3/02/12

para tuhan manusia


Kenapalah kakak comel tu naif benar. Ta selidik langsung latar belakang sekolah terus hantar, samapi dua anak lagi... kesiannya:(


persoalan yang mudah kenapa tidak diselidiki dahulu sebelum membuat keputusan...rosak anak2 kerana tindakan 'buta' ibu bapa...

Eye Nee

anak2 tidak bersalah..yg "Bebal" ibu dan ayah...SELIDIK TERPERINCI dahulu..mmg benar nama sahaja buat kita yakin pembelajaran yg diajar melebihkan AGAMA..tp berapa banyak pula berita yg kita baca dan dengar ada yg hanya berselindung dibalik AGAMA untuk kepentingan dan kesenangan mereka sendiri...

Saya tertarik dengan 3 komen ini. Terima kasih Kak Zakie, En. Daddy dan Eye Nee kerana buat saya bermuhasabah diri.

Kenapa beliau tidak selidik dulu madrasah itu sebaik mungkin? Saya tahu jawapannya; Lantaran ilmu agama tidak setinggi mana. Apatah lagi dikongkong dengan perasaan mudah percayakan sesuatu produk berlabelkan agama dan ber'tauke'kan ustaz atau ustazah. Siasatan ala kadar beserta kata-kata jaminan yang maksimum dari pemilik madrasah maka keputusan nekad dibuat. Mungkin juga beliau dalam keadaan terdesak demi memupuk semangat cintakan Islam kepada anak-anaknya.

Alkisah....

POLITIK
Menyeru Allahuakbar! Tak perlu selidik perkara yang menegakkan syiar Islam. Ketepikan siapa mangsa apatah lagi pemangsa.

BANK
Berdosa menghalang syiar Islam. Jauhi riba'. Gunakan perbankan Islam dengan penuh yakin. Tak perlu selidik. Jika 'tidak tahu', wajib memilih produk berlabelkan Islam. Dan gunakan tanpa was-was.

PRODUK KESIHATAN
Syarikat piramid yang dimiliki seorang yang berkopiah. Walau hanya minuman cokelat. Mampu memberi daya ingatan kuat. Sesuai untuk para tahfiz. Tak perlu selidik apa ramuan dan formulanya. Apa yang penting, segalanya di jalan Allah.

KOSMETIK
Boleh dibawa bersembahyang. Walau bibir bergincu, mata diselaputi pembayang mata dan berdebu bedak di pipi. Tak perlu dibersihkan. Mudah untuk muslimah yang tidak pernah tinggal solat 5 kali semalam.

FILEM
Fiksyen suami isteri. Berlatar-belakangkan Makkah. Suami memegang tangan isteri. Isteri melentok ke bahu suami. Cerita berlandaskan Islam. Tak mengapa. Ianya sekadar membawa pengajaran. Demi mengembangkan syiar Islam.

Kesimpulan? Tinggalkan di kotak komen.

Saya berpegang pada rukun iman. Saya percaya Allah. Saya percaya Rasul. Saya percaya malaikat. Saya percaya kitab. Saya percaya hari kemudian. Saya percaya qada' dan qadar. Tapi saya tak percaya manusia.  Lebih-lebih lagi yang berselindung di sebalik agama. Jangan persoalkan jika saya persoalkan manusia-manusia sebegini.

19 comments

Ulasan yg sangat mantopppp.

oleh kerana farah sentuh lagi bank Islam, pakcik terpanggil utk beri pandangan. ini adalah pendirian pakcik yang tak berapa ada ilmu agama ini.

pakcik pegang kaedah Fiqh dalam melaksanakan perintah Allah, yang menganjurkan ..

1. kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua; dan

2. kalau terpaksa memilih antara dua mudarat, pilihlah mudarat yang lebih ringan.

wallahuaklam.

@al-lavendari

Pakcik, sy tak nyatakan pun tentang jenama bank-bank Islam. Apatah lagi Bank Islam. Sy tak tulis apa-apa pun. Malah, entri saya sblm nie pun sy mmg tak nyatakan pun tentang Bank Islam. Org selalu salah tafsir apa yg cuba sy terangkan. Malah, ada yg tegur sy seolah-olah sy menghalang syiar Islam. Tak Pakcik. Sebab tu entri nie terhasil.

Klu Pakcik kata Pakcik rendah ilmu agama, apalagi sy nie Pakcik....byk sgt dosa. Tapi mst org akan kate, dah tau byk dosa...nape nak pilih dosa lagi.

Kat Msia nie, org Islam Msia automatik akan disuruh konsum perbankan Islam. Cuma sy terpk...org Islam Msia yg menggunakan bank konvensional utk pinjaman...apa nasib mrk? Walhal bkn pilihan mrk?

