Memang dia suka menceroboh rumah orang. Ceroboh senyap-senyap. Siapa tak marah? Siapa tak terbakar? Kalau nak masuk, bagi salam. Bukan membolos diri dari celah-celah tingkap. Bukankah biadap? Malam ini, rasakan. Siapa pun tak boleh bersabar! Jangan keji aku andai pencakar itu menghunjam tepat ke leher jinjangmu dan cangkul tajam itu menghenyak-henyak hingga bercerai kepala kau dari badan. Kau ingat, aku simpati dengan darahmu yang percik merata? Kau ingat,aku kasihan bila melihat tubuhmu menggeletik menghadap sisa nyawa.
Cit podah!
20 comments
Assalamualaikum Farah
geram kat siapa ni....
kat mak ti ke..
Huiyo.. marah sungguh dia kat Cik Menti.. Sy kalu.. Marah camana pun.. Larik dulu.. Geliiii!!!!
Assalamualaikum Maiyah
mak aiiii...
macam mana nak beri tajuk yer... ha ha
eeeeiiieeewwww!!! agak meloyakan saya :)
jangan. tikus tu cuma nak cari rezeki je.
melihat kelibatmu dari kejauhan sahaja membuatkan aku gusar gelisah berpeluh tak sudah..tolong hilangkan dirimu dari pandanganku! oh tidakkk
Berani ke fara nk tamatkn riwayat tikus..ehee
kot nampak tak pe Fara..ni tak tinggalkan jejak je..geraaam je dah la busuk ya amat
Mak menti yg nakal!rasakan nntiii....
Kalau marah dia, jgn sampai dia dengar tau. Habis dikunyahnya brg2 fara nanti...hehe
Owh....kau kejam!
Nyawa makhluk sama harganya!!!
As salam Fara,
Erk, apa/siapa tu! Garangnye mama dak bolat kat atas tu! hehee ;)
Eeee cik si ti ni kalu dia mengamuk memang buat kita bengang, kan? Kak azie sekarang ni, kat opis dia tengah mengganas!
Sabar yer farah, hahaha dedulu akak selalu berperang dengan makhluk ni masa rumah lama. Bila dah pindah windsor, lepas makan jer akak spray segala tempat yang ada sisa makanan, agaknya mak menti ni fedup sebab bau clorox je kan, lama dah dia tak muncul..
Geliiiiiiiiiii..
tapi jangan marah pada miki maus, ya...
Tapi baisanya kita lari sebaik nampak dia kan:)
cik ti...nasiblaa... :)
kerabat mak iti
memang selalu buat kita sakit hati
cuba cari daun2 durian belanda letak2 kat tepi
biasanyer tak berani nk datang lagi
hehehe
Dik suami akk kata kita letak racun yg pink tu
tp bukan nist nak bunuh
cuma kita kata kalau tak nak mati sebab diracun sila pergi dari sini
Cik ti tu mcm fham dah tak ada pun sekarang ni mungkin dah pindah kot