13/06/12

harga

Aku adalah puteri gelandangan.
Aku berkhayal fantasi dengan kemahuan sendiri.
Bila jiwa sepi, aku hiburkan dengan iringan muzik hap aeolia.
Sambil mengibas sayap bidadari.
Dan cuba terbang tinggi.
Setinggi yang mungkin aku boleh pergi.
Bukan setakat Menara KLCC.
Tapi mungkin mencecah ke bimasakti.
Agar aku boleh bermain dengan Venus.
Mencelah riang di antara bintang-bintang....


Sukar untuk saya kata; Lepaskan saja apa yang ada dalam kepala. Hamburkan saja apa yang dirasa. Buat apa yang mahu dibuat. Nekad.

Sebenarnya tangan saya menggigil bila hendak mengajak kawan-kawan membaca karya picisan saya. Nak tak nak, saya kena berani juga. Lagipun, bila lagi? Kalau tak berani, mungkin cita-cita saya akan jadi seperti kek bantat. Tak jadi naik. Terbantut.

Dan ya! Jutaan terima kasih kerana sudi menyinggah blog hitam saya. Dan menilai karya saya yang tak seberapa nak ada. Saya memang perlukan (penilaian) itu.


Saya budak baru belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan.



27 comments

13/6/12

Assalamualaikum Fara

Insyaallah kita belajar hingga ke penafasan terakhir
Moga dlm lindunganNya senantiasa

13/6/12

hope usaha kita tu membuahkan hasil disamping akk puas sebab mencuba kan...
all da best kak.. :)

kagum dgn kamu!

13/6/12

sangat cool fara..saya suka baca hasil tulisan fara..santai tapi tak keterlaluan..idea pun fresh..

Keberanian itu kena ada, kalau tidak takkan terhasil sambal bila kita takut terpercik lada. :)

Apa yg penting apa yg diperkatakan ada yg memahami maksud. Itu bererti telah berjaya...

lepas ajer yg terbuku di ati...

pada pandangan kak ati yg tak
pandai ni...

kamu memang berbakat!

wah..karya fara? mantap! nnti saya jenguk..

sama mcm saya..harini baru nak umumkan ada blogshop. tu pun tumpang entri lain..sbb segan sebenarnya. tapi, kalau tak buat..rugi sendiri kn.

buat masa ni jujur ai takleh nak fokus lagi.. tunggu dak Nuha dah ok sikit baru boleh layan.. tak syok baru baca sikit si kecik ni dah memanggil.. :(

13/6/12

bagus akak punya keberanian.

13/6/12

tahniah kerana fara berani dan pandai berkarya. menarik sgt!

13/6/12

SETIAP BAIT KATA DI ATAS ADA INDAHNYA.. TERUSKAN USAHA..

moga blog hitam tersebut menajdi terang benderang.. (",)

teruskan berkarya...:)

sy salu pegi baca karya fara di sana..tp jarang komen..sy suka baca senyap-senyap dan bila ada waktu terluang spy leh menikmatinya =)


sbnrnya yg paling sy suka yg mcm novel tu..kisah aku dan teman serumahnya serta lelaki idaman persis faisal hussein..cuma skang ni bz x sempat nk baca sambungannya =)

13/6/12

Yup, kena berani..
Dan terbuka dada terima teguran..
Semoga berjaya berkarya!

puitisnya..

bagus fara..
berani bersuara
berani mencuba..

Karya kamu bukan picisan...mahal tau. Saya suka baca...penuh makna.

akk mmg sgt2 berbakat dlm menulis.i adore u sis.

saya memang kagum dengan penulisan dan idea kak fara... ayat tersusun kemas dan menarik utk di baca... I'll follow up blog 'cerita-cerita di tepi tangga' tu... nice

14/6/12

x ku sangka aku baru singgah di sana..tetibe bertemu kembali di sini...
bahasamu begitu puitis...mahal di mataku

sekarang MF makin mantap berkarya. teruskan berkarya ye...bait2 ayat tu sudah mendalam maksudnya

14/6/12

Kita hidup mesti berani dan sntiasa blajar hingga kita dicabut nyawa ;)

syabas farah!!!

14/6/12

aku dah pergi blog hitam ko tu dan dah follow pun...aku support ko 100% dan teruskan berkarya ye...ko mmg berbakat!!

honestly aku ckp, aku sebenarnya kurang gemar dgn n3 tanpa gambar...tapi dgn blog ko aku boleh layan setiap penulisan ko, dan aku boleh baca sampai habis...

mana tau lepas ni ko boleh keluarkan novel pulak, bertambah lagi kwn blogger aku dah jadi penulis lepas ni..

caiyok!!

patutulah setiap kali baca entry kat sini..cam fara ni seorang penulis karya...sangat berbakat

14/6/12

oh cik fara nih berkarya yer..all the best yer...:)

Catat Ulasan