15/06/12

emak sudah selamat

Semalam, terpaksa ambil cuti kecemasan. Bergegas ke Hospital Kuala Pilah, menguruskan Emak (mertua). Emak sudah selamat jalani pembedahan kecil dan dibenarkan keluar. Walaubagaimanapun, keluar hospital bukan penamat kisah. Malah, bagi saya ianya satu permulaan. Luka Emak mungkin boleh memudaratkan kalau tak dijaga pemakanan.

Semalam juga, kami bekalkan Emak dengan beras perang, jem diabetik dan roti Break Thru (ketiga-tiga makanan ini memang langsung tak sedap). Buat permulaan, Emak wajib bekerja keras (melawan nafsu selera makan) untuk menstabilkan bacaan gula dalam darah. Memandangkan bacaan tertinggi Emak adalah 25 mmol/L (kadar normal hanya dalam anggaran 4 mmol/L).

Kami risau kerana bisul Emak bukan di kaki atau tangan. Tetapi di belakang tengkuk. Emak memang nampak sihat selepas pembedahan tapi saya tetap rasakan ia agak serius. Luka kencing manis bukan luka biasa. Tak ada istilah makan ikan haruan banyak-banyak atau sapu minyak gamat pada luka selagi makan tidak dijaga. Saya sependapat dengan Rai. Tiada ubat untuk kencing manis melainkan menjaga pemakanan dan berdiet diabetes.

Mungkin saya agak cerewet. Saya kurang percaya pada ubat-ubatan alternatif (melainkan berasas herba 100% (yang bersih) tanpa sentuhan teknologi). Malah, ubat-ubatan berasaskan dadah juga saya kurang mahu ambil peduli (melainkan jika benar-benar diperlukan). Bagi saya, penyakit seperti ini tiada jalan lain melainkan menjaga corak pemakanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Ada sesiapa sudah buat pemeriksaan kesihatan? Kalau tak mampu buat di pusat perubatan swasta, di klinik kerajaan pun boleh. Cuma mungkin kena tunggu lambat. Korban masa sikit, apa salahnya. Sekurang-kurangnya boleh menguji ketahanan mental kita. Ye tak? Heee~

34 comments

alhamdulillah...

iols bulan lapan ni kena buat medical check-up - setiap tahun buat... sementelah opis yg bayor kan....

semoga cepat sembuh seperti sedia kala...

15/6/12

alhamdulillah...
hope ur MIL makin sehat..

*ooppss..mentua akk org n9??hihi..senegeri upenye ngn sy.. :p

jaga makan itu sendiri adalah ubat.

peliknya, ketiga2 makanan yg awak sebut tu adalah faveret saya.

mungkin sebab saya agak menjaga makan walau bukan diabetik.

semoga mak awak lekas sembuh ye~

Moga mak mertua Fara boleh bertahan dgn jadual pemakanan yg diatur oleh anak-anak. Berpantang dan makan yg tidak memudaratkan disamping ubat yg dibekalkan memang itulah saja cara selain doa...

15/6/12

kencing manis? sinonim sgt dgn keluarga saya. mmg kena jaga sgt2 pemakanan tp kalau jaga pun kalau nak kena disebabkan keturunan, mungkin akan kena juga fara

Alhamdulillah dh selesai pembedahan..

Saya penah try mkn beras perang..mmg tak sdp, putus selera tiap kali mkn. nasib beli sikit je sbb nk try.

Medical chck up..nk buat tp tak terbuat2. Kena bersungguh ni..

Yup apa2 pun dari aspek pemakanan, hmm saya pun makan tak menentu dan bukanlah sihat sangat pun..

15/6/12

alhamdulillah..

sbenarnya..saya now mkn brown rice utk kesihatan..mmg tak sedap n klu agak2 teringin beras biasa mmg layan gak beras putih hehehehe...

saya jarang amik ubat bkaitan dadah (pil etc) klu tdesak baru amik tapi klu boleh mmg tak nak amik :(

Setuju dgn Farra. Suruh mak jaga pemakanan ye.

15/6/12

ok jaga mak elok2 ye!

15/6/12

fara,
semoga emak fara cepat sembuh.. nanti saya email share something..

semoga mak mertua farah cepat sembuh...memang kencing manis perlu jaga permakanan..itu aje ubatnya...family belah hubby memang ada keturunan kencing manis...

