5/07/13

hello penang! - muahhhh! (hari 3 part finale)

Malam terakhir di Penang, boleh pulak tidur nyenyak. Tiba-tiba, dah serasi dengan bunyi air-cond yang mengaum tu. Rasa macam tak nak tinggal katil pulak. Hehehe~ Tapi nak tak nak, kena bangun awal juga sebab nak gerak awal pagi. Breakfast dulu. Kali ni saya tengok, ada lebih sikit variasi makanan. Orang pun ramai, sampai ada yang terpaksa kongsi meja. Masuk je cafe, terjumpa ibu saudara dan keluarga. Mereka baru balik dari bercuti di Gunung Jerai. Tidur semalam di Penang untuk jalan-jalan.

Lepak cafe dalam sejam, kemudian get ready untuk naik feri. Terus Waze jeti Penang. Nasib baik, pagi Ahad tak sibuk. Sampai saja jeti, terus dah boleh masuk feri. Masa ni kami menggelabah sebab tak beli tiket. Mampus kalau nanti orang feri tu spot check tiket. Adoi! Almaklum, first time naik feri katanya. Walhal, keluar Penang memang tak payah bayar apa pun! Heee~ Susah hati kami membawa ke KL, takut journey kami tak berkat sebab tak bayar tiket feri. Apa daaaa~

Ngeeee~
Punyalah nak ambil gambar depan feri tapi mengadap matahari. Maka, beginilah jadinya gambar kita ya?
Saya tengok orang yang naik feri ni semua jenis selamba. Tapi muka kami macam; Whoaa~ Bestnya naik feri. Cantiknya laut. Tengok Penang tu! Whoaa~
Nun kejauhan tu adalah Penang tanah besar.  Feeling macam; Alahai, cepatnya masa berlalu. Dah nak balik KL?
Tata Penang! Penang yang gorgeous. Penang yang cantik. Penang yang jelita. I love you. I'll miss you. See you. Sob! Sob!
Selesai sudah travelog makan-makan Penang kami. Rasanya, inilah percutian kami yang paling enjoy (sebab tak ada siapa sakit kali ni macam cuti-cuti lepas). Walau cacat sikit pasal hotel tu tapi sebenarnya takdelah teruk sangat. Saya yang cerewet kot? Heee~ Inshaa Allah, kami akan repeat Penang lagi tahun depan. Makan lagilah kita ya? 

Masa ni berhenti kejap kat R&R Bukit Gantang. Si kenit ni cranky tak pasal sebab minta benda yang bukan-bukan.  Dapat jagung, terus senyap. Adeh!
On the way ke KL, konon menyinggah Cameron Highlands. Naik ikut Simpang Pulai. Tapi....

Tengahari Ahad di Brinchang. Tak bergerak langsung!
Menyesal naik CH. Buang masa. Buang tenaga. Tak nak naik CH lagi! Huh~

16 comments

la....dah abis dah...tak lagi pic makanan..he..he..sama lah aydin suka mkn jagung dengan ica...

Cantiklah gambar laut yg Fara captured.

Aydin dah lapar dpt jagung pun oklah buat dia khusyuk menikmati.

aik.jem?pelik nya.xpenah2 jem cm ni.hmmm.

sVs kalau nak ke GH, mesti naik awal pagi sebelum pukul 10... kalau tak mmg menanggis la

5/7/13

DULU PERGI CH MEMANG JAM TERUK..

wah ada jugak gambar bangunan tinggi tu hehehe itu la opis sy kak fara:)

5/7/13

mcm bestkan naik kereta, kereta tu pulak naik feri..hehee

okla tu fara, sume ok kecuali hotel. Benda yg susah nak control.

Hahahaha...This is really hilarious! Takut ada org check tiket feri....:P

Kalau balik ke tanah besar pun takyah bayar tol tau...just in case awak tak tau....hihihi..

Penang dekat aja..3- 3.5jam dah boleh sampai dari KL...saya dulu mmg 3-4 bulan gigih ke CH atau Penang.....saja jalan2...:)

CH on weekend/public holiday? Rentikan lah...hahahaha...unless awak sabar menghadap jem macam dlm gambar last tu...:)

ok.. silap baca.. patutnya baca dari part 1.. ;)

apa2pun, ai pun takkan naik CH dalam terdekat ni.. satu pengalaman yang tak menarik selain dari jalan yang sesak teruk itu.. :(

5/7/13

alamak...sesaknya CH. sebab CH best kot?

5/7/13

sy pernah naik feri sekali je dulu mase hanimun. naik CH sekali jgk tapi kalo balik ke lipis, suka gak ikut simpang pulai (bawah CH je)... jalannya boleh buat mabuk.

5/7/13

cuti sekolah boleh mai lagi..pekena char kuey tiaw pulak..hehe

Huuu... aku pernah naik feri penang. Ehhh feri ke orang panggil? Lantaklaj. Memamng menarik dpt tgok laut.. huuuu

5/7/13

bestnya gi penang, teringat kawan yg kat atas ni diana n sowang lagi nama niza romli kat sana.. :)

cameron highlands mmg dh setaraf kl. jemm!

Cantiknya view.

Catat Ulasan