11/07/13

ramadhan 2 yang gila

Cuaca hari ni, mendung je kan? Mood saya pun mendung. Macam-macam rasa dalam hati. Tapi, lebih rasa nak marah je. Disebabkan bulan puasa, kena jadi lebih angel dari bulan-bulan biasa. 

Bila dah takde mood, mulalah rasa malas je nak masak untuk iftar. Rasa macam nak beli je. Tapi tak tau nak  makan apa. Kalau bab membeli, tu jelah dilemanya. Tak tau nak beli apa. Bila jalan-jalan param, benda yang sama dan biasa je. Lagilah rasa tak tahu nak makan apa. Sudahnya, masak juga kat rumah. Macam tulah saya. Dah siap-siap pergi param, tapi tak beli apa. Mulalah rushing balik rumah, masak sendiri. Rasanya masak sendiri walau tak sedap, tapi feel dia lain dari beli kat param.

Semalam, pesan Nizam belikan murtabak di Taman Tun. Saya ni mengada-ngada sikit. Selera tu cuma nak makan murtabak param Taman Tun tu aje sebab itu je yang sedap bagi tekak saya. Nama gerai tu, Murtabak Raja. Macam Nasi Kandar Beratur, beraturnya sikit punya panjang. Hari pertama beli murtabak, Nizam dah kena beratur sampai setengah jam. Sorilah ya? Mengidam orang puasa memang macam ni. Mengada-ngada je lebih. Heee~ 

Baru kejap tadi, Nizam tanya nak beli kuih apa. Katanya nak jalan-jalan param KJ pulak. Kemain orang tua tu eh? Grrrr!

15 comments

Salam ramadhan farah..

selera org puasa ni mmg lain macam sikit.. he..he.. adik akak pun cakap murtabak taman tun tu superb.. tapi akak x pernah rasa..

Kakak kakak pulak Fara bulan puasa bagaikan bulan bercuti masak buat kakak. Memang membeli ajelah memanjang. Kalau sahur ajelah kakak masak.

lain mcm je mengidam..hehehe..

hehehehe tulah kak,bulan puasa ni kena kurangkan sikit marah tu.hehehe.sy x g lg param.hmm kalo dpt murtabak pon sodap kan.hehe

11/7/13

murtabak raja?
yg dijual kat airport kota bharu tu namanya murtabak raja jugak.tp x pasti itu ke yg ko suka.ramai yg pesan kalau ke kelantan

11/7/13

harus b'terima kasih bnyk2 kat en. nizam. he3..

yg benarnya beli ni kdang x memenuhi citarasa...

11/7/13

sy sedaya upaya nak elak g param thn ni..sebab asik terkena jer..betul tu fara,masak sendiri walaupun tak sedap tp kepuasan tetap ada..

11/7/13

Assalamualaikum Fara

masak sendiri lagi baik
di param tu mukin mereka masak drp pagi tadi...

ada ketikanya nak gedik manja kat en. suami.. ;)

psstt: jap tadi ada gegaran.. mungkin sebab perlahan tu yang tak rasa.. dan sadisnya lepas pengumuman dibuat, ai masih tak keluar dari bangunan.. uhai.. :(

dulu masa kerja kat 1U pernah juga beberapa kali singgah param kat Taman Tun tu...:)

saya pun sama dgn fara, kalau ke param jarang beli, mcm ptg tadi balik masak pulak...hilang malas sebelumnya..

Awak, dulu saya suka beli kat param pam pam jugak, lepas kawen dah suka masak sendiri. Kalo kita masak sendiri mmg tak tak sedap mana mcm awak ckp tu, tapi ada kepuasan makan. Feel dia tu yang penting. Lauk beli ni kadang2 walaupun sedap, tapi tak dpt feel.

sama lah kak ita tak rajin nak membeli..mahal dan tak sedap...masak pun buntu farah..tak tahu dah nak masak menu apa?

hehehe rajin en nizam tu farah,...

Catat Ulasan