Percayalah. Kalau saya tahu dari dulu yang PTPTN ini membebankan, saya memilih untuk tidak meminjam. Lagipun, apalah sangat yuran UiTM? Saya fikir, Mak Ayah masih mampu untuk menanggungnya.
Saya sebenarnya letih dengan perkataan hutang. Sangat menyedihkan bila keluar saja dari universiti, saya sudah miskin. Gaji permulaan saya hanya RM800. Bayangkan bagaimana saya mengagihkan perbelanjaan bulanan saya dengan gaji sekecil itu? Jadi tak hairan bila saya acuh tak acuh bila hendak membayar hutang.
Saya tidaklah teruja dengan godaan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN. Dalam hati tertanya-tanya, mampukah mereka? Dan dalam masa yang sama saya sinis bila kerajaan menganggarkan hanya peratusan kecil saja peminjam yang disenaraihitam. Manakala majoriti membayar hutang mereka mengikut jadual. Jadi saya terfikir kalau betul peratusannya kecil, kenapa kerajaan tidak bertindak untuk menyiasat apa punca peratusan kecil itu liat hendak membayar hutang? Sedangkan saban hari saya dengar pembaca berita asyiklah berkata; Apakah punca dan sebab peminjam yang disenaraihitamkan ini tidak membayar pinjaman mereka? Tapi tindakan apa yang dapat saya lihat dari kerajaan? Tiada.
Saya yakin, peminjam PTPTN yang disenaraihitam sebenarnya lebih lagi dari jumlah yang dinyatakan di Buletin Utama pada 2 malam berturut-turut yang lepas. Dan terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan isu ini. Saya sebenarnya mengharapkan keajaiban. Andailah ada arahan dari kerajaan supaya PTPTN menarik balik penyenaraian-hitam itu. Andailah ada kerahan dari kerajaan supaya PTPTN memanggil kesemua peminjam yang disenarai-hitam itu ke sesi kaunseling. Andailah ada idea bernas dari kerajaan dengan mencadangkan PTPTN mengadakan akad perjanjian dan persetujuan dari kedua belah pihak dalam pembayaran semula pinjaman. Jika masih berdegil, lakukan penyenaraian-hitam semula.
Lepasan universiti yang miskin dan disenaraihitamkan oleh kerajaan juga adalah pengundi. Bukan warga FELDA semata-mata ya.
Apa salahnya, kan? Beri satu peluang lagi....
25 comments
bayarlah jugak walau 50 ringgit pun sekurang-kurangnya tak dikenakan kadar bunga..lebih selamat begitu dan pagi ni baca paper peminjam PTPTN yang cemerlang (pointer tinggi), pinjaman PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa..kalaulah dari dulu lagi dia buat macam ni kan bagus...
saya sudah selesaikan pinjaman pelajaran saya yg tak seberapa itu..hehehe...
nasib baik ema belajar dapat loan dengan MARA..dapat potongan ++% lagi..
sALAM fARA.
PTPTN lagi. Nasib baik masa belajar dulu sya pinjam dgn PERKESO. Alhamdulilah 5 tahun kerja dulu mampu utk selesaikan hutang2 tu semua berjumlah RM 16,000.huhu
Lambat ke cepat, yang penting hutang perlu dibayar, jgn culas! nnti hidup tak berkat.
betul tu kak.nk mansuhkan ptptn.mampukah mereka.saya ni peminjam pt,bukan nk ckp apa.kita yg bersungguh ni nk byr,dorg x nk pulak angkat fon.nk bertanya kan itu ini punya lah payah.buat iklan beriye2.tp pekerja sendiri yg malas dorg x perbaiki.xpaham tol.
mase dapat seronok kemain
nk pulangkan rase payah plak
entah laaa
Salam Fara,
Sekarang heboh cerita mengenai PYPTN.
Semoga satu keputusan yang memberi manfaat pada semua dapat dicapai.
syukur sebab tak pinjam PTPTN
POPULIS...
zaman sy belajar beum ada PTPTN.sy bersyukur sbb dulu dpt biasiswa JPA. Suami sy pon sama dpt biasiswa. Sbb tu agaknya sy x kisah sgt x kerja lps kawen. Hutang lps dah berumahtangga tu adatla kan.
ttg isu ni, sy pon x tau sgt nk komen apa sbb x tau sgt apa yg berlaku ttg ptptn ni.
mungkin pihak berkenaan ptt baca suara hati fara ni.
bukan semua yg disenaraihitamkan tu enggan membayar semula pinjaman. dah nama pon pinjam, kalau tak masa hidup, mati sok lagi payah nak bayar hutang... ade azabnya.
