6/07/13

drama teduhan kasih raih tontonan tertinggi


Petaling Jaya: Drama rantaian Teduhan Kasih yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 menjadi pilihan nombor utama penonton Malaysia dengan meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta (15.2 TVR) atau 53% syer penonton (Total 4+) untuk episod akhir pada 2 Julai lalu.

Sumber audit Nielsen Audience Measurement mendapati secara pukal, kadar tontonan episod akhir itu telah mencecah 4.1 juta penonton sepanjang siaran selama satu jam itu.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9 Sherina Nordin, episod akhir Teduhan Kasih juga menguasai 75% jumlah penonton Melayu berbanding stesen televisyen lain. Lebih membanggakan, ia juga mencatat jumlah penonton tertinggi iaitu 1.7 juta penonton, bersamaan 67% dalam kalangan pelanggan Astro. “Perkembangan ini terus mengukuhkan lagi kedudukan terunggul TV3 di semua platform iaitu saluran TV percuma, saluran TV berbayar dan digital media. “Sambutan sangat memberangsangkan sejak ia bersiaran pada 15 Mei lalu, kami teruja dan amat terharu dengan sokongan diberikan penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama bersiri slot Akasia yang bersiaran pada waktu petang dengan syer penonton sebanyak 53% dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta. “Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan nombor satu negara,” katanya. Bukan sahaja di kaca televisyen, Sherina menambah, Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah Tonton apabila ia drama pertama yang mencatat tontonan video tertinggi hampir tiga juta sepanjang musim termasuk episod akhir. Selain itu, 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web www.tonton.com.my.

Sumber: HMetro

Saya memang susah nak minat drama yang macam ni. Kalau dipaksa tengok, entah-entah boleh jadi gila kot? Hahahahah~ Entri ni cuma nak test SEO. Heeee~

11 comments

percaya tak.. orang dok sibuk2 cerita pasal drama tu, ai baru terkial-kial nak baca novelnye.. ngeh2.. tu pun kena tunggu dak Nuha tidur..

Alahai dah lama tak sempat nak tengok tv Farah..one day nanti dah bersara agaknya masa tu lah akak boleh tengok tv..:)

6/7/13

Dibayar RM100 sejam, mungkin saya akan cuba tgk. :P

6/7/13

SAYA TAK PERNAH TENGOK.. TAPI TAHU AKAN POPULARITINYA..

tak minat tgk drama....kalau kartun dan filem minat lah

ala tak ada pula saluran ni tempat saya..pakej murah ..ja astro saya hehehe..apapun marilah kasihkan sesama insan, jangan ego sombong bahaya tu..

Secara peribadi, Kak Azie still nak kata drama tu tak ler sebest mana pun. Mungkin sebab Kak Azie dah baca novel tu. 2 kali pulak tu, so dah tak teruja apa sangat.

Plot citer memang best wpun banyak yang tak lojik berkenaan Ehsan tuh. Lakunan heroin, kayu!

Watak antagonist yang sangat menyerlah.

8/7/13

humm... minat citer ni.. terkejar2 nak balik untuk tengok citer ini.. tp lama2 jadi bohsan bila heroin tu asik sedih je.. takda semangat je.. huhuhu.. mungkin sebab diri ini bukan seperti itu... lantas mahu si iffah tu lebih kuat kot.. hehehehe... ;)

Saya salah seorang yg tersampuk tgk citer ni.

hahahaha kan sy dh kata.akk xsuka tgk cite cm ni.cite cm ni buat sakit jiwa je.tp sy tgk jugak sbb MIL x suka tgk omputih!

haha hana pun tak tgk..

Catat Ulasan