28/05/13

mampu ke tak mampu?

Keadaan Aydin setakat ini, Alhamdulillah. Cuma batuk dan selesema ringan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang respond pada entri saya semalam. Terutama Doc yang tak kedekut ilmu dengan konsultasi percuma (Saya perasan, bukan saja dalam blog tapi di FB pun dia memang suka tolong kawan-kawan). Dan Amalina juga. Experience kamu buat saya teruja untuk mencuba. Heheheh~ Secara tak langsung, entri saya walau entah apa-apa isi tapi komen kawan-kawan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada kawan-kawan blogger lain yang membaca. At least, dapat menyumbang info kesihatan melalui perkongsian kisah kami yang punya anak penghidap asma.

Dulu masa tonton Biggest Loser Asia, trainer perempuan (dah lupa nama) ada cadangkan sarapan pagi sesuai untuk orang yang mahu sihat dan kekal langsing. Boleh kata, bahan-bahan yang trainer cadangkan bukan dalam kategori mampu beli. Macam-macam jenis termasuk kacang badam. Nak jadi cerita, ada seorang peserta Filipino merungut. Katanya, sarapan yang dicadangkan trainer tak mesra rakyat sebab tak semua rakyat Filipina mampu nak beli bahan-bahan makanan mahal. Sudahnya, dia kena sound keras; Nak labur duit untuk sihat atau nak labur duit banyak bila dah ada penyakit nanti? Jadi bagaimana? Mampu ke kita nak beli minyak zaitun semata untuk goreng cekodok? Mampu ke kita nak beli beras ponni untuk keluarga besar? Kalau yang mampu, mungkin ok. Kalau yang tak mampu? Macam mana? 

Jom diskusi.

14 comments

Salam...tengah nak menguruskan badan yer...Heheh Good Luck ye

Aydin tak sihat ya? semoga segera sembuh sepenuhnya.

Kalau tak mampu beli minyak masak yg baik bakar dan kukus aje masakan hahaha... (gurau Fara)

28/5/13

bagi saya, byk je mknan sihat yg tak mahal. kalau tak mampu makan secara sihat disebabkan ketidakmampuan kewangan, apa kata amalkan hidup sihat...bersenam ke, lari2 dgn anak ke..pendapat saya la

28/5/13

bab susah nak komen ni
kawan aku kata 'makanan utk sihat lagi mahal..roti serat dll'
nak murah roti putih yg katanya tak sihat itu.

# mampu beli minyak sawit je

Tanpa Nama
28/5/13

Betul tu, kena fikir mana yang perlu. Takkan tak ada cara lain untuk sihat.

28/5/13

Hendak seribu daya, tak mahu seribu alih.

Analogi mudah, si pekerja buruh.
Gajinya rendah sahaja.
Tapi sebab dia sayangkan paru2, hari hari dia beli rokok, walaupun harga sekotak rokok ialah RM10. Kalau hitung mudah hisap rokok cuma 20 hari dlm sebulan, kosnya RM10 x 20 = RM200.

Berapa harga olive oil?
Yg 1.5L ~ RM15.
Maknanya, kalau tak hisap rokok, dlm sebulan buruh ini boleh beli sepuluh botol olive oils 1.5L, siap ada balance RM50, boleh buat beli beras herba ponni sekampit.

eemm.. sesekali bolehlah.. kalau nak maintain idokler.. tak mampu ai.. ;)

makcik dan pakcik uncle kat kampung dulu, belasah je apa nak makan - yang murah-murah belaka, tapi hairannya mereka kekal sihat hingga ke hujung hayat.

28/5/13

IKUT DIET BIASA SAJE LE KALAU TAK MAMPU.. BAK KATA ORANG UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.. TAPI SAYA RASA, DIET MALAYSIA TAKLAH SEMAHAL SEPERTI DALAM BIGGER LOSER FILIPINA TU..

Sekali sekala boleh lah. Ikut kemampuan. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yg seimbang pon dah cukup.

semoga aydin cepat sembuh ya....betul juga yg farah katakan...kak ita pun terfikir juga...dah tua-tua ne kesihatan perlu dijaga..anak-anak kak ita kocik lagi..mcm ne..nak start diet malas...

29/5/13

fara,
pada saya bukan persoalan mampu tak mampu dari segi kewangan. mampu tak mampu dari segi lalu ke tak lalu nak makan makanan sihat..haha..

kita da biasa breakfast nasi lemak, roti canai. mampu tak aka lalu tak nak makan bijirin sarapan dengan jus oren perah sendiri?

sehari dua hari ok lagi.. cuba seminggu? sebulan? saya rasa oats tak mahal..

mmg skrg ni kanak kanak banyak sakit kot kan kak.hmmm.

Catat Ulasan