4/07/13

hello penang! - chendol teochew, assam laksa dan ikan bakar teluk tempoyak (hari 2 part 2)

Balik hotel, napping dalam sejam dua. Cukuplah tu. Kena kejar masa untuk dua lagi tempat makan. Keluar hotel dalam pukul 4. Terus Waze Lebuh Keng Kwee untuk cendol famous. Percayalah. Kalau tak ada Waze, mission kami takkan tercapai.

Sampai Rumah Hijau (sebab kedai makan tu warnanya hijau), kami terpinga-pinga. Tak ada tempat duduk langsung. Sibuk. Sesak. Tapi nasib baik, ada sekumpulan budak-budak muda pelawa kami duduk di meja mereka sebab mereka pun dah nak tinggalkan tempat tu. Alhamdulillah.

Dinding kedai ni, penuh dengan tempekan gambar. Ada gambar selebriti termasuk pelakon Penang dengan bini dia yang cantik tu. Lupa dah nama diorang. Nampak tak?

Suasana dalam kedai. Masa ni kebetulan ada meja kosong tapi tak sampai seminit dah penuh balik.
Cendol ni memang famous. Saya kalau buka saja blog terutama blogger Cina, diorang mesti dok cerita pasal cendol ni. Haih! Rasa rugi kalau tak cuba. Bila dah cuba, menggeletar kepala lutut! Sedap! Sedap yang sangat-sangat sedap! Arghh! Rasa macam nak makan lagi. Serius tak jumpa cendol sedap macam cendol yang ni kat KL. Tak boleh nak gambarkan. Rasa sendiri, baru tau~

Saya bersesak dengan orang ramai masa snap picture ni. Memang ramai!
Yummeh
Beginilah rupa cendol sedap banget tu. Menangis tengok. Rasa nak jilat monitor pc je. Eh? 
Laksa Penang pun termasuk dalam list kami. Sedap tapi kurang masam. Kalau cukup masam, memang saya tambah mangkuk. Serius!

Selain cendol yang sedap, saya memang aim laksa Penang resipi orang Cina. Versi mereka, ada sikit rasa lengkuas, daun pudina dan taburan buah nenas. Dulu masa kecik, selalu layan laksa Penang versi Cina kat Carrefour Subang Jaya (sekarang Aeon Big). Tapi sekarang, kedai laksa tu dah tak ada. Saya jumpa pulak laksa Penang Cina kat Jusco Midvalley. Masa bujang dulu, asyiklah mentekedarah laksa ni. Sejak tulah saya berazam nak makan asam laksa Cina original Penang punya! Dalam blog, ada yang suggest asam laksa kat Pasar Air Itam. Tapi kami tak ke sana pun sebab tak confident. Kami terjah saja yang kat Rumah Hijau ni. Sedap cuma kurang masam. Lain kali kalau ke sana, saya nak bawa limau sendiri. Hahahaha~

Habis makan, kami terus gerak ke Batu Maung. Tapi sempat saja singgah ke Queensbay. Tempat local Penang lepak sambil makan jagung bakar. Tenang je suasana. Silap saya lagi sebab tak ambil gambar. Kenapalah saya ni ya? Malasnya menjadi betul. Kami lepak tak lama. Terus Waze ke Kampung Teluk Tempoyak untuk ikan bakar! Yeahhuuuu!

Dalam perjalanan, kami melintas ke tempat terjadinya jambatan kedua Penang yang runtuh. Seram aje rupanya. Dalam hati, sedih pun ada. Empat orang mati kena timpa konkrit, kan? Hapuskan rasa seram dan sedih. Teruskan perjalanan. Bila dah dekat, kami boleh nampak jalan masuk ke Muzium Perang. Kami tak masuk pun. Depan sikit lagi, ada simpang masuk ke Kampung Teluk Tempoyak. Tak susah pun cari cuma jauh sikitlah.

