2/05/13

marilah mari, pergi mengundi, sambil makan biskut sedap....

Saya sudah kritikal. Sudah tak tahu nak tulis apa. Haaaaaaaa~

Sebenarnya, saya baru saja meraikan 4th anniversary kami pada 30 April lepas. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Setakat keluar makan malam romantik yang tak berapa nak romantik. Kalau di Facebook, saya menyakat kawan dengan status Bali. Tapi sebenarnya, kami cuma keluar makan di Ole-Ole Bali saja. Heee~

Semalam pula, kami laki-bini pulun habiskan baki 7000 keping choc chip cookies yang telah di order oleh kenalan untuk majlis resepsi anaknya. Mini choc chip cookies adalah pesanan custom dan akan diisi ke dalam balang kecil. 

Mini choc chip cookies

Mini choc chip cookies lagi.

Dan lagi, lagi, lagi, gila....

Balang kecil yang bakal diisi dengan mini choc chip cookies.

Setiap hujung minggu, saya non-stop buat cookies (kecuali minggu ini sebab saya balik mengundi di BP). Dan bakal sambung buat cookies sampai hujung bulan ini. Tak sabar nak tunggu bulan 6 sebab kami nak berehat dan bercuti. Fuh!

Bolehlah PM saya kalau nak tahu tentang biskut-biskutan. Selain choc chip, saya ambil tempahan untuk:-

1) Oat cookies dengan kuaci labu, kuaci bunga matahari dan kranberi. 
2) Oat cookies dengan badam dan kismis hitam.
3) Choc chip cookies dengan nutella.
4) Peanut butter and choc chip cookies.
5) M&Ms cookies.
6) Butter cookies rangup celup cokelat (atau nama English-nya: Crunchy Butter Cookies Choc Dipping). 

Kelas, kan? 




25 comments

wah.. makin maju bisnes farah.. good luck ya..

selamat mengundi!

2/5/13

TAHNIAH.. MASYUK ARR.. :)

waaaaaaa.. dah buat kuih raya ke? heee.. biskut coklat chip yea? sodappp

Sekali baca, kakcik fikirkan Fara dan suami terpaksa pulun makan 7000 biji cc tu sebab penempah tak jadi ambil!

wahhh semoga rezeki kamu bertambah-tambah lagi!

wow! sedapnya kak,nt leh tempah kat akk.

2/5/13

erm sedapnya. tak sabar nak raya... hehe

Okay... ingat betol betol gi bali~~~~

p.s. nak order biskit, bleh delivery tak? :)

masyuuuuk!
tak pe, bersusah2 dahulu,
bersenang2 kemudian...

kirim salam orang BP.

lawan tokeh niiiii...mudah2an majujaya ye fara.
Ada fb? Mananya? Wechat ada?

baru tau awak ada bisnes biskut..good luck ye!

manis sgt tak?
sebab MQ memang tengah mengidam kukis ala2 femes emes ni..
berape harga ye?

Hebatla fara! Pakar cookies rupanya...saya surrender.

Moga bertambah kencang biz. :)

Eh fara komen saya memula tadi sila delete, typo la, sorry k... Awak balik mengundi kat bp tu kat mana? Balik bp tak bawak cookies ke? Menarik dan sedap2 nama cookies awak yea...

2/5/13

Hahahahhaa..

Saya tertipu!
Saya terbaca post awak di FB tu..
Saya kata " wahhhh!" Best sambut eneberseri di Bali!

:P

Tanpa Nama
2/5/13

kelas tu, mogaterus maju jaya yer

Happy 4th anniversary to both of you. Smoga kekal bahagia selamanya.

Ada food testing tak. Nampak sedap lah ☺☺

Assalam,

Kellasssss gitewww...

usia perkahwinan kita sama lah...tapi PM dan wife bulan 10 nanti...:)

selamat ulang tahun perkahwinan yer , semoga sentiasa bahagia bersama suami dan anak tercinta...;)

Wah,tak sangka fara banyak tul ambil tempahan cookies..bestnya.. Boleh tempah untuk hari raya ni...

Nape mengundi di BP? Batu pahat kan? Saya ingatkan fara org ganu...

salam,

pakar cookies rupanya

happy anniversary fara
rupanya ramai yg nikah bulan april
29 n 30 kan :)

wow! i love cookies! nak buat sndiri mmg bila tahun la...

*rajin suami menolong.. :)

salam farah..lama tak singah sini..happy aniversery semoga kekal hingga ke hujung nyawa..

wahhhhhhhhhh..dah jadi busniswomen dah..sedap nampak biskut tu..tahniah..semoga lepas ne lagi maju ya..

bab mengundi tu..letihnya lah kak ita kat lembah pantai ne...nur izzah lwn raja nong chik..kak ita tunggu kul12.30-siap kul2.45 ptg..letih berdiri...sakit kakkaki berdiri..

selamat ulangtahun fara..
moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

moga berjaya dengan bisnes cookies tu.. ;)

psstt: dak Nuha nak rasa sikit boleh auntie..? hehehe..

perghhh, feveret saya nih kak...nyum2

Catat Ulasan