15/6/12

saya nak cek 20 & 21 jun ni sebab mereka datang ke opis. hehe

15/6/12

random sugar normal should be ~ 5-8mmol/L..non fasting ni..kalau 4 tu dah hypoglycemic.

so, sekarang MIL buat dly dressing @ local clinic ke?

roti gardenia break thru tu sedap apa..heheheh..saya suka makan, buat toast..

Alhamdulillah...

pemakanan kena jaga dan kena pantau tu.

semoga emak cepat sembuh..


masing-masing ada pandangan mereka sendiri kan..sbg org yg berbisnes produk kesihatan biasanya sy suggest propolis..sembuh semua kerja Allah tp sbg hambaNYA kita kena berusaha =)

acik memang rutin..alhmdulillah setakat ini cuma kolesterol..darah tinggi pulak border..bila kontrol makan..ok balik

semoga mertua kak farah akan sembuh hendaknya... saya pun risau juga dengan kesihatan saya kelak.. muda2 gini saya suka makan2 banyak.. yang manis, yang belemak, berkolestrol semua saya sapu... hampir setiap hari lak tu.. huhuhuhu... sama2 kita menjaga kseihatan

alhamdullilah... semoga cepat sembuh...

15/6/12

SEMOGA IBU MERTUA AWAK SIHAT-SIHAT SAHAJA..

SERING JUGA TERFIKIR, APALAH NASIB SAYA APABILA TUA KELAK. APALAH PENYAKIT YANG ADA. SAKIT JANTUNG KE, KENCING MANIS KE, SAKIT BUAH PINGGANG KE ATAUPUN STROKE... MOHONLAH DIJAUHKAN..

NAMUN YANG PASTI, MATI ITU TETAP AKAN SAMPAI JUA..

Kencing manis or darah tinggi just minum air rebusan kulit jering je insya Allah berkesan..
Semoga mak cepat sembuh,amin..

15/6/12

alhamdulillah mak mertua dah sihat..

mak akak pun ada diabetes tp mak org yg berdisiplin bab makan, sampai abah pun x sanggup ikut emak sebab tu paras gulanya sentiasa terkawal..

akak? entah, time pregnant ada lepas bersalin x da,.. harap2 terus x ada...

15/6/12

betul tu..ayah RS sndiri pun diabetis.mak pulak darah tinggi.mmg kena jaga makan.RS yg anak ni pun takut juga tp tu la slalu tewas bila nmpk makanan sedap...

15/6/12

betul tu..ayah RS sndiri pun diabetis.mak pulak darah tinggi.mmg kena jaga makan.RS yg anak ni pun takut juga tp tu la slalu tewas bila nmpk makanan sedap...

fara cuba beli kan MIL beras taj mahal elok untuk diabetis, . 5 kilo boleh tahan lama. dulu arwah ayah cik ina ada makan beras tu InsyaAllah okey.betul tu fara bila dah kena diabetis kena jaga permakanan. Bila mak fara dah start makan ubat dia kena banyak minum air suam. semoga MIL fara cepat sembuh ,mahu menjaga permakanan dan banyak melakukan aktiviti riadah .Oat makan ikan bilis goreng dan sayur goreng okay gak.

kdg2 gaya hidup rakyat dh sihat. tp, kerajaanlah x jaga rakyatnya. contoh; naper perlu masukkan unsur kimia yg susah nak keluar dari badan dalam gula n garam? pastuh, blame rakyat x jaga mkn bla bla bla.. ok, per2 hal pon, didoakan mak awk cepat cihat..amin3

saya ketagih obat berasaskan dadah...

heee

18/6/12

syukurlaa...
saya pun agak skeptical dengan ubat2 alternatif...tapi in times of desperation,who knows? :)

alhumdulillah

harap2 emak mertua MF jaga pemakanan dan diri dari terluka.

tak cuba ubat2an kampung ker..tak pun produk2 yang boleh pulihkan kembali pesakit diabetis ni kepada normal

18/6/12

semoga ur MIL cepat baik...
harap dia boleh melawan nafsu mkn...satu perkara yg sgt susah aku rasa....huhu...

18/6/12

penah baca ttg diabetes ni pembunuh senyap.sejak bersalinkan yg no 3,aku tahu kena jaga makan kalau taknak diabetes menjadi penyakit kekal

18/6/12

eh lupa nak cakap ,moga emak cepat baik ye

alhamdulillah semuanya selamat..semoga lekas sembuh

Catat Ulasan