Sakit hati. Marah. Kecewa. Sedih. Itu yang saya rasa.
Kakak comel (rakan sepejabat) mendaftarkan kedua anak perempuannya belajar di madrasah sepenuh masa. Madrasah tersebut terletak di Sungai Buloh. Silabus yang tidak meyakinkan. Pelajaran tidak sama dengan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Tiada PMR apatah lagi SPM. Jadi saya jadi ralat dengan tindakannya.
Kini, sudah setahun mereka belajar di sana. Kedua anaknya kerap jatuh sakit. Badan yang berisi jadi kurus. Dulunya cergas bertenaga kini lemah tak bermaya. Dan bila siasatan dibuat, rupa-rupanya;
- 4 ekor ayam diperuntukkan sehari untuk makan tengahari dan malam untuk dijamu pelajar seramai 60 orang.
- Sedulang nasi dikongsi 6 orang pelajar berlaukkan sayur dan 2 ketul ayam sahaja.
- Beras yang ditanak adalah lapuk dan sudah berbubuk (kutu beras).
- Pelajar dikerah mengemas rumah mudirah. Menyapu dan mop lantai. Basuh baju. Lipat kain baju.
- Pelajar haid diasingkan dan dikerah membersihkan pinggan mangkuk, cawan, dulang, menyapu dan mengelap lantai usai waktu makan.
- Motivasi berbentuk rotan tanpa sebab munasabah.
- Mudirah-mudirah yang sinikal; sindir dan perli hingga menimbulkan gangguan psikologi.
Mengingatkan saya pada berita pelajar madrasah yang dikerah menebas kebun kelapa sawit. Saya benci dengan perilaku buli kanak-kanak seperti ini. Menegakkan syiar Islam? Jawablah sendiri.
Laporan polis sudah dibuat. Kakak comel masih berkira-kira untuk memberhentikan anak-anaknya dari madrasah. Masalahnya, anak-anaknya kini sudah jauh ketinggalan dari segi pelajaran. Sedih.
53 comments
Assalamualaikum Fara
Subhanallah...
patut kita laporkan kepada pihak yg berkuasa..
madrassah yg makin tidak releven dgn nama nyer..
Lebih sakit hati, marah, kecewa dan sedih bila pihak berkuasa berkata 'tiada tindakan boleh diambil selagi tidak mengajar ajaran sesat'. Apakah??? :(
sangat sedih bila kita harapkan islam yang indah tapi yg menggunakan nama islam melakukan yg terburuk.
dan ibubapa yg kurang arif akhirnya membuat anak terjadi mangsa. tentunya anak2 ini akan dapat salah anggap tentang islam dan akan hilang cinta pada islam. bila pilih yg madrasah islam pun mendatangkan masaalah. sangat sedih.
hmmm ingat kan disana bagus.hmmm ntah lah kan.
tersungkur di pintu syurga
@atuk
Dah buat laporan. Msh menunggu tindakan selanjutnya.
@:: Mrs.Eady ::
Sgt menyedihkan
@kakcik
Kenapa mesti tak ada ketegasan? Tidakkan serius bila melibatkan anak-anak yg sedang membesar?
@mela
Di awal tindakannya, sy sudah ralat. Masih ada alternatif lain selain meninggalkan anak jauh-jauh tanpa kita tahu apa yang bakal berlaku sebaliknya.
Ya Allah..!
sampai gitu sekali layanan depa kat pelajar2 tu ye..
kesian betul....!
kalau aku...dah lama aku keluarkan budak2 tu dari situ...
bakpe lah sapa buat gitu..dok baiknyer la..
moga pihak berkuasa akan amik tindakan
Kenapalah kakak comel tu naif benar. Ta selidik langsung latar belakang sekolah terus hantar, samapi dua anak lagi... kesiannya:(
itu belum cerita pelajar madrasah yg dikerah mengutip derma.. lagi saya rasa tidak patut.. (",)
Saya yg membaca pon turut rasa sedih, apatah lagi kakak comel.
hado....mcm mana nak tumpu pada belajar kalau kena buat kerja amal, buat kerja.
kesian pada kak comel dan anak nya.
kesiannya...
Mak bapak beri kepercayaan pd madrasah utk membentuk anak berjaya dunia & akhirat tapi busuknya hati org yg sanggup buat macam ni..
salam.
ini serius. kene dihentikan segera.
menindas orang lain adalah tidak diajar dalam islam. kalau dibuat juga, maka ajaran itu boleh dianggap sesat.
kalau kita cakap itu adalah suatu ajaran sesat, adakah yang terima?
lebih baik berhentikan sekarang daripada terus terlambat... segera tukar anak2 tu biar la diorang start semula dari mula... tu lebih baik daripada terus ketinggalan...
@Cikpuan rara
Hati sy tak pernah rs yakin walau ber'nama'kan ISLAM. Terus-terang, demi anak...sy sgp selidik hingga ke lubang cacing sblm ambil keputusan utk menghantar dia ke mana-mana pun.