Cuba cari benda tersembunyi. Di mana Aydin? Hahaha~
Kami order ikan dan nasi di sini.
Masa time menunggu, jenuh melayan budak kecik ni. Kejap-kejap, Wonderpet. Kejap-kejap, otomen. 
Hah! Kan dah kata. Aksi otomen katanya.
Ikut papa baling batu. Orang baling dalam air. Dia baling, kena batu tu jugak. Hahahah~
Hahahahah! (Gelak jahat). Klimaks! Jenahak bakar. Fuh!
Kepah masak pedas. Peh!
Ini namanya ganja. Hahahah! Dia punya high, sampai ke malam bulan dipagar bintang wooo~
Udang bakar walau overcooked sikit tapi manis. Patutnya ada 6 ekor tapi sekor dah kena ngap.

Saya ni spesis tak pandai makan ikan bakar bersambal macam tu. Tapi petang tu, berebut sambal dengan laki. Sedapnya kemain! Cecah pulak dengan air asam dia yang persis ganja. Apa dia letak eh? Sedapnya! Rasa nak hirup je air asam tu. Adeh! Selain gambar makanan kat atas tu, kami order sup sayur juga. Overall harga, murah! Murah dan sedap. 

Yeehaaa~ Ikan bakar tu penutup kisah food hunting kami. Alhamdulillah. Tak ada pun yang tertinggal. Sekurangnya, semua dapat merasa. Bukan senang nak atur masa. 3 hari 2 malam je kat sini. Nasib baik, tak adalah yang tak sempat. Cumanya, tak dapat nak singgah tempat-tempat sejarah yang best. Lain kali sajalah sebab tema cuti Penang kami ni tak lain cuma makan. Heee~

Esok adalah entri last Penang. Apalagi kalau bukan feri, kan? Tunggu~


15 comments

suka makan ikan bakar..puas hati kalau sedap dan murah..

aah kak,baru saya perasan.akk punya entry sume mkn kan.lepas mkn,mkn lagi.makan lg.tp sume buat sy terliur.tang tang chendul ngan laksa tu.haih! nt nk g jugak penang.xkira!

4/7/13

SEDAP-SEDAP MAKANANYA..

Nama mereka Azad Khan dan Eira Syazira.

Kat sana kedai makan banyak kedai cina kan? Tapi yang 1 malaysia boleh pegi makan tanpa ragu2. Saya ni bila tgk tulisan cina je terus rasa mcm kaget nak makan kat situ.

4/7/13

datang lagi sekali singgah tempat2 bersejarah pulak tau..hehe

1. aku rasa macam pernah mengail kat tempat dua beranak tu main baling batu. tapi banyak ikan duri je naik.

2. terbaik ar makan2 kat penang ni!

Klasik ejaan cendol tu...CHENDUL...hahahaha...saya tak pernah tahu, dan teros rasa ingin mencuba!!

Laksa asam kat Midvalley tu ada lagi tak? Saya & wife dulu pun mmg gigih ke Jusco MidValley tu makan laksa tu..hahaha..

Total damage makan seafood tu berapa RM? :)

terbaikkkkkkkkkkk lah farah..sedap semuanya..kena dengan tekak kak ita..tapi bab kedai cina...walaupun halal...tapi hubby kak ita tak akan makan....kak ita ok aje...janji halal..

Jealous tengok orang pi jalan2 makan2 kat Penang. Makchaq ni nama ja orang Penang, tapi jarang sangat pi makan2 kat Penang..sebab bila balik kampong dok rumah ja...

Wow! WOw! & WOW!!!

weee telok tempoyak memang masyukkk!
pernah makan sekali je pun wakaka

serius asam laksa kat Carrefour subang tu memang marvellous lah.. hampir setiap minggu ai dengan 2 orang lagi kawan mesti makan kat situ sampaikan dorang dah kenal + tau apa yang kami nak.. aduh.. terliur dibuek eh.. tapi sekarang dah tak best dah.. :(


part ikan bakar tu, tertelan-telan air liur.. takleh jadi ni.. nak kena gedik manja kat chef hubby mintak dia buatkan.. hahaha.. #gelak jahat#..

dah scroll sampai bawah,pastu saya scroll balik naik atas..tengok gambar makanan..hahah

6/7/13

Bila la plan nk g mkn2 ke penang akan jd knyataa nih?

Lapar tgk makanan2 ni. Saya slalu gi MV mkn laksa kat dlm jusco tu...sedap.

Catat Ulasan