10/04/13

bila perempuan mengandung anak luar nikah....

Saya manusia biasa. Walau wajah selalu saja kernyih, tapi mungkin hati saya banyak luka. Tak apalah. Luka boleh sembuh. Kan?

KALAU BOLEH, saya nak buka satu pusat. Pusat penjagaan dan perlindungan kaum perempuan. Perempuan yang ditindas, samada dari segi fizikal atau emosi. Kalau boleh, saya nak ajak perempuan yang mengandung anak luar nikah supaya berlindung di 'rumah saya'. Saya tak nak bayi itu dibunuh. Dan saya tak nak, ibu bayi itu dicemuh. Mereka mungkin berdosa. Tapi pintu taubat sentiasa terbuka. Yang kejam, adalah manusia. Manusia yang berlagak Tuhan. Manusia yang suka jatuh dosa manusia. Manusia yang suka-suka hendak menghina manusia yang berbuat dosa. Walhal, kewajipan manusia adalah menggalak manusia kembali ke jalan Allah. Kembali ke tikar sejadah. Kembali menyerah diri kepada Allah. 

Saya sedih? Ya, saya sedih. Saban hari saya lihat, manusia sedia ada yang mengaku mereka tak ada dosa selalu saja membangga diri dengan 'kesucian' mereka. Mereka tak berzina, kerana mereka punya pegangan agama yang kukuh. Wow! Sedarlah wahai manusia. Hidup ini umpama roda. Kalau tak kena batang hidung sendiri, tapi kita masih ada anak, adik dan sesiapa saja yang rapat dengan kita.

34 comments

Tanpa Nama
10/4/13

macamana kalau `rumah' tu diambil kesempatan? menjadi satu alasan baru. "ala, tak apa kalau berzina pun. ada tempat berlindung. ibu bapa, agama, undang2 boleh kirim salam".

10/4/13

betul tu..hidup umpama roda..so,jgn mendabik dada sangat..peringatan buat diri sendiri jugak..

manusia tak pernah maksum dan mereka juga tak berhak menjatuhkan hukum!

'Segala hukum telah ditentukan oleh Allah SWT dan manusia sebenarnya hanya boleh bertindak mengikut aturannya' - itu yang manusia sentiasa lupa.

semoga tercapai hasrat kamu ini satu hari nanti!

semoga tercapai hasrat kamu ini satu hari nanti!

semoga tercapai hasrat kamu satu hari nanti..amin!!~

10/4/13

Nanti ada suara yg kata " eh, kau bukak pusat perlindungan macam tu, serupa lah kau menggalakkan perzinaan"...:)

Ingat tak polemik ' nak bagi condom free supaya kes2 HIV/penyakit STD dapat dikawal'. Golongan yg bersuara itu lah juga pernah berkata, 'bagi condom = menggalakkan sex bebas'

Itu lah some Malaysians..
Raja dalam bercakap, mengomen.
Suruh buat, suruh bertindak?

cita2 yg sangat mulia :)


kernyih tu apa ek?

Saya pon sedih dgan nasib kaum sejenis saya dah juga nasib bayi yg tak berdosa tu.

10/4/13

betul tu, mereka mungkin berdosa, tapi pintu taubat sentiasa terbuka...

nowdays susah nk jumpa manusia berhati mahmudah..sesedap mulut mencerca org sdg kan diri sendiri masih byk perlu diperbetulkan..sabo aje la..kan sis..uhuhuhu

sekurang-kurangnya ada tempat perlindungan pada mereka.. kan ;)

Cegah sebelum terjadi tapi bila semakin menjadi-jadi memang dah sukar utk diatasi..

dunia kini penuh dengan pancaroba....
berusahalah untuk sesuatu yg indah... (:

Sedih plak baca entry nie :(

10/4/13

betul..mana tahu diorang akan hidup lebih baik lepas bertaubat...

Alhamdulillah skrg dh byk pusat mcm ni, tapi blm cukup lg. Ada yg dtg sendiri dan bertaubat. Ada yg terpaksa..

Bencilah perbuatannya, tapi jangan benci pelakunya. Pelakunya masih boleh bertaubat.

Pintu taubat memang sentiasa terbuka luas bg semua.

salam farah..kak ita like...betul tu farah..tak payah lah nak hukum org..kita pun belum tentu baik....