Mcm suami sy sendiri. Bt loan (tak kiralah loan apa) dari bank konvensional .Tp bukan itu pilihan dia. Jadi bagaimana? Adakah kami yg memilih konvensional nie jahil? Tak tau psl agama? Kenapa tak ada ketegasan dari pihak atasan? Kenapa tak ada langkah? Kenapa?

Dan tiba2 ada org kata - nasib baik aku bt loan dgn bank islam. Spt; Aku nak belajar baca al-quran. Dan tiba-tiba ada org kata; Nasib bai kaku pandai baca Al-quran.

Arghh! Terasa dada spt ditikam....

alamak sy ketinggalan entri sebelum ni..jarang online sy sekarang ni fara..last entri haritu sy baca psl perbankan islam (tp x komen)..



...tetiba entri kamu ni buat sy teringat satu kes kat fb..ada title haji..bersumpah dgn nama allah x nak berurusan bisnes dgn cina kafir tp masuk skim piramid bwh yahudi..konfius?

apa hal ni?
tak semua orang yang ala2 ustazah atau ustaz tu dalam ilmu agamanya...

kita pun satu, asal nama islam je dah fikir baik..

ada orang guna islam untuk mempergunakan orang lain dan secara tak lansung memburuk2kan imej islam

tapi ada juga agama lain pun yang mcm tu kan???

3/2/12

FARA..
kat gugel reader ada ko tulis tajuk asb.tapi bila klik 'halaman tidak di temui'
muskil la..

KC baca je tak nak komen sbb KC pun bukanlah ariff dan serba serbi kurang sana sini.

salam MAULIDUR RASUL...

Menarik entry ini :-P

tp suka membaca x mahu mengomen,sbb bkn atas dasar lebih arif @ lebih jahil.

lihat shj fenomena tele movie nur kasih yg meletup2 krn jln ceritanya.

Mungkin?

Ada few quote yg sy setuju,ada jg yg x.

Apapun smg kita semua dbwh taufik & hidayahnya

amin

terlalu fanatik ngan islam pun susah gak, cam tulah jadinya.pelik ngan manusia cam ni.Islam tu kan mudah. Ikutlah keperibadian Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW .

saya jahil, cetek ilmu, sering mengabaikan semua ni, saya selalu gak telan bulat2 apa yang diwar2kan.

assalamualaikum......

Tanpa Nama
4/2/12

tak boleh nak salahkan sekolah tu jugak. mungkin pihak pengurusan atasan sekolah telah meletakkan visi yang jelas. cuma masalahnya kepada orang-orang yang diamanahkan untuk menjalan kerja tu je.

tak boleh nak salahkan mak bapak tu jugak. mungkin mereka merasakan mereka tidak mempunyai ilmu agama yang mencukupi yang melayakkan mereka mendidik anak-anak dengan lebih sempurna. jadi sebagai antara jalan yang terdaya selain apa yang mereka dah buat di rumah, mereka hantar anak-anak mereka ke institusi yang mereka percaya terbaik untuk anak-anak. SANGAT TAK SETUJU KALAU NAK MENGATAKAN MEREKA NI BEBAL. apakah kita tidak pernah tersilap langkah? walhal sebelum membuat keputusan, kita telah mengkaji dengan begitu mendalam. takkan tak pernah kot. kalau pernah, adakah kita menganggap diri kita bersalah (atau bebal)?

mela
4/2/12

saya pun tertarek dengan bab bank islam. penulisan fara menunjukkan ada kefahaman tentang muslihat mereka. my teacher said, riba' thru the back door. ye mereka yg menggunakan jenama islam terus diyakini. sedangkan ramai yang berselindung dan menipu. kaedah kita ialah segala pilihan berdasarkan ilmu bukan percaya hanya pada nama dan penampilan lahiriah.

commentary yang cover very good points.

apa lagi yang mahu diperkatakan jawapan sudah tersedia sila tepuk dada dan tanya selera kita akan kemana arahnya...

4/2/12

PALING TAKUT ORANG YANG HANYA BERTOPENGKAN ISLAM...

ramai yang jual nama agama untuk kepentingan peribadi...dan mana2 yg x tahu, asal tengok je ada kaitan dengan agama, terus sokong tanpa usul periksa...

skrg ni mcm2 kes...saya simpati dgn kawan anda, semoga dia dpt penyelesaian terbaik...tp kdg2 kenapa org kita selalu hantar budak2 "jahat" ke sekolah berbentuk agama dgn tujuan btk disiplin sudahnya ustaz naik minyak pukul pelajar degil smpai maut, kawan2 buli pelajar yg baik smpai maut juga...di tmbah lg dgn entri fara hari ni...buat saya termenung pnjg

Farah ke namanya :)

Saya suka entry ni!

Membuka minda orang Melayu..ISLAM khasnya :)

Catat Ulasan