10/07/12

amuk putrajaya

Bila ada yang berimpian untuk masing-masing punya kebebasan termasuk dalam menganuti agama apa; Saya membayangkan orang Melayu terkedek-kedek menayang rantai berloket salib. Atau bindi di dahi. Atau tangkal Buddha di pergelangan tangan.

Apa dan bagaimana reaksi Melayu yang sejak azali ditekan, Islam itu automatik sebaik Melayu dilahirkan; Bila melihat Melayu sesama Melayu sudah bebas menganut agama-agama yang mereka percaya? Atau mungkin agama segera ciptaan manusia sendiri?

Entahlah. Manusia lebih gemar menghukum manusia. Berkeping amaran terpampang di otak sana sini pun, manusia tetap suka menjadi Tuhan. Tak boleh kata tidak. Bawah sedar, manusia menidakkan wujudnya Tuhan. Walau perilaku bersolat 5 waktu sehari semalam. Wajib! Tapi refleks menjadi Tuhan itu sangat sebati dalam diri.

Kesimpulannya; Spesis manusia akhir zaman itu sudah melata wujudnya. Macam makhluk asing. Dibiak. Diberanak. Menjadi sekawan. Menjadi segerombolan. Hingga meliput bumi.



16 comments

betul tu sis,bila dorg dh ada kawan.mula lah boleh buat mcm dorg betul semuanya.

10/7/12

bila terlalu taksub dengan sesuatu yang menjadikan pemikiran mereka ni bercelaru kan..

10/7/12

Bila kita sibuk mencari dan tidak lagi nampak apa yang telah diberi, kemungkinan kita juga akan kehilangan diri sendiri.

dah jadi macam penyakit berjangkit pulak kan?

Ramai yg gila kuasa sekarang ni!

byk blog tulis tentang ni hari ini. Tak terjangka boleh smpai ke tahap ini jadinya!

10/7/12

manusia mmg camtu sering blagak bagai Tuhan dan mghukum semua orang tanpa rasa bsalah...

Wallahualam!!

10/7/12

APA CCERITA SEBENARNYA.. BELUM SEMPAT MEMBACA..

memang ada manusia suka dituhankan oleh orang lain dan ada juga manusia suka menuhankan orang lain ...

melayu itu bangsa..islam itu agama

bila diberikan kebebasan bersuara, nak tunjukkan kegananasan sebagai warganegara pulak.. aduhai.. mcm2 skrg ni.. menakutkan..

10/7/12

Al-Fatihah untuk mangsa...

11/7/12

Bila akal tidak lagi berfungsi...Tabiat menjadi keji..Tindakan hanya beremosi....kelakuan di luar paksi dan akhirnya hanya kerugian dan kecelakaan padi diri sendiri...

Al-Fatihah....Allah lebih mengetahui....

KC mmg tak suka bila manusia cuba jadi Tuhan. ada yg suka persoalkan tntg pahala sedangkan sebagai manusia .. kita buat kerja kita. soal dpt atau memberi pahala itu kerja tuhan. tp zmn skrg .. ramai yg ckp .. kau bising2 nnt kau dpt penat, pahala kau tak dapat.

Sapa kita nak cakap camtu, kan. Manusia mmg suka menghukum manusia.

suka lah ayat eye-nee...setuju..akal dan fikiran ..fikir lah sendiri lah kan...

16/7/12

yang muka persis saya tu kan?

Catat Ulasan