Saya mungkin agak kedekut. Sebenarnya bukanlah kedekut. Tapi sikit berkira-kira untuk membeli sesuatu. Sebelum membeli, ada beberapa perkara yang perlu saya titikberatkan. Pertama, kualiti. Kedua, mampu. Ketiga, barang yang saya bakal beli itu mampu buat saya puas hati sampai bila-bila.
Salah satu benda yang buat saya selalu fikir berkali-kali untuk membeli; telefon. Telefon yang saya gunakan sekarang ini adalah pemberian suami semasa kami bercinta dulu. Bayangkan berapa lama usianya. Sampai skrin sudah pecah. Tapi tetap guna. Kedekutkan? Saya berkira-kira hendak beli telefon yang baru. Kawan-kawan sudah pakai Iphone 4S atau mungkin Galaxy S II. Saya masih dengan telefon cabuk. Bukan tak mahu beli telefon yang canggih tapi saya rasa tiada keperluan. Masih ada banyak benda penting yang perlu saya utamakan. Ya, begitulah pemikiran saya setiap kali ada hati hendak beli telefon yang canggih. Sudahnya, sampai kini saya masih dengan telefon cabuk. Bukan suami tak bagi lampu hijau (saya tak harap dia belikan untuk saya kerana duit dia juga adalah duit saya). Tapi saya risau dengan komitmen. Kalau beli telefon canggih, sudah tentu ada pelan itu pelan ini. Terbang jua duit saya setiap bulan. Tak apalah. Tunggulah saya betul-betul bersedia. Mana tahu suatu hari nantikan? Kalau ada rezeki lebih....
Selain telefon, saya sangat cerewet untuk membeli jeans. Suami selalu bising. Dia kata seluar saya dah tak rupa jeans. Warna pudar, tak cantik. Tapi bukankah lebih pudar, lebih vintage? Suami selalu suruh saya beli yang baru. Tapi saya susah hendak membeli. Tidak semua jenama jeans sesuai dengan potongan badan saya yang tinggi dan berangka besar. Lebih-lebih lagi di bahagian pinggul. Dan saya tak suka jeans dari kain memeri. Lama-kelamaan, ia akan longgar dan mereput. Kalau nak beli jeans, lebih baik beli yang betul-betul dari fabrik denim. Dan kalau nak beli jeans, lebih baik beli jenama yang sememangnya pakar pembuat jeans. Seperti Levi's dan Edwin. Makin lama pakai, makin selesa. Dan makin lama disimpan, ada nilainya. Jadi kalau saya nak beli jeans yang baru, tunggulah saya kumpul duit dulu.Terima sajalah sehelai jeans saya yang satu itu yang usianya sudah hampir 10 tahun. Alahai, kedekut sungguh! Dahlah kedekut, cerewet pula. Tak apa. Mana tahu kalau ada rezeki lebih suatu hari nanti....
Perihal kasut juga begitu. Saya faham kenapa orang lelaki sangat cerewet hendak membeli kasut. Bagi yang kakinya bersaiz panjang macam saya, memang susah hendak membeli kasut. Macam saya, saya kena beli kasut bersaiz 10 (kategori saiz perempuan Malaysia). Dan 8 atau 9 (kategori saiz perempuan UK). Saya boleh beli kasut murah di Vincci. Sepasang paling mahal pun mungkin RM80 saja. Tapi saya tak suka kerana tak tahan lama. Tak sampai setengah tahun, rabak! Mungkin saya lasak. Atau disebabkan saiz kaki yang agak panjang. Maka, kasut menjerit-jerit minta dilepaskan. Nak tak nak, saya pilih Clarks sebagai kasut rasmi untuk kaki saya. Di situ saja yang memenuhi apa yang saya mahu. Kualiti. Tahan lama. Dan puas hati sepanjang memiliki. Jadi, jangan ketawakan saya andai saya hanya ada 2 pasang kasut saja. Nak beli setahun sekali pun saya berkira-kira. Bukan murah. Dan saya pula bukan orang kaya. Tunggu 1-2 tahun lagi. Ada rezeki lebih, mana tahu.....
Kereta juga satu hal. Selagi tak habis hutang kereta yang satu ini, jangan harap saya hendak beli untuk diri sendiri. Saya sanggup naik turun bas dari ada komitmen setiap bulan. Apa lagi hendak memeningkan kepala memikirkan cukai jalan dan insurans saban tahun. Boleh jadi gila. Biarlah saya menumpahkan sepenuh kasih sayang pada Harimau Kumbang itu saja. Kalau semua nak berhutang, boleh jatuh miskin rasanya nanti.
Kesimpulannya, saya bukanlah kedekut. Tapi cermat. Saya tak suka; Biar papa asal bergaya. Tapi saya suka; Alah membeli, menang memakai. Biarlah nak dapatkan sesuatu itu memakan masa berbulan atau mungkin bertahun. Janji saya masih mampu makan ikan merah, daging batang pinang atau mungkin ketam pada hujung-hujung bulan. Kan?
25 comments
betul2 cheqna setuju..
bab selipar tu cheqna pakai cap crocodile..rege RM65 kadang2 RM59 tapi sangat tahan lama dan cheqna berpuas hati..=)
Assalamualaikum..
bila baca sehingga selesai akak faham segalanya...dan memang patut pun jadi agak sedikit kedekut...kdg2 org tk faham mengapa kita jadi kedekut pdhal utk diri kita sendiri..kita sendiri yg faham...tp bagusnya tk kededut bab makan....buat apa ikat perut demi mmenuhi benda2 yg tidak berapa perlu sebenarnya..
akak punya hp setelah 6 tahun baru bertukar..itupun sebab ada mslh bila org call akak tk nampak sape yg call..tp hp tersbut diwarisi anak yg kedua.:)
Sampai sekarang kakcik belum dapat membeli DSLR. Mungkin kakcik boleh beli, kalau betul2 berkehendak tapi kakcik memikirkan banyak benda lain yang lebih perlu...
