15/05/13

aydin dan tadika

Apa sudah jadi? Pok Amai-Amai sudah lama sunyi dari huruf dan perkataan! Tuan blog kemalasan! Bukan sikit-sikit, tapi yang amat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sebenarnya, saya tak tahu nak cerita apa. Totally blank! Dan mood asyiklah tercampak ke laut. Nasib baik, hari ini saya ada benda nak bercerita. Cerita tentang Aydin dan semangat saya untuk menghantar dia ke sekolah.

Memang saya merancang hendak sekolahkan Aydin bila umur sudah masuk 4 tahun. Tapi suami tak setuju. Dia suruh saya fikirkan, di mana level minat dan semangat keterujaan Aydin nanti bila umurnya mencecah 6 tahun. Mula-mula, saya membantah (Amaran: Jangan menderhaka kepada suami). Saya kata; At least, Aydin boleh belajar bersosial dengan kawan-kawan. Suami diam. Walau dalam hati tetap tak setuju dengan saya.

Saya bukanlah isteri yang mandatori dengan cadangan dan rancangan sendiri. Apa saja kata-kata suami, saya ambil kira juga.Saya bermuhasabah diri. Betul juga kata suami. Tahun pertama ke sekolah, Aydin mungkin teruja. Tahun kedua ke sekolah, Aydin mungkin masih gembira. Macam mana bila sudah 6 tahun nanti? Sedangkan masa itulah tahun yang paling sesuai untuk mengukuhkan foundation pembelajaran sebelum Aydin melangkah ke alam sekolah yang sebenar-benarnya. Kan?

Sudahnya, saya tenangkan diri. Dah tak ada lagi menggelabah survey tadika mana yang bagus dan tidak walaupun tadika itu sudahpun tersenarai dalam tadika favorite kami. Dasar menggelabah, kan? Apa yang penting, saya tak nak Aydin stress dengan sekolah tadika. Kalau dah namanya tadika, kindy, playschool atau apa saja yang setaraf dengannya, biarlah ianya menggembirakan dan menenangkan anak-anak kita. Dah namanya pusat mengumpul anak-anak kecil dan comel, takkan nak jerkah budak, membeban budak dengan homework yang melampau banyak dan mengamalkan favoritism kan? Hah! Dah macam politik pula gayanya. Heheheheh! 

Saya sedang survey playgroup untuk Aydin. Kawan-kawan ada experience dan cadangan?

19 comments

ermm... ank saya thn depan 5thn baru nak mskkan sekolah. Ikutkan nak msk thn nie tp ksian plak kat dia takut xbiasa lgpun manja sgt.. uhuhu

Fara, u always came up with interesting writings and ideas, plssss don't stop!

Dan untuk cadangan, tak perlu tergesa-gesa kot nak hantar aydin ke tadika sekarang.

Contoh; Jasmin.
Start tadika umur 4 tahun. Tadika semi-cina.
Sekarang dah 5 tahun, alhamdulillah dapat kuasai 3M dengan baik. Sebab homework yang meeeelaaammmpau banyaknya!
Tapi yang sedihnya, dia dah mula boring dan saya sedang pening kepala macam mana dengan tahun hadapan, sebab 6 tahun adalah tahun penting untuk maintan prestasi pendidikan dia sebelum melangkah ke tahun satu.
Akhirnya pakat dengan suami utk stop hantar dia ke tadika starting this june dan akan continue balik next year.
So, utk setengah tahun ni, sy hantar ke nursery dgn adiknya, memang tak stress, sebab dari pagi hingga ke petang, main aje.

Dan saya tak nafikan, favouritism itu memang ada walaupun kadang-kadang saya fikir adakah mereka racist. Oooopppss. Sigh!

Budak lelaki dan budak perempuan tak sama nature-nya dan maturity-nya. Parents lah yang kena handle and decide what's the best for the kids. :)

15/5/13

Saya pun dalam posisi suami kamu dulu, masa umur Ziyyad mencecah 4 tahun..wife saya, dlm posisi kamu...

Jalan tengah, yg terbaik(pada kami), kami mulakan kiddy pada umur 5 tahun...Ya, sekarang anak saya dah 5 bulan start kiddy di Genius Aulad...Alhamdullilah, good progress...

ps: walaupun kalu nak ikutkan, bulan October 2013 ni anak saya baru genap 5 tahun, tapi ikut kiraan tahun, dah 5 tahun ;)

15/5/13

assalamualaikum fara
masa umai berusia 3 tahun (ikut usia benar baru 2 tahun 4bulan) ayu dh htr ats desakan guru besar sekolah,
dari umai berbotol berpampes smpailah berjaya atasi masalahnya
syukur disitu ayu nampak keupayaan belajar umai semakin positif

umur 4 tahun ayu masih sekolahkan tadika. serius umai agak malas sebab dia hanya tahu nyanyi dan bla,...bla.... sedih tau.
ayu cutikan dahulu smpai usianya 5 tahun

mohon pra sekolah. kena reject.
entah mcmana ayu sekolahkan di PASTI al hijrah. syukur. umai pelajar ke 2 terbaik. 6 papernya 100%.lancar mengeja dan membaca
siapalah tak rasa banggakan..