cuma kemampuan kewangan mereka yg jd masalah besar. sebab bukan semua yg masuk u, bile keluar berkerjaya. dan bukan semua yg bekerjaya pon mampu nak bayar. kos taraf hidup makin tinggi.
ada yg usaha mau bayar dgn amaun yg lebih rendah, tapi bile call ptptn.. hahh... jap pass ke org tu, jap pas ke org ni..lama2 'hang' gitu jer call... mcm la diorang call tu tak pakai duit...
sekarang ni,sebab xda apa-apa yang konpem,bayarlah hutang ptptn tu dulu...heheh...kalau dimansuh kan?rezekilah...kehkehkehke
alhmdulillah sya dpt duit dr YPJ dulu... tpi sgt2 sket compare duit Ptptn yg sya nmpak kawan2 sya leh tukar hp dan banje awek2... huhuu
rasanya nak g bayar abislah..tapi tunggu masa sesuai..huhu.tapi kalau pemansuhantuh rasanya takdok kot
patotnya guna formula mara...
slm..lu terima ksh pada pakatan rakyat..gua plak nk ucap tima ksh kat lu sbb bangktkan isu ni kat blog. Gua salah sorang peminjam dan mangsa ptptn. hahaa..bukan gua tak nak bayar tapi gua tak boleh nak bayar. gua sempat bayar 6 bulan jer pada 5 thn lepas. pastu gua lari kedai. tapi nama gua belum black list gua syak sbb bln lps gua ke luar negara pasport gua selamat imigresen tak tahan..
Mungkin ada jalannya hingga boleh memansuhkan PTPTN. Bagus banget kalu enggak payah dibayar.
Sudah terang lagi nyata dan jelas bahawa PTPTN ialah pinjaman. Dan kalau sudah meminjam mestilah membayar balik. Jadi yang kecoh-kecoh pasal mahasiswa nak berarak tuntut hapus hutang PTPTN ni jadah apa?
Kalau dah meminjam dan berhutang, mesti lah bayar balik.Kalau taknak berhutang dan nak bulan2 dapat duit poket pergi masuk IKM/KKTM atau ILP, ops... ape kelas masuk IKM/ILP, Baik menanggung hutang dari jatuh standard...
cik ina tak pandai nak cakap pasal PTPTN, sebab belum ada pengalaman lagi ngan PTPTN, tapi ayat yg bawah tu cik ina setuju bukan warga felda je pengundi, cik ina perati setiap kali nak hampir ngan plihanraya , warga tu diberi keutamaan .
tak tahu ..tak ada pengalaman..belajar samapi spm aje....
Ptptn..yang tak pinjam tak tahu azabnya macamana..memang ler dah berutang wajib bayar..bukan kami taknak byr..tapi kalo dah pinjam 10k byr 15k adil ke mcm 2?kami pinjam ptptn sbb terdesak sbb org susah..bukan saja2 ambk loan..loan diploma memang utk yuran dgn makan2 jer..kalo utk degree mgkin btul la ada yg siap dpt tkar henp0n canggih2 lg..n utk yg sdap ckp pjuangan utk hapuskan ptptn utk kbaikan anak cucu korang gak ler..sedap je ckap..tp takperlah mungkin org mcm ni suka byar hutang ptptn sampai mati kot..tak dapat pndidikan pcuma pn takperlah tp jgnlah l0an belajar pn jd mcm pinjam ngan ah l0ng..ah l0ng ok lg kot x banned nk g obeasea..ahah..
pada saya PTPTN banyak pro dan kontra nya..yang paling kontra yg menyebabkan orang taknak bayar adalah hidden cost nya..
saya juga tak gemar bila ibu bapa terlalu harap pada pinjaman ptptn tanpa buat persediaan awal utk pendidikan anak..paling tak suka dengar bila ada yg kata "menabung dalam SSPN bagus sbb nanti mudah nak buat pinjaman PTPTN"
kepala bana apa awal2 dah ada mind set nak berhutang..
adik aku (takat ni baru sorang je adik aku yang dah ambik ptptn).baru nak blajar dah ada hutang 10ribu.sib baik kuar terus dapat keje...kalau tanam anggur macam mana?aduhai
selamat wa pinjam 5ribu je..pastu sempat bertaubat..kah..kah..kah..
HUMBANKAN BN DULU, YANG LAIN KITA FIKIR KEMUDIAN...
Dear,
Biasanya yg disenarai hitam ni adalah golongan yg 'TAK BAYAR LANGSUNG'... Bayarlah ikut kemampuan tiap bulan... as long ko bayar tak jd masalah... goverment (refer agensi krjn bkn pemerintah) bukan kejam... Mereka sgt memahami sb mereka juga dulu adalah slh seorg peminjam PTPTN... cuma mereka tak ckp je boleh berapa byran minimum sb salah dr segi etika nya... :)))