8/07/13

ramadhan kareem


Ramadhan kian menjengah. Dalam banyak-banyak bulan, bulan inilah yang paling ditunggu. Tak kira siapa pun. Ramadhan, meriahnya sebulan. Tiap-tiap hari pun, kita raya. Raya dengan ibadah. Tapi azam ibadah kita tu, tak payahlah nak diceritakan pada orang pula, kan? Sederhana tu yang bagus.

Bila masuk Ramadhan, saya boleh jumpa benda yang susah nak jumpa masa bulan-bulan lain.
  • Masjid yang sentiasa penuh. Walau cuma 2 minggu pertama tapi kalau bulan lain, sekali seminggu pun payah melainkan kalau ada aktiviti.
  • Bazar Ramadhan.
  • Uptown 24 jam.
  • Jalan Masjid India/Jalan TAR yang luar biasa meriahnya sebab dibuka 24 jam sepanjang bulan.
  • Orang pengsan/pitam masa shopping.
  • Masa balik lebih awal dari bulan-bulan biasa.
  • Populariti cerita sensasi/gosip menurun.
  • Kuih tepung pelita Paya Jaras (heee~)
  • Harga kurma murah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada kawan-kawan. Semoga Ramadhan kita lebih bermakna pada tahun ini, lebih dari tahun-tahun sebelumnya. 

12 comments

Salam ramadhan buat fara & family.

insyaAllah kita improve, berusaha untuk improve kali ini

moga Ramadhan kali ni lebih meriah dan lebih bermakna dari tahun sebelum ni..


psstt: ketika ini menahan airmata dari gugur.. tapi bersyukur masih ada yang bagi semangat untuk kami maju ke depan.. ikutkan memang ai lebih suka post pasal anak2 tapi kali ni rasa tak mampu nak menahan perasan.. :(
InsyaAllah.. moga urusan kami dipermudahkanNYA..

8/7/13

DAH BEBERAPA TAHUN SAYA GAGAL UNTUK SOLAT TERAWIH PENUH 1 BULAN.. :(

8/7/13

hihi, memang hebat sambutan ramadhan kat malaysia.

di bulan pose, akak-akak & adik2 yang tak puasa masa lunch pun tebal muka beratur beli kfc...

Selamat Menyambut Ramadhan juga. :)

8/7/13

orang pitam/pengsan? ngeeee...dulu pernah la juga termasuk dalam golongan itewww...hehehe..skrng dh kurang dah. dah bleh bajet dah kalau rasa2 mcm nak tumbangg..slmt menyambut ramadhan fara & family

Itulah yg specialnya Fara dapat lihat yg lain dari yg lain ye.

Selamat menyambut ramadhan juga dari kakak.

memang betul sangat lah tu.. ;)

Tanpa Nama
8/7/13

sama2lah kita yer fara

Salam Ramadhan Fara..!

selamat menyambut puasa kak =) org pengsan tu baru je alami last week.hehe

Catat Ulasan