Saya sangat memuja rekabentuk scandinavisk. Padat tapi relevan. Nampak macam sesak tapi menyenangkan. Tengok saja cadangan interior design dari Ikea. Siapa yang tak jatuh cinta, kan? Kalau nak beli barang Ikea 100%, boleh tercekik kerongkong. Tapi disebabkan suka, beli juga walau berdikit.
Sebenarnya, saya nak berkongsi gambar dengan kawan-kawan. Gambar yang saya jumpa di Google.
|
Somewhere in Sydney - Google |
|
Somewhere in San Francisco - Google |
|
Somewhere in Toronto - Google |
Ada banyak lagi. Tapi saya malas nak 'kopipes'. Sebenarnya, saya memuja rekabentuk dalaman dan ambien kafe-kafe jalanan macam gambar di atas. Walau sempit. Walau nampak sesak. Walau nampak bersepah. Tapi tetap hebat pada mata pandangan saya.
Oh, ya! Di Malaysia juga punya hipster cafe seperti di atas. Saya tabik pada owner kafe-kafe ini. Pertama, kerana mereka berani walau masih muda. Kedua, mereka antara pemecah monopoli perniagaan kafe yang rata-rata milik bangsa yang terkenal dengan skil perniagaannya. Wow!
Hebat, kan? Sebenarnya ada banyak lagi (tapi saya kemalasan nak 'kopipes'). Generasi 'kendian' bagi saya adalah generasi berani. Muda-muda dah ada kedai-kedai hebat. Baik kedai makan, kedai fesyen, kedai buku dan kedai-kedai-kedai-kedai.
Saya memang punya cita-cita. Cuma saya tak ada keberanian. Saya terfikir-fikir, bagaimana mereka cekalkan hati dan nekad dengan apa yang mereka mahu? Saya pun mahu. Tapi saya gerun. Tak berani. Takut tak dapat nak tanggung taraf hidup tinggi di sini (KL). Takut risiko. Takut jatuh. Tak hairan, saya masih makan gaji. Di sini. Di syarikat yang saya selalu saja merungut dengan layanan diskriminasi. Tapi saya masih di sini. Masih tak berganjak. Sudah 5 tahun pun.
Argh!
29 comments
ORANG MELAYU SEPATUTNYA MEMBERIKAN PENJENAMAAN SEMULA PADA KEDAI KOPI SUPAYA LEBIH NAMPAK MENARIK..
sama la perasaan kita. tension betul memikirkannya. saya masih di sini dah masuk 4 thn walaupun saya selalu komplen. kdng rasa diri tak bersyukur ke aku yg tak cukup berani? padehal sangat2 la teringin nak kerja sendiri, ada bisnes sendiri..adoii..
Fara kena pergi motivasi Dr Azizan Berani 2013:-) Itulah masalah org kita, takut kritikan, takut gagal, takut segalanya....
Pssst....org yg komen pun sama je:-)
akak masih belum ada keberanian utk keluar dr kepompong selesa, tak salah rasanya kan...
anak dara aku penah cakap 'nanti umie dah tua,bukak lah kedai mcm cosway,nanti kakak tolong umie jaga kedai'
aku dgr macam..errrrrrrrrrrrrrrrr
tak sgka dia terfikir aku nak bisnes kedai bila dah pencen :)
Awak kan ada bakat..saya pun sama tau, takut..Entah sampai bila nak melekat rasa takut tu kan, kurang keyakinan diri..At least awak ada bakat buat cookies tapi saya masih mencari2 walaupun suami tau saya terrer bercakap dan boleh buat marketing..hmmm
belum cuba belum tahu...:)
semua benda start dengan langkah pertama..masa nak belajar berjalan pun macam tu. apa yg selalu saya terapkan dalam diri adalah. jatuh adalah satu process belajar. agak2 kalau masa kecik dulu kita taknak melangkah sebab takut jatuh kita akan boleh berjalan tak hari ni..?
jatuh tu mmg sakit..tapi itulah kehidupan..kan..
Jangan buat kat KL, berhijrah ke tempat yg taraf hidup sederhana tapi masih sesuai. Kalau tak dpt semua, dpt sipi2 dari cita2 kita pun dah kira baik.
oleh sebab perasaan macam akak ni lah, saya bakal ber-migrasi tahun hadapan.
berhijrah cari hidup baru.
masih lagi di sini..
akan beralih angin tapi bukan dalam masa terdekat..
nanti cafe saya dah siap,saya jemput kak fara ek..tengah renovation lagi..
insyaallah..farah..satu hari nanti pasti menjadi kenyataan....yg penting usaha dan tawakal....atas ketentuan nya...
Mana boleh lawan kedai mamak?
Yang klasik tau... bukan yang bistro tu!
aku pulak tgh on the way ke satu fasa baru..bukan berniaga besar2an pun, cuma peniaga jalanan...tapi harap2 dapat menanggung kehidupan kami di KL yg serba serbi perlukan wang yg besar...huhu...
harap2 menjadi la...aku jugak takut jatuh, tapi aku perlu move on, sampai bila kita nak rasa takut, betul tak?
jom farah!!
Bab ni kita samalh fara.. Terfikir tapi tak berani ambil tindakan... Bagi saya, orang yang berani boleh, pasti boleh berjaya dalam hidup.. Tapi nak memberanikan diri, for me, not yet ....
fara.. belum cuba kamu tak tahu..
ps: saya suka lihat isi cawan y buihnya ala2 pelangi or awan. serius kreatif
saya pun berkeinginan untuk memiliki cafe yg menyediakan coffee yang hebat anytime they want it *ayat skema. hehe
cuba akak dgr radio UM FM bersama icon everyday... suka dgr anak-anak muda yg berjaya dalam perniagaan yang diminati
memang cantik dan minimalis..yang peting nampak kemas kan :)
kita punya rasa yng samalah fara
kalau ke kedai kopi, saya suka melihat gaya barista.
kalau saya perempuan dan tidak berkahwin, sudah pasti saya tergilakan barista.
macam saya pernah crushed dengan awek MPH.
tak baik cakap kalau kan :)
hurrmmm kan??
pikir
pikir
pikir.
asben kakain pun punya rasa mcm tu jugak...tapi kita ni asik takut nak buat sesuatu...tak cuba tak tahu kann...
"kesilapan" nombor 1 - everything must be in KL.
Umum sedar, kalau KL = mahal.
Think out of the box. Keluar dari kebiasaan. Berniaga cendol di Kuala Selangor pun kaya raya( Cendol Bakar). Berniaga coconut shake di Klebang, Melaka pun boleh berjaya.
so, tak perlu "KL".
Itu kalau saya lah. :)
Apa apa pun, realiti sebenar kehidupan ini: " yang bijak pandai study akan jadi pekerja kepada yang bijak pandai berniaga" :)
Takut mencuba ialah satu kegagalan terbesar. ;)
Tapi, jangan buta buta terjun mencuba, itu double besar kesalahannya :)
Bercakap tentang IKEA, bukan semua produk nya berkualiti/worth to buy. Kena menjadi selektif :)
cantikkan cafe cm ni.tapi mst mahal kan.hehe
cozy.... penampilan gaya scandinavian ditambah lagi unsur-unsur warna-warni pada lukisan, perabot-perabot dan permaidani di dalamnya, sgt memberi impak yang besar kepada kesan visual. Sy sedang Berangan... berangan....
farah ingat tak entry akak pasal kedai kopi burps and giggles kat ipoh, macam tu la gayanya...sangat warming and mesra alam...best kan!