ado jugak hotel yang macam tuh...tapi nak selamat better letak deposit sikit la supayo betul2 secure bilik tuh...:)

tak pernah lah farah...baik tanya atau bayar diposit sikit..takut nanti bilik tak ada..

28/2/12

betul rasanya tu..tp kena double confirm la jugak

28/2/12

hotel mana???
biasa mmg gitu r..
hr kita booking tuk chek intu dia akan kol balik..
x nak ngedate ngan i ke cik kak??
hehehehe

betul lah tu kak mmg takde deposit.ratu dulu pun taktau kak.mcm tak percaya pun ada main tggl nama n ic je :)

28/2/12

haha da kronik da batuk ni...dah makan ubat belom?hehe

anyway,simple giler booking tu.barulah setailo!hoho

selalu tempah bilik hotel utk bos. dia tak bagi reference no ke? kena mintak...mudah nk rujuk bila smpi hotel tu nanti.

asalam fara.ada jugak hotel yang tak talipun kita balik..kita yang kena talipun semula untuk maklumkan jika kita lewat.

tepah tu cakap orang Ganu dan Kelantan serupa tempah jugalah.

selama uncle bekerja, yang tolong tempahkan orang pejabat.

ada sekali tu uncle pergi ke KT bercuti .. itupun uncle minta orang pejabat cawabgab KT tolong tempahkan. jadinya kalau macam awak cerita tu .. to good to be true.

saya biasa tempah gitu..sbb suami selalu outstation & kena arrange sendiri.

mmg cuma bg nama & no. hp je. Nanti dah dekat2 dia call kita lagi utk confirmation.

yg kena byr tu kalau book online.

yup, seperti komen2 di atas, kita juga biasa tempah melalui telefon sebab tempah untuk bos, dan tak semua hotel mintak deposit, macam pengomen di atas, biasakan mintak no reference, kalau takde no reference, at least 3 hari sebelum tu call semula hotel untuk confirmkan bilik yea..kita pun ada booking bilik untuk cuti sekolah ni..:)

28/2/12

terengganu??
wahhhhhhhhh.. bestnya..
insyallah.. ayu rasa, tempahan dh dibuat.. tapi compomkan lagi ya

PS: minum air asam jawa.. moga cepat baik....batuk mmg menyeksakan..

keja book hotel ni selalu anak cik ina yg buat, tapi selalunya dorang nak deposit dulu.

SELAMAT BERCUTI FARA , BERHATI -HATI MEMANDU YE.

nak bercuti ya...ee bestnya! fara sila makan ubat....

Lama tk bergurau senda di sini...nak ke mana pn fara...manalah tahu sama destinasi kita tp saya pun belum fikir destinasinya...


selamat bercuti :)

29/2/12

tak pernah plak..
selalunya dh siap semua..hihihi

hikhikhik..salah kan sakit ye?

29/2/12

Nama
IC
No telefon

Sehari sebelum nak menginap buat pengesahan semula...kdg tu Pihak Hotal akan call buat pengesahan dan ada setengah Hotel yg akan beritahu kalau nak cancell sila beritahu sehari atau 2 hari lebih awal....

29/2/12

xpernah try...nak tempah guano pun xtahu....

nurul lagi bnyk typing error..selalu org lain yg tmph bilik.nurulpun tak tahu.huhu

29/2/12

raya tahun lepas ke Ganu.pertama kali aku tido hotel yg tak ambik deposit.pelik..

Tanpa Nama
29/2/12

Terimakaseh kerana saya serupa tidak tau selok belok menempah bilik hotel dan juga tak punya kad hutang.

betul dah la tu caranya..

saya selalu elakkan utk bercuti masa cuti sekolah... kalau masa cuti sekolah, harga hotel sedikit mahal dan ada sedikit berlaku kebanjiran manusia.. (",)

aku tiada pengalaman menempah bilik
biasa walk in jer

Catat Ulasan