Entahlah. Walau sakit hati tengok video itu, tapi jauh di sudut hati saya tak salahkan mereka. Mereka cuma budak yang belum cukup matang. Masih bodoh. Masih perlu bimbingan. Mereka buat begitu kerana mereka meniru. Meniru sesiapa saja yang pernah buat begitu. Meniru apa saja yang pernah mereka tonton.
Tapi, tindakan buang sekolah itu sudah klise. Basi. Sudah-sudahlah 'memelihara' nama baik sekolah. Sekolah, fungsinya mendidik dan membimbing. Bukan berebut budak pandai. Bukan buang budak bodoh dan jahat.
25 comments
aku x tgk video tu..baru pg tadi dgr member cerita
nilah lawak zaman pramlee 'kecik2 x nak mampus..dah besar susahkan orang'
emm
(-)
kalau terus kekal di sekolah itu, mangsa akan lebih trauma.
Ramai ibubapa akan membangkang, akan banyak aduan diterima minta dikeluarkan dari sekolah itu (diberhentikan).
(+)
bagi peluang pada pelajar itu dengan menukarkan sekolah ke sekolah yang memang khas untuk pelajar bermasalah.
Moga dia akan berubah ke arah yang lebih baik.
Yep... denda cuci jamban dua hari sekali hingga tempoh satu bulan biar sampai depa insaf.. orait ler kan...
buang negara la gitu...
apa jadi ngan budak yang kena belasah tu ek...
Betul jugak tu....
latih budak tu dalam kelas boxing sampai boleh masuk sukan asia (at least) sebab skill dia `ongbak'kan sasarannya belum cukup padu.
tak pun serap masuk FRU (kaki pukul) atau jadi MP (military police, bukan member of parliament). semua orang tengah serius, aku sekadar bagi pendapat kosong dan tak bermakna je...
SAYA AGAK BERSETUJU..
kalo dibuang makin rosak la budak tu..
sy x tgk pun video tu lagi...sb nti sy sedih knp ada kes mcm ni...
sy x tgk pun video tu lagi...sb nti sy sedih knp ada kes mcm ni...
Tak tgk pon video tu.
toksah buang adakan seisi kaunseling.rasanya sekolah ada kelab n cikgu2 kaunseling yang bleh consult dia..kalau perangai mcm2 gak n buli sampai cederakan org lain kena hantar sekolah remaja bermasalah..mungkin dpt mengubah sikap dia
setuju. mereka mmg perlu dihukum, tapi bukanlah buang sekolah. Kalau buang sekolah itu maksudnya pihak sekolah cuma nak lari dari masalah sebenar.
patut ada cara lebih baik menangani masalah begini kan !
urut dada tgk video gitu
nok, aku tak diet carbo nok, aku diet nasi ngan gula jer...tapi karbo lain mcm roti, meehun dan mee semua aku bedal nok..huhu...
hmmm... belum cukup matang... boleh diterima... kebiasaannya, nanti bila dewasa, sendiri terfikir dan menyesal sendiri... (",)
harap budak2 tuh berubah lah, takmo dah dewasa nanti pun buat perkara yang sama...
Yes I am partially agree with your opinion. Boleh macam tu? Hehe. Tapi betul, fungsi sekolah adalah mendidik. Bujang sekolah bukanlah penyelesaian mutlak. Jangan langsung ditutup masa depan mereka. Who knows mereka boleh berubah? Tapi hukuman tetap perlu diberi hukuman. Saya menyeru agar public canning diperkenalkan balik! *tetibahhh~
Salam fara..
akak pun ada rasa yang sama wp tak melihat video tersebut.. mmg perlu diambil tindakan.. tapi bukan buang sekolah atau di hantar ke sekolah budak nakal.. rasanya tindakan seperti itu bukan pengajaran yg terbaik untuk mereka.. banyak cara lain yang lebih baik boleh diambil untuk menghukum mereka.. sebab sepatutnya menghukum untuk menjadikan seseorang itu jadi bertambah baik.. bukan sebaliknya..
x setuju buang skolah..walau jahat pun kasi nasihat leklok..buang skolah tu akan merosakkan masa depan bebudak tu je.
at least kasi anto gi kaunseling dulu..if x jalan jugak..kasi buat keje2 kebajikan selama setahun kt skolah tu..mana tau terus insaf, elok perangai kedian hari.
Memang geram tgk budak tu kena pukul tp sampai buang sekolah, nak jadi ape? tak dapat pelajaran, kat luar nanti melilau tanpa tujuan, nak jadi lagi gangster?
apa kata pindah sekolah lain. Yg penting sekolah.
Pendapat sayalah.
kasihan juga bila kena buang sekolah ne..musnah masa depannya..tak boleh juga nak salahkan bebudak2..kekadang terikut-ikut....sepatutnya kena lah bagi peluang atau cari cara yg lain..
humm.. pengaruh dari luar dah boleh dapat kat mana2 je.. kurang didikan dan bimbingan menjadikan mereka kurang kesedaran..
sy tak tengok vdeo tu tapi sy tahu mesti teruk budak tu kena belasah.tak boleh tengok vdeo pukul memukul ni jadi seram semacam..
sy pun sependapat, mesti ada sebab knp bebudak tu jadi macam tu..senang je buang sekolah.oagknya apa nak jadi dgn budak2 tu?insaf @ makin teruk?