Telefon pun akan kakcik guna 'selagi boleh'. :)
Salam Pok Amai Amai,
Alahai, tak tahu nama... takpe panggilan begini? :)
Sikap berjimat-cermat begini mmg patut di contohi... saya ni pemboros org nye... terasa malu pulak baca entry ni...hehehe...
Kedekut kalau kena pd tmptnya tak mengapa :)
Sama la jugak dgn kakain...kalau nk beli tu biar sesuai dan selesa dgn kita dan yg penting tahan lama... Walaupun mahal sikit tapi berbaloikan...
akak pun tak suka kata-kata biar papa asal bergaya..
pada akak, biar sempoi tapi poket gemuk...kan!
-beli ikut keperluan kan..
hohoho
untuung betul ada orang yang liat sikit nak g shopping shopping ni.
XD
SAYA PUN BERBELANJA APABILA BENAR2 PERLU SAJA.. BUKAN KEDEKUT..
aman bahagia jika mempunyai isteri yang tahu apa yang perlu dan diutamakan...namun bukan semua wanita yang mampu bertindak begitu.Semua amat memahami yang kaum hawa memiliki 9 nafsu ...ya bukan semua mampu mencontohi wanita seperti saudari ...hehe!
samalah kita , nak beli barang berkira,yg pasti mau yang berquality alah beli menang memakai, biar papa asal bergaya memang tak de dalam hidup : )
saya lebih utamakan keperluan berbanding kehendak..
wah..jeans dah 10thn..means awak slim je lah ya!
saya pun jenis tak suka ganti selagi tak rosak/bermasalah. dan tak suka ada baju/kasut/beg byk2. family slalu kata saya jimat sgt..pdhal bkn gitu.
Salam,
Betul sangat .. gabungan keperluan dan kemampuan ... mampu tak semesti beli ... tak ada tak bererti tak mampu. Faktor usia juga mungkin memainkan peranan ... dulu LF suka2 membeli walaupun yang ada tu masih elok atau tak berpakai .. tapi sekarang ni, dah masuk usia begini, LF simplified kan hidup ini.
hurm..hurm..inspired..:)
tapi kadang2 jadi jugak menang membeli kalau time2 stress..heheh
beli ikut keperluan sudah memadai.
assalam fara.bukan kedekut..tapi berjimt untuk keperluan yang perlu didahulukan.
kalau pasal makan acik pun sama memang tak pernah berkira.apa saja yang anak2 kata nak makan acik akan dapatkan..
jauh bezanya dgn sy.. sy asal nak je. mesti usaha smpi dpt. sggp kumpul duit.
tapi, itu dl..ms bujang. skrg dh kawen, ada suami yg menentukan pbelanjaan sy....antara keperluan dan kehendak. Bukan dia mengongkong sy. Tidak sama sekali. Tapi sy rasa bersyukur di anugerahkan suami mcm dia...sekurang2nya sy tak lagi jadi pemboros mcm dulu2.. :)
bagus entry akak ni..
bagi saya kesedaran untuk membeli dengan cermat.
biar sakit awal-awal masa membayar, tapi tak payah tiap-tiap bulan nak beli benda baru..:D
untunglah suami kalau dapat isteri yg tak boros.. (",)
hidup kalau berhutang, mmg boleh jatuh miskin.. jadi adalah lebih baik usahakan agar tidak berhutang..
hutang hanya akan membuatkan hidup terasa tidak tenteram.. percayalah.. (",)
pok amai belalang kupu2..tepuk bg pandai malam upah jean levis selai..
TERFIKIR KEMBALI PERLUKAH AKU MENUKAR HP SEMATA2 KRN NAK BUKAK FB?JAWAPANNYA..TAK PERLU.HUHU
...sama dgn kamu juga...bila sesuatu itu ada lebih kepentinganya baru akan dibeli atau ditukar jika tidak..yg sedia ada sahaja digunakan...
betul.. biarlah orang nak kata ketinggalan.. tapi ukur baju dibadan sendiri.. kalau terlampau mengikut orang pun susah jugak.
telefon:
walaupun baru setahun tukar (hadiah ulangtahun) tapi belum bermakna nak tukar kepada yang jauh lebih canggih.
jeans:
ye.. kita lebih kurang sama, pinggul besar dan memang susah kalau beli jeans, teringin tengok orang pakai cantik tapi sayanggg tak muat rupanya..
kasut:
size 8 adalah pilihan paling sesuai untuk ai.. bila berkenan sayanggg takde size.
kesimpulan:
cukup dengan apa yang ada.. insyaAllah ada rezeki lebih barulah dapat yang diidamkan. Buat masa ni ada yang lebih penting dari keinginan hati.
wah, mmg awak tinggi kan fara...
sya pun susah gak cari jeans sbb rendah...haha
Masa sya masih bekerja dulu (bujang), bab2 beli pakaian, kasut, mekap dan tudung adalah perkara yg sya selalu utamkan.
Skrg ni ada membeli juga tapi tak sekerap zaman bujang dulu
pst :uih fara kasut saiz 10(cuba mbayangkan). sya pakai saiz 5 je..hik