17/07/13

sambal sardin je?

Sejak dua-menjak ni, idea nak masak tu kontang habis. Tak tahu nak masak apa lagi dah. Member bagi idea, lauk sardin. Sedap juga tu. Maka semalam, kami iftar dengan sambal sardin, bendi goreng ikan bilis dan telur dadar curah kicap. Nizam pergi param, beli popia sira sambal dengan roti bom. Roti bom yang Nizam beli tu, aduh mak! Lembut gebu tapi luarnya crispy crunchy gitu. Memang sedap. Cicah pula dengan sambal sardin. Peh!! Malas nak cakap lebih. Tengahari pun tak jejak lagi ni. Heeee~

Saya sengaja tak tempek gambar. Tak dan nak snap lauk-pauk. Balik dahlah lambat. Habis je masak, mandi-manda segala bagai. Tak sempat nak rehat kejap, dah bergema azan Maghrib. Boleh kata, bulan puasa ni bulan yang sibuk untuk saya. Rasanya bukan untuk saya je tapi semua orang kot? Mmmm...

Eh? Nak masak apa pula hari ni? Uwaaaa!

22 comments

ok apa sesekali dgn sardin, KA paling suka makn dgn roti or lempeng hehhe

Kakak aje yg semakin relax bila bulan ramadhan Fara. Sebab pilih dah hulur duit - senang..

macam menarik idea ni... boleh juga try ni.. kalau dah banyak hari ni memang mula rasa dah banyak kali masak semua benda, padahal sejak puasa ni paprik dan tomyam yang macam lauk rasmi saya masak belum lagi buat...

17/7/13

kan... kenapa tiba tiba jadi kering kontang tak tahu nak masak apa.. semalam.. kebuntuan je.. dok dapur duk termenung panjang.. huuu...
meh nak tambah raung gakk.. waaa nak masak ape pula hari ni....!!

17/7/13

simple tu yg lagi bahaya
menambah nasi yang sedar

hahahaha,masak kari ayam pulak lah kak.hehehe.hmm eh lama akk x cite pasal aydin.senyappp je moodak tu.x kacau ke masa berbuka.

17/7/13

lamanya tak makan roti bom..mak2 memang kaum yg paling sibuk..sibuk pikir nak makan apa,masak apa,etc etc persiapan raya yada yada..mcm2 la..hehe..

sambal sardin pun sodap fara..kalau acik..goreng dulu ikan sardin..memang mletop2 le..baru buatkan sambalnya..

ishk.... sardin tu lg sedap tau..

nak pulak makan panas2.. pergh,,,,,,,,,menyengat...

ishk,.. esok sahur nak masak sardin gak la...hik3

Sumijelly.com

hari ni nak mkn besar kat luar..hehehe...

Itu lah dilemanya fara. Tak tau nak masak apa. Padahal banyak jer resipi ☺☺

Kelmarin saya baru buat sambal sardin. Tapi rasanya hari ni mcm nak masak gulai udang ngan kacang panjang. Lawan ngan ikan masin. Ok...dah terbayang² ☺☺

tgh pikir gak nie...

part nak masak apa memang tak boleh tanya kat ai.. hehehe.. tapi semalam teringin punya pasal, balik rumah ai bersilat kat dapur..
jiran kat rumah tanya, en. suami masak tak sedap ke sampai kena masak lain.. hehehe.. bukan tak sedap cuma semalam teringin nak masak menu yang en. suami takde jual.

17/7/13

PERGHHH.. TAK BOLEH DIBAYANGKAN KENIKMATAN ROTI BOOM DICICAH DENGAN SAMBAL SARDIN..

17/7/13

dari sehari ke sehari nak beli roti boooom... tapi asal pegi param, mesti benda lain yang terliur

waa..saya tak reti buat sambal sadin.. mak banyak kali dah bagi resepi.. tapi tak pass jugak.. haha...

17/7/13

masak ayam2 ke pulak la fara..

17/7/13

saya nak buat asam pedas la hari ni..goreng mee dan suruh somi pi beli murtabak je masa nak balik keja kang....

17/7/