3/04/13

thai tuna pasta


Tiba-tiba, feeling chef. Haaa~ Saja nak kongsi resipi. Siapa yang suka pasta tapi nak jimat atau tak suka makan luar? Atau sibuk yang amat sampai tak sempat nak masak nasi dan lauk heavy? Atau yang sedang berdiet dan jaga kesihatan? Moleklah ikut resipi ini ya kawan-kawan?

Thai Tuna Pasta
1/2 paket pasta (saya guna spageti)
1 tin tuna (saya guna tuna dalam minyak zaitun)
1 sudu teh pes tom yam
2 batang serai (hiris halus)
1 labu bawang besar (hiris halus)
2 helai daun limau purut (hiris halus)
4 batang cili api (hiris halus)
5 sudu besar sos ikan
1 cawan tomato ceri (belah dua)
1 biji besar lemon (boleh ganti dengan 4 biji limau kasturi)

Mula-mula, celur pasta sampai lembut. Kemudian, gaul semua bahan atas sampai rata. Kalau tak cukup masin, tambah sos ikan. Kalau tak cukup masam, tambah perahan limau. Kalau tak cukup pedas, tambah lagi cili api. Terpulang pada citarasa masing-masing ya kawan-kawan. Cepat, ringkas, mudah dan sedap. Yeeehaaa~

21 comments

tu diaaaaa :)

amboi chef fara...
ada lagi dak...jap lagi saya sampai...hehhe

Sedapnya. Thanks for the resipi fara.

waaaa very easy peasy!

thanks for sharing :)

3/4/13

lagi lebih cili api lagi umphhh ni

Ok good recipe boleh bagi kat suami untuk proses diet dia, hehe

3/4/13

TEKAK SAYA TAK TERIMA MAKANAN2 CAMNI.. :)

3/4/13

wah, tak payah tumis tu yang best dan senang~

bab memasak kuserahkan pada chef hubby.. hehehe..

3/4/13

Assalamualaikum Fara

rasa2 belum pernah makan lagi

3/4/13

cepat dan ringkas..nampak menyelerakan jugak..

skg nk makan apa main order je. btul, xlarat dh nk masak. tp sy copy bahan2 tu ya? :D

boleh la bawak masa bbq gath nanti~~

3/4/13

thai tuna..mesti pedas kan?

saya pun kalau mcm malas je, msk pasta la. ringkas dan cepat.

Terus rasa nak gi Sikret Resepi ! haha

Anything yg berkait dgn tuna saya suka.. Sedappp.. Heheh..

3/4/13

fara, akak ingat lagi dulu kawan akak kan everyday dia makan spegeti tumis sos letak bilis sebab nak kurus..dia tak makan benda lain..memang betul2 kurus la..tapi akak tak sanggup..your recipe ni nampak sedap...nak torai :)

wow love it.sedap neh.platting pon menarik.heee

nampak sedap, boleh cuba ni....

sedapnyerrrrrrrrrrrr!

wah nampak menarik ni... nak buat juga lepas buat laksa johor ni.. hha, saya plan nk masak laksa johor arini.

Catat Ulasan