27/09/12

sepi

Saya semakin culas mengarang blog sendiri. Setiap kali masuk ke sini, saya rasa sepi. Saya tak rasa seronok macam dulu lagi. Keghairahan saya sudah hilang sama sekali.

Hilang sudah dedikasi 100% kepada blog sendiri. Adakala, saya mahu lupuskan saja Pok Amai-Amai. Saya mahu bertumpu kepada blog yang satu lagi. Cita-cita yang saya angankan sejak zaman sekolah lagi. Tapi....

...saya teringat kisah dulu. Bila saya didatangi satu surat bersampul putih, yang menjemput saya ke sesi ujian kemasukan IPTA. Tatkala saya bersiap-sedia dengan segala alatan, saya dipandang remeh seorang kawan; Kau nak buat apa dengan benda-benda ni? Kau berangan nak masuk U ke?

Memang saya berangan. Tapi angan-angan saya menjadi kenyataan. Mungkin angan-angan itu sudah lama saya citakan.

Err, apa kaitan ya?

34 comments

Oh tidak....kembalikanlah semangat kamu itu!

27/9/12

Up date lah Pok Amai Amai ni..at least seminggu 3 kali...hihihi...biar ada dua blog...:) Saya sendiri ada satu lagi photoblog...yg mmg jarang2 saya update...tapi saya biarkan sahaja, ada masa, saya update..

Buatlah apa yang Fara fikirkan baik. Tapi sayang juga kalau Fara lupuskan blog ini. :(

27/9/12

fara! rindunya nak baca pok amai amai.. lama betul tak mengupdate.. saya suka je baca dua dua blog fara pun..tapi bila baca pok amai amai rasa lagi dekat dengan tuan yang menulis..hehe..

harap jgn la dilupuskan pok amai amai..

27/9/12

mmg takde kaitan.hehe

ala....blog baru ke blog lama ker. berilah komitmen kepada kedua2nya sekali .....

Semoga lps nie semangat nak menulis fara dtg blk.....

Alaaaa...jgn lah mcm ni. Biasalah tu...mood blogging ada pasang surutnya. Jangan lah lupuskan blog pok amai-amai nih. Sunyi lah saya macam nih >_<

Ianya ada kaitan dengan mood.
Bacalah mood sendiri!

.....cuma diharapkan agar jangan padam blog ini. Biarkan ianya menjadi khazanah maya.

Selamat maju jaya dalam apa jua yang diusahakan.

27/9/12

MF
kat sini cerita pasal life and aydin of course..
and yang bakal lahir(taktau bila tu.. doa moga ada rezki nanti..).

yang sana kan karya kamu..

kaitannya..tak mustahil fara nak handle dua blog. ada cita2..ada minat..boleh capai..tapi tak mudah.

bila menyepikan diri pasti ada yang tertanya2.. tapi kalau itu boleh menggembirakan mommy, kite kena terimalah.. ;)

awak nak jadi penulis yea..kadang saya suka jugak baca blog awak satu lagi tu..

nurulpun kadang2 semangan berblog turun naik=)

27/9/12

ok, kalu semakin xtif dgn blog satu lg, sila inpom kat sini ye... boleh la berganjak ke blog itu

Tanpa Nama
27/9/12

apapun KA doakan yg terbaik for u ye!

27/9/12

writer blog ke kak?saya pun macam tak bersemangat nak menulis blog sejak dua menjak ni..lepas baca ni :
http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/548505_10151164597219757_2090496265_n.jpg

bersemangat sikit.

27/9/12

Hidup sendiri ada kala di atas dan terkadang dibawah..inikan pula keinginan....

27/9/12

assalamualaikum fara! huhu..saya pun lama x mengarang. cuma rajin mengarang komen saje buat masa ni..

27/9/12

SEPI KERANA AWAK YANG MENYEPI...



Salam

Banyak yg ingin ku lupuskan
dari minda dari hati
dari kotak fikir

Tahu tahu aku juga menerima
sampul2 surat putih
tahun demi tahun
Tahu2 aku di Raudhah
Tahu2 aku di Jabal Rahmah

Banyak sampul surat putih
yang pernah ku terima
Menggulung diri dalam sepi
Dalam sedar
Menggulung ijazah
Sebenarnya banyak yg ingin
ku lupuskan tapi mana mungkin

Esok lusa tetap akan ada
surat bersampul putih
Mengubat hati
Buat bekalan jalan pulang

teruskan mengarang di blog yang satu lagi itu fara..kalau fara tidak menulis di sinipun, itu hak fara..tulis saja di mana-mana ..asalkan menulis...

tulisla..saya suka pandangan fara yg sgt jauh..

Dah terbukti anganan menjadi nyata, mengapa takut nak teruskan Fara. Kakak percaya Fara jenis org gigih..

28/9/12

pedulikan kata org itulah kut kaitannya..keep it up blogging :)

28/9/12

akak pun jenis yg semangat macam yoyo, kalau x da motivasi mmg x terbela la blog.. tambah2 be nuffnang x pernah muncul2 lagi,... mood berblog pun kelaut..

awat pulak? takleh..takleh.. kena teruskan..ehehe

dulu lepas spm, semata2 sebab saya taknak masuk sekolah asrama penuh atau mrsm, ada yg kata saya tak payahlah berangan nak isi borang upu...

isi borang maktab je cukup..

tapi saya degil. saya tak dengar cakap mereka. heheh~

1/10/12

mengapa nak lupuskan, sedangkan coretan mu masih diperlukan..



tiada manusia yang boleh tentukan nasib manusia yang lain.


ia ditentukan oleh kita sendiri.

:)

hai, jika berminat dengan zine Ex-Boifren boleh emel untuk order di:

ayinayusof@yahoo.com

2/10/12

saya suka blog ini...
wlpun jarang tinggal jejak ayu sgt admire tulisan tulus mu itu..

chaiyok fara

no kaka fara!! saya tak izinkan..haha!! tetiba :)

akk jgn close blog ni.bosannn

10/10/12

Biasa la manusia ada mood elok, ada ketika mood menurun. Tak pe fara. Beri sedikit masa pada diri sendiri.

Catat Ulasan