16/07/13

ikan kembung masak pindang

Office saya ni kalau bulan puasa, balik awal. Tapi awalnya, 5.30 petang. Serupa tak payah balik awal. Orang lain, pukul 4.30 petang dah menyengih balik rumah. Sampai rumah, ngam-ngam 6.30 petang sebab kereta-kereta kat KL ni meroyan semacam bila bulan puasa ni. Jammed sana-sini. Hishh!

Sampai je rumah, terus menyingsing lengan baju. Semalam, menu tak mahu kalah. Ikan kembung masak pindang, ayam goreng berempah (trend Ramadhan 2013), sawi goreng dan sambal belacan. Nampak je macam banyak tapi masaknya taklah teruk sangat. Apalah sangat masak pindang tu. Hiris itu ini, campak dalam periuk. Biar menggelegak, masuk ikan. Dah! Sambal belacan pun, bukan tumbuk tapi kisar pakai blender je. Sonang kojo! Heee~

Nizam pun sampai rumah awal. Dia macam biasalah, wajib singgah param hari-hari. Semalam, dia beli murtabak Raja kat Taman Tun. Ingatkan, murtabak tu jelah yang dia beli. Rupanya, ada lagi. Sebungkus kecil masak lemak cili api daging salai. Peh! Naaaaaaaakkkkkkkkkk juga beli. Sentap betul! Sudahnya, lauk tu tak berusik sangat pun. Ada je simpan dalam fridge. Lauk bini dia yang walaupun taklah sedap mana, tapi itulah yang selera dia makan.

Sekian.

22 comments

Bermakna Nizam menghargai bini dia punya masakan. Lagipun yg bini dia masak fresh:)

vahhh berbuka ngan masak pindang pon sedap kan.alaaa hubs akk terliur kot.hehehe

16/7/13

mak saya pun masak laju..tapi sekarang duduk sendiri,saya kena masak sendiri,pukul 5.30 dah kena start masak.sebab saya lembab..

Ala...beria baca dari mula smpi abis...x de plak gambornya...
Simpel kan msak pindang...suka2...

Itu namanya hasutan selera fara...psssttt...ajar akak madak pindang tu.. until today x reti2...

kami masih lagi say no to param..

kereta meroyan tu yang tak menahan tu.. ;)

itulah.. bila dah biasa dengan air tangan kat rumah, yang dari luar tu adakalanya terabai tak dimakan.

16/7/13

Masak pindang ikan kembung...hirup2 kuah dia..heavennnnnnn.....

ok lah tu farah...nizam makan air tangan is3 masak..walapun sempel..tapi puas hati..kak ita balik keja baru masak...balik kul 4.30..sampai rumah kul 5.naik motor kalu bawa keta tak sampainya bangsar..jem gila...

16/7/13

kalau dah ke param tak de nye nakbeli kuih setakat 3,4 biji..ada je la yang nak dibelinya lagi..hehe

haha tu mknanya akak terer masak! kalah masak lomak tu ngn akak punya pindang

Fara, saya balik pukul 4.30. Sejak posa aritu saya sampai rumah dekat pukul 6. Jalan sesak gile. Stress betul. Masak simple jer.

mmg pun fara..masak sendiri lg sedap kann..walaupun main campak2 jer...

16/7/13

sbb tu aku x beli lauk kat kafe sebelah.hero bujang pun x lalu makan

Tanpa Nama
16/7/13

bulan2 posa ni masak pindang mmg sedap sgtlah ! anak2 KA pun suka..

16/7/13

kami mkn rumah mak..huhu..bkn apa sian rumah mak x ramai..

16/7/13

apasai pindang yg simple jadi menu pilihan, saya pon sukaaa..baca tajuk dah sempoi..untung takdak gambaq. kalau tidak..perghh !!

opis sy tetap balik kul 5..sama gak sampai umah terus bersilat kat dapur..ari ni nak masak pe tah..pening2

pergh..ayat last tu..kehkehkeh

*suami saya opis dia balik pk 4 utk Ramadhan ni. Tapi sampai rumah pk 6 jugak...layan tren dari kl ke bangi.

16/7/13

PM suka makan telur ikan masak pindang...:)

16/7/13

air tgn bini lagi power!saya lum jejak lg ke param..masak je walaupun mkn sorg..

Fara, saya pun balik awal pukul 5.30... Nasibla kalau kerja kawasan yg sesak.geram btl saya dgn orang yg potong barisan... Mgurangkan pahala je marah diorang tu..

Isteri nizam ni rajin n pandai masak... Mmg patutla dia tak suka makan yg dibeli...

Catat Ulasan