10/4/13

SEBAB ITULAH KERAJAAN NEGERI MELAKA DULU MEMBUKA SEKOLAH BUAT MEREKA YANG MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH.. BUKAN UNTUK MENGGALAKKAN, NAMUN SUDAH MEMANG MAKSIAT BERLELUASA.. ITULAH JALAN UNTUK MENYEDARKAN KEMBALI MEREKA DAN MENGELAKKAN MEREKA MEMBUANG BAYI.. TAPI RAMAI YANG MEMBANGKANG..

@smbotak

Ada ke org berfikiran mcm tu? Suka-suka nak bt maksiat sbb ada rumah perlindungan?

Bagi aku, manusia moden yg mengamalkan gaya hidup bebas such as casual sex, diorang expert dlm mencegah hamil. Based on my experience la, sbb aku pnh dikelilingi oleh kwn2 yg punya life mcm ni.

Selalunya, org yg kurang pengetahuan dlm sex edu, mudah panik bila sedar diri tu hamil.

Dan aku rs, kita kena alert sesuatu - perempuan serah body tak lain tak bukan sbb cinta. Bila lelaki yg dia cinta, pujuk2 rayu sikit, maka terjadilah perbuatan zina spt ini.

No wonder, ada pelajar agama yg bertudung labuh pun boleh terjebak dlm kes hamil anak luar nikah. Walhal, pasangannya bakal ustaz.

So, pegangan agama yg kukuh tu relevan utk diguna pakai tak? Aku rs tak relevan klu tak disertakan dgn sex education.

@Daddy Ziyyad

Msia mmg dah famous dgn sex bebas. Selagi nama manusia. Nak tunggu apa lagi? Manusia mmg tak akan sedar selagi tak kena.



@sudipVSsenduk

Kernyih - sengih.

Sumber - DBP

=D

10/4/13

kalu saya banyak duit, saya bina rumah pengasih dan saya lantik awak jadi penanung

10/4/13

Pandang lah sesuatu kebaikan yg ingin dilakukan dari sudut yg positif walaupun perkara yg ingin dilakukan itu seolahnya seperti menggalakkan sesuatu yg negetif..Jgn bersifat seolah malang tidak pernah bertandang musibah terlupa berkunjung...mengambil pengajaran dan iktibar itu adalah yg terbaik dari menghukum....

10/4/13

saya harap satu hari harapan fara dimakbulkan.
sbb saya harap sgt kes nie dpt dibateras.. ianya sgt kejamm

Tanpa Nama
10/4/13

suka baca n3 ni, setuju sgt, apapun kita, betapa besar pun salah & dosa, pintu taubat sentiasa terbuka, siapalah kita untuk menentukan kemana kita nanti samada syurga or neraka kan !.... sedekah nuffnang juga done !

10/4/13

biasanya memang manusia yang lebih2 menghukum terlebih dahulu...hmm...

gud entry! org hanya pandai mengata itu salah ini silap, tapi tak tau macam mana nak betulkan kesilapan tuh.

Pendidikan agama penting utk di yakini dan diamali bukan setakat belajar agama kosong baca tulis utk lulus exam. Pendidikan agama utk amalan harian sbg syariat hidup. Pratikal Rukun Iman dan RUkun Islam agar menyerap ke dlm salur darah, jiwa dan raga. Insha allah selamat para remaja kita.

Belajar sekolah agama bakal Ustaz belum tentu menjamin keimanan yg kukuh andai tidak dibentengi diri dari godaan nafsu syaitan laknatullah.

org dewasa punya silap akibat hawa nafsu, bayi mereka yang terpaksa terima natijahnya kan...

11/4/13

aku setuju bab yg ko kata,budak2 yg tahu kesan xtvt seks blum nikah ni dia tahu cara nak elak..yg mengandung tu sbb x tahu dan x sangka buat sekali terus jd anak..yg mendabik dada kata 'x padan dgn bertudung..ngadung anak luar nikah' pdhal diri sendiri pun buat..cuma belum mengandung jd rasa diri cerdik dan terlepas ;(

insyaallah fara mana tahu niat murni tuh termakbuil..peduli kata org2 angap jer mcm org2 kat sawah.hahaha

niat murni InsyaAllah dimakbulkan..masa depan man kita tahu kan..
saya sedih..sedih tengok baby2 tak bersalah, sedih tengok mak2 muda yang kadang2 hilang arah..kesian..tapi bila dorang buang merata sy jadi geram rasa nak penyek2 je muka dorang

Catat Ulasan