@-gedek!
....malah, bau syurga pun tak sempat.
@PUTUBAMBU
Klu sy, awal2 lagi mmg tak akan hantar anak yg mslh jauh dr penglihatan sy.
@cheqna
...hrpnye....
=(
persoalan yang mudah kenapa tidak diselediki dahulu sebelum membuat keputusan...rosak anak2 kerana tindakan 'buta' ibu bapa...
@Kakzakie
Naif dan terlalu cpt percaya krn pemiliknya seorang USTAZ dan beristerikan USTAZAH.
Sudah menjadi kelaziman, walau bank bernamakan ISLAM pun, org akan mudah percaya tanpa selidik muslihat di sebaliknya....
sebab satu dua habis semua cacat cela...
kenapa ke situ, adakah yuranya percuma?
@fuad ansari
Sy pnh tny salah seorang penjual produk kesihatan - kanak-kanak sebaya kanak-kanak sekolah rendah. Kenapa menjual? Kenapa minta derma? Siapa yg suruh? Kenapa tak belajar? Kenapa di sini? Siapa yang hantar?
Tp mereka tak bgtau apa2 maklumat pun. Mungkin sudah dipesan.
@fiza
Perkara ini ptt disebar supaya kita lebih CELIK dari terus menerima sesuatu yg memperalatkan agama.
@Telor Power
Mrk mmg tak blaja pun.
@gadisBunga
Maka penyebaran, penyiasatan dan peringatan harus dilakukan!
@lady scooter
Betul. Mgkn susah klu nak hantar ke sekolah kerajaan. Dah terlambat. Dah smpi ms tumpukan sj perhatian anak pada pelajaran. Ambil periksa semua. Kasihan mrk.
@sudipVSsenduk
Bkn busuk hati tp buta hati dek krn duit.
@Daddylicious
Sy akan jwb komen En.Daddy pd next entry...
@[PCL]
Rata-rata sekolah madrasah di Msia bukan sekolah kebajikan. W'pun mereka menerima sumbangan derma tp yuran yg dikenakan setiap pelajar agak mhl.
Dlm kes kakak comel, sy tak igt berapa tp sebulan utk seorang yurannya dlm RM300 ke RM400.
better tukarkan sebelum jd lebih teruk...makin lama dibiar makin byk yg ketinggalan...
lain kali selidik betul2...ha kan dh menyesal...yg madrasah tuh pun apsal la kojam bonar...
assalam Fara..semoga kakak tu cepat2 bertindak demi kepentingana anaknya.
anak2 tidak bersalah..yg "Bebal" ibu dan ayah...SELIDIK TERPERINCI dahulu..mmg benar nama sahaja buat kita yakin pembelajaran yg diajar melebihkan AGAMA..tp berapa banyak pula berita yg kita baca dan dengar ada yg hanya berselindung dibalik AGAMA untuk kepentingan dan kesenangan mereka sendiri...
sampai hati buat anak2 yang nak belajar jadik hamba-abdi!
kedua-dua anak tu darjah berape?ataupun tingkatan brape sepatutnya?
tak salah nak hantar anak ke madrasah tapi biarlah bila cuti sekolah..yg penting,pelajaran biasa untuk masa depan
@ratusiput
Kakak comel kata; Dalam usaha.
@Papa Mifz
Menyesal krn ada org Islam yg tak berhati perut.
@Acik Erna
Itu yg sewajarnya
@Eye_nee
Noted!
Komen yg paling cool.
@diana
Pendapat kite sama. Seteruk mana anak sy dilingkungi gejala sosial sekitar kawasan kejiranan, tp biarlah anak sentiasa di dpn mata.
@miloais milo
Ptt bt biografi la kan? Boleh Ms. Milo bt sinopsis. Org pertama yg nak baca ofcos sy! Hiks!
@Mr.Clive
Seorang 15 tahun. Seorang lagi 14 tahun.
=(
tak suka orang pergunakan islam untuk kepentingan peribadi dan secara tak langsung memburukkan islam pada mata agama lain..
hell with it...
kita pun memang silap main percayakan pada mereka yang 'berjenamakan' islam
tu aaah budak2 jual kalendar/minyak angin kat stesen2 minyak tu...
siapa yang dalang tu???
Kakak comel dah fikir habis-habis ke? Did she aware about the syllabus? Dia dah fikirkah akibat dari "TIADA PMR APATAH LAGI SPM"? Dah selidik habis2? Sayanglah bila masa depan anak dipertaruhkan atas agama. Bukankah yg penting dlm kehidupan adalah keseimbangan?
tiada istilah terlambat, harap kakak comel sgera pindahkan anak2nya ke sekolah aliran perdana.
aku ada tinggalkan komen hari tu. tak keluar?
Baru baca... sedih...