dan alhamdullilah.kini umai berusia 6 tahun (bulan 10 nanti birthdaynya) umai masih sekolah dipasti.
semakin dia teruja sbb result tahun lepas y positif. skrg iqra lancar.

thanks Allah..
(maaf, terkongsi kisah sendiri pula. mungkin sebab ayu sendiri tak syer dlm blog ttg umai)

Tanpa Nama
15/5/13

samalah kita, kdg2 KA pun blank juga !

blogging ni jangan stop sudah..
pasti nak mulakan balik sgtlah malasss :)

teringat satu tika dahulu manager kak ati
berbangsa cina cakap anak dia nak mula
malas ke sekolah sbb mula tadika awal
sgt pada usia 4 tahun...emmm...??



bagus kita sekolahkan anak2 awal...zaman skang lambat sikit anak kita akan ketinggalan kan ...irfan pun baya aydin...eh tua setahun dari aydin...dan abam pun dah sekolah...

day by day ada jugak kemajuan dalam diri dia

dulu hubby yang nak hantar anak waktu usia dia 4 tahun tapi ai tak bagi.. (kita terbalik situasi), sebaliknya anak2 mengenali alam persekolahan ketika umur dia 5 tahun.. bagi ai, 4 tahun terlalu awal untuk usia dia.. (lain orang lain caranya..)

Macam saya memang hantar anak ke tadika umur 5 tahun walaupun zara tak genap 5 tahun lagi (bulan 11 nanti baru genap 5 tahun). Hingga 4 tahun saya rasa taska paling sesuai or playschool. Sebab saya takut diaorang boring..Sebab ada taska dan playschool yang advance pengajarannya. Kat sekolah zara pun macam2 dia belajar..Saya harap dia ok dan memang dia tadika dua tahun (5 dan 6 tahun). Terpulang pada Fara nak hantar waktu bila..Ada budak2 suka pergi sekolah awal sebab dapat bergaul dengan rakan2 dan buat macam2 aktiviti...

15/5/13

ANAK SAYA TADIKA JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA.. :)

KERJA RUMAH ADA SAJA, TAPI SAYA TAK HADAP DIA BUAT KERJA, MEMANG TAK BUAT..

15/5/13

saya pun masih belum sekolahkan aqil walau pun umurnya dah 5 tahun. family dah bising dah. dalam hati ada jugak la rasa bimbang takut dia tak dapat sesuaikan diri bila nak sekolah nanti..

tapi kat rumah, kami buat ala homeschool. tapi banyak main la. especially lego. skang saya baru start nak ajar diorang bahasa jepun (english pun tak ajar lagi padahal..haha)

Tanpa Nama
15/5/13

ai miss yu!!

hihihhi

Saya pun kalau ada anak, plg awal 5thn baru nk sekolahkan. Nak bagi dia enjoy hidup sebenar kanak2. Kalau setakat playgroup beberapa jam tu oklah.

Makin bijak la aydin lepas ni :)

16/5/13

ye la, betul kata suamimu itu. mmm... klu anto kelas2 belajar biasa? mcm PASTI ke.. tak tau le tahap pembelajaran dia cemana. cer servey...

ikutkan hati memang tak nak hantar anak awal ke tadika.. tapi sebab anak duk ngan mertua di rumah lebih elok dia ke sekolah.. tapi memang cari tadika yang tidak sibuk ngan peperiksaan...
playgrouppun baik untuk anak.... iini memang untuk anak2 bersosial....

farah bukan ke aydin sebaya arisya tahun 2010..kak ita pun nak masukkan tadika kat arisya...tapi kebanyakan tadika yg terima budak 3th agak mahal..tak mampu..tunggu lah 5th,mcm aqil baru hantar sekolah....tu pun tadika perpaduan murah aje yuran dia..tapi aqil ada perubahan lepas gi sekolah....rajin baca buka,buat kerja sekolah,dan sekarang papa rajin ajar buat math tambah dan tolak..kak ita cakap..kat tadika baru belajar kenal huruf...hubby kata biar lah dia minat nak belajar..harap berterusan lah aqil nak belajar...

Fara, saya tak der experience hantar anak ke playgroup. Macam qahirah, kat nursery memang ada pre-school utk budak 3-5 tahun.

Playgroup yg saya tahu ALIK kids. Ni websitenya:

http://alimkidsplaygroup.blogspot.com

21/5/13

tak tau nak cadang apa sebab akak duk kat kg ni..kalau ada anak maybe hantar pasti tempat kak ipar ngajar, senang sikit..sah2 jadi feveret cikgu,
tapi itu hanya khayalan belaka :)

Catat Ulasan