Semalam, nyaris-nyaris kena saman polis. Dek meletak Harimau Kumbang di tepi jalan. Orang kata, pagi-pagi jangan letak kereta di situ. Nanti polis datang saman. Kalau tak polis, MBPJ. Saya fikir, semalam cuti Thaipusam. MBPJ sudah tentu tak kerja. Tapi saya lupa. Polis bekerja 24 jam.
Nasib baik ada seorang Bangla (kenalan). Sanggup berlari datang ke pejabat semata hendak memberitahu kereta saya bakal disaman polis. Masuk yang ini, dah dua kali dia menolong saya benda yang sama. Tak boleh jadi. Setakat terima kasih mulut, nanti macam tak 'reti' bahasa pula.
Nasi lemak ayam sebungkus. Ok tak? Harap oklah ya? Ada sesiapa nak tolong beritahu saya setiap kali polis atau MBPJ hendak menyaman Harimau Kumbang saya? Silakan. Nanti saya belanja nasi lemak ayam. Hehehe...
24 comments
KALAU DAH 2 KALI KENA BAGI 2 BUNGKUS NASI LEMAK AYAM LA :)
KALAU DEKAT AKU PUN NAK TOLONG TENGOKKAN .HEHE..TAPI AKU NAK KEPCI
hehehee...abg bangla! :D
meh nasi lemak ayam sebungkus.pas tu gi check kereta cepat!
keh keh~
orang berbudi kita berbahasa..
tapi kalau dia tak faham bahasa?
nasi lemak pun boleh!! Haha
sikap yg harus dipuji =)
hehehehe nsb ada bangla tu..pd saya okay le kot belanja dia mcm tu sbb pd saya dia mmg ikhlas pun :)
dulu, sebaik tampuk pemerintahan bertukar. kereta yang aku selalu parkir di pusat bandar puchong (mpsj) langsung dah tak kena saman kalau tak letak kupon. tapi sekarang tak tau la. ada kaitan ke kaedah dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dengan pemerintah kerajaan negeri? entah, aku pun tak faham.
belanja bangla tue takpe..jangan belanja pak polis tue hihiiihhh
Org berbudi kita berbahasa Fara...
ok apa..lagi pun bukan dia minta.. kalau kita beri dengan hati yang ikhlas tentu dia pun gembira.. silap2 lain kali dia tolong basuhkan kereta dengan tak disuruh.. haha..
Kalau Bangla tu tak nak terima nasi lemak, bagi kat kakcik pun boleh. :)
Assalamualaikum Fara
saya dah tolong tu hari...lupa ke..
he he...(bukan apa..nak nasi lemak juga..)
Assalamualaikum Suyu
eeeeee......turtle
nak juga
bangla bagus jugak yer dari negro ngn indon yg sering buat kacau...
KALAU MAJLIS YANG SAMAN TAKLAH TERASA SANGAT.. KALAU POLIS.. ADUHAI, RABAK DUIT..
Salam,
Bagi nasi ayam dulu, lepas tu baru buat kerja
bangla tolong ado makno tuh...hehe
Kenyang Abg Banglaa tuu,
haha...kita kan SATU MALAYSIA?
akk anti polis, agaknya sb arwah bapa akk tak suka polis....anak pun terikut.
beli dua bungkus - lagi satu tu hantar kat iols... bleh???
ehehehehe
taknak nasi lemak ayam, nak mcD tak pun pizza.. hikhikhik..
Bertuah fara ada org yg prihatin mcm kwn tu...mesti dia suka bilateral diberi nasi lemak tu!
Bertuah fara ada org yg prihatin mcm kwn tu...mesti dia suka bilateral diberi nasi lemak tu!
haha..try try tanya selain nasik ayam ada tak bangla tuh teringin nak makan?
nak nasi lemak sambal sotong. ok tak fara ;-)