23/10/12

sila jangan curi tulang semasa waktu bekerja!

Menulis kisah sama seperti mengarang karangan sekolah. Katakan dalam satu ayat tidak disertakan tanda koma atau titik, bagaimana perasaan si pembaca? Katakan dalam satu ayat, disertakan perkataan bahasa pasar atau bahasa Inggeris tanpa bold atau italic (atau apa saja untuk mengasingkan perkataan istimewa ini dari bahasa formal), apa perasaan pembaca? Kamonlah! Pembaca adalah penilai, ok? Kalau tak ada pembaca, buku boleh laku ke?

Makhluk asing itu datang dekat pada aku rupanya hodoh sehodoh makhluk Gollum rekaan Jrr. Tolkien. aku terkesima terpana dan kaku. Dan di saat ini, aku tidak memikirkan perkara lain selain menghubungi kedua ibubapaku. Handphone itu ku capai dan terus mendail nombor mereka. Malangnya, diorang langsung tidak menghiraukan panggilan telefonku.

Adakah perenggan di atas menyakitkan hati bila dibaca? Jangan tuduh sesiapa. Perenggan di atas adalah rekaan semata-mata. Malangnya, saya pernah terbaca ayat seperti ini. Bila membaca, saya seperti mahu; Berubah menjadi makhluk serigala. Kemudian, mencari penulis novel syok sendiri seperti ini dan mencarik isi perut hingga terkeluar isi. Atau mungkin merobek kepala otak editor syarikat penerbitan yang main tangkap muat, melepas biar karya malang ini ke tangan pembeli (salah seorangnya adalah saya; benar, saya adalah malang berganda)

Entri ini adalah rentetan kisah sakit hati semalam dan sebelumnya akibat sekatan Facebook oleh pihak majikan yang tak berhati perut!


21 comments

Jika begitu gayanya, bagaimanalah soal memertabatkan bahasa hendak dijana? :(

Ohoo..luahan rasa lah ni.
Takleh fb, blogging boleh lg kn? ^__^

23/10/12

Novel Melayu?

Saya memang tak baca novel...

hehehehe

23/10/12

Harini boleh bukak fb tak?

ok ok....lepas ni kene check tulisan dan penceritaan sendiri kat blog sendiri..hehehe...relax la babe!

hehehe, ada ada jek kamu ni

23/10/12

kalau kat blog santai takpe kan???=)

Kalau betullah fara bererti syarikat penerbit itu sekadar nak meraih untung.. kakak belum terjumpa lagi. Takut anak yg terbeli.

banyak dah macam tu kak, penerbit mana tuh???? ce citer

23/10/12

kena block FB? ermm rasanya opis saya pun bakal juga

23/10/12

as salam

alamak entry saya selalu main langgar je..mujur saya jarang layan fb :)

hahaha.. jadi? apa kaitannya ejaan bahse pasar dgn facebook kena blocked? kekeke.

Saya setuju dgn awak. kalau baca buku, atau artikel terutamanya yang keluar di media cetak, mmg sangat menyakitkan mata bila penulis tak alert dgn bahasa pasar atau bahasa inggeris. Langsung takde usaha nak bezakan bahasa tu. Walaupun bukannya kita tak tahu perkataan itu adalah bahasa pasar, tapi kita terganggu sebab nampak sgt penulis tu buat keja sambil lewa.

Tapi saya tulis blog pun tak higlight jugak bahse2 tu. Huhu. Sebab malas.

23/10/12

aku dah lama kena block dr fb.tp aku amsih okey selagi masih boleh bukak blog.hehe

23/10/12

serupa je, kats ekolah akak pun banyak website dihalang semata2 kerana diberikan secara percuma,.. adakah kita ni jenis nakal tegar yang suka curi tulang dan tidak mendengar kata sehinggakan terpaksa disekat2 sebegini...

23/10/12

opsi kak jemah pun kena block utk bersosial... nyampah!

Tanpa Nama
23/10/12

best ar citer ni!

(kalau aku remaja 16 tahun yang kononnya dah kenal dunia)

23/10/12

dah lama kita takleh tengok fb kat opis.. :P

24/10/12

MUNGKIN PENULIS BARU.. AMAT MALANG SEKALI DIA TIDAK TELITI SEBELUM MENCETAK NOVEL TERSEBUT..

yang nakal tu lebih produktif. stuju?

24/10/12

auwwwww...

mmg setuju sgt.. pasti ada pihak y tlps pandang

fara.. klu pi bloy ayu ayat tonggang langgang maksudnya ayu nk cepat ya

28/10/12

adehhh...

Catat Ulasan