16/03/12

cuti-cuti terengganu - warung pok nong

Saya teruja hendak bercerita tentang keseronokan bila berada di Kuala Terengganu. Sudah-sudahlah cerita tentang insiden yang tak berapa nak menyenangkan itu ya? Permulaan rancangan kami, sepatutnya hari kedua adalah hari untuk bersuka-ria ke Taman Tamadun Islam, membeli-belah di Pasar Payang, makan petang di Batu Rakit dan seterusnya bermalam di rumah Tok Ki di Telaga Papan, Setiu. Tapi program percutian kami terpaksa dirombak.

Sebaik Aydin discaj dari HSNZ, hari pun sudah petang. Masa kami sangat-sangat suntuk. Segala-galanya terkejar-kejar. Kami terpaksa melupakan hasrat untuk ke Telaga Papan memandangkan hari pun sudah lewat petang. Dan terus-terang saya katakan, saya tak puas membeli-belah di Pasar Payang! Saya hanya sempat beli ole-ole untuk kawan-kawan di KL. Tapi tidak untuk diri sendiri. Walhal dah bermacam-macam benda sudah saya angankan. Semuanya tak menjadi. Dengan keadaan Pasar Payang yang sesak dengan pengunjung. Asyik berlaga punggung saja kerjanya. Tak boleh jadi. Bila jenguk jam, amboi! Macam laju saja jarum jam berputar! Geram pula rasanya. Kalau saya berlengah, sudah tentu saya tak sempat nak merasa sotong goreng tepung Pok Nong! Tapi sebelum itu kalau keluar dari Pasar Payang, saya tak akan lupa cendol Kuala Terengganu yang sedap! Dari dulu kalau ke sini, saya pasti mencari-cari gerai cendol. Tak kiralah siapa yang menjualnya, cendolnya rasa sama dan yang paling penting, memenuhi citarasa saya! Sedap sangat! Sampai 2 cawan saya minum seorang. Padahnya, batuk saya menjadi-jadi sampai hilang suara. Padan muka!

Kami terus memecut menuju ke Batu Rakit untuk menikmati minum petang di Warung Pok Nong. Tak susah nak cari Warung Pok Nong. Masuk saja ke kawasan pantai Batu Rakit, pasti akan terjumpa warung yang paling ramai pengunjungnya! Saya dapat tahu tentang gerai ini pun dari rancangan JJCM. Dan diperkukuhkan lagi dengan cadangan kawan blogger, Ujie. Terima kasih banyak-banyak kawan! Cadangan kamu langsung tidak mengecewakan kami! Seronok sangat! Apa tidaknya, makan di sana tersangatlah murah. Di samping layanan Pok Nong sendiri yang sangat-sangat mesra walaupun pelanggannya tersangatlah ramai! Suami saya bercerita, ada seorang pakcik datang ke Pok Nong hendak membayar apa yang telah dimakan. Jumlah harga untuk pakcik tersebut tidak lebih dari RM50. Pakcik itu terkejut. Dia kata mereka anak beranak makan banyak. Tapi harga yang perlu dibayar tidak lebih dari RM50. Saya sendiri pun terkejut dengan harga makanan kami 3 beranak. Murah sangat!

Cuba teka berapa RM? 2 ekor ikan kembung saiz XL dan seekor sotong bersaiz XL.

Disebabkan batuk saya tak henti-henti, jadi saya terpaksa melupakan ais jagung, antara menu istimewa Warung Pok Nong. Bayangkan, makan makanan laut sambil hirup ais jagung. Ditiup pula dengan bayu Laut China Selatan sepoi-sepoi bahasa. Saya tak akan lupakan saat indah itu. Seronok sangat!



Aktiviti hari kedua kami di Kuala Terengganu berakhir di pantai Batu Rakit. Kami kena simpan tenaga untuk hari ketiga kami di sini. Masih ada 2 destinasi yang harus kami tuju, Setiu dan Besut. Nanti-nantilah saya cerita ya? Saya tak boleh lama. Sekejap lagi mahu bergerak ke JB. Yeay! Selamat bergembira di hujung minggu!

27 comments

yeay..semoga semua selamat!

16/3/12

Kan?? Sedap & puas hati!
Saya pun ada buat entry khas utk warong ni.

Sbnrnya masa ke sana, saya tak tau kedai tu masuk JJCM. Suami yg bwk sbb dia biasa mkn situ bila ada kerja kt tganu.

membuatkan iols terasa nak ke terrenganu...

selamat berhujung minggu di JB ye fara!

16/3/12

Seronok bila dapat makanan yang sedap tapi murah. Selalunya dapat makanan yang tak berapa sedap dan harganya pula tidaklah murah.

Selamat berangkat ke JB dan selamat kembali semula nanti. :)

ratu pun tak puas dulu jalan ke terangganu sbb masa gi tu demam...insyaAllah ade rezki nk kesana lg... :)

16/3/12

antara ICT terbesh di trg =)

16/3/12

Assalamualaikum Fara

Insyaallah
1 kita menyumbang
Allah akan balas 70 kali

kita merancang setiap perjalanan, Allah yg tentukan segalanya... ada hikmah disebalik setiap kejadian.

saya rasa ikan & sotong tu harganya RM12...

2 tahun sudah saya ke KT jugak, tak jumpa tempat jual ikan/sotong celup tepung ni...Bkt Rakit tu berapa jauh dari bandar KT?

16/3/12

tidak puas hati kamu pada WN terbayar jugalah kan di WPN..dgn harga yg kamu kata sgt berpatutan tu...

kakain tak pernah sampai kat trengganu lagi tau..kesiankann...baca fara punya ni pun dah terasa berada kat sane jer...

bila la nak gi sana..

16/3/12

best jugak terengganu kan.. saya dah biasa jugak dengan terengganu pasal akak tiri tinggal di sana..

wah agak murah yer mkn di situ...

17/3/12

suka terengganu.... bila driving dan pandang ke laut, sama macam pemandangan dalam poskad... sungguh!

(jawab soalan kat sini... Kartun tu sebenarnya lukis pakai adobe illustrator... memang sengaja buat marker rendering supaya nampak weight color tu. tapi tak boleh lawan seronok pakai marker sebenar kan?!. Projek untuk AmanVille ~ indoor kids playground kat Space U8 Shah Alam)

As salam Fara,

Warung Pok Nong, first time dgr... dulu pergi Terengganu selalu mkn seafood goreng tepung dkat ICT... Tepi laut gak... sambil2 menikmati air kelapa muda...pergh.. sodap! Maybe next time klau pergi boleh lah try mkn kat warung pok nong ni... Nak cuba cendul jgklah...

Kalau sy, berjam2 duk kat pasar pyg tu... klau pergi terengganu mmg byk lah org nak pesan tp biasanye sy tak amik pesanan.... nnt brg kite xterbeli sibuk dgn brg org je kan...hehehe...tak senonohkan ;p

17/3/12

wah g jb?
Happy wknd kt u..
Bca psl cendol mmg tingat2 jek haha..

17/3/12

Noted...! Kalu turun Terengganu kena cari la Warung Pok Nong..

Bila aunty boleh jumpa Aydin ni? Trengganu mmg bnyk tempat menarik kan Fara? Tak singgah pantai permaisuri kat Penarik?
Akak tinggal dgn makcik kat Cendering dulu lama jugak. Dekat dgn laut, best. Tapi kat sini dah jemu tengok laut...huhu...

seronoknya bercuti... sumer kwn kata sutera murah kat pasar payang..nak cuba sampai sana la satu hr nanti..tp bila agaknye leerr

seronoknya baca pengalaman fara kat terengganu, cik ina tak pernah samapai lagi kat sana, tunggu tahun depan kot, tahun ni dah ada plan lain, seronoknnya nampak muka aydin ceria je.

citer gini boleh masuk dalam magazine travel...nice citer dier...exciting! :D

ciss mcm mana aku boleh terlepas pandang entri ni...

ok ICT tu mmg tak pernah miss kalau ke sana hehehe

Pic MF dokong aydin pandang ke arah pantai tu sangat2 indah dan berseni...

gambar aydin dgn ayahnya pula dari entri2 yg lepas suka gelak ketawa saja... like father like son KOT!

waahh..pemes warung pok nong..g ganu nt nak g sana gak r..uishh..hensem bulatnya aydin..:)comel!

19/3/12

walau pun mak mertua tinggal di kelantan (bachok) tak pernah lagi sampai ke pasar payang... nak kata jauh sangat tu tidak lah..hehehe..

cerita bab makan ni beskan.. perut orang yang menengok pun jadi rasa lapar...haihhh...

bercuti negeri terengganu hingga ke best..jauh perjalanan tu..dah sempadan dengan kampung ema..huhuhu

19/3/12

baru sekali ke Ganu tapi tak puas..nampak gaya kena pegi lagi.dan mesti nak cuba ke batu rakit gerai pok nong tu ;)

bestnya puas hati berjalan....kalu farah tak puas membeli belah..datang lah lagi kan,,,

Catat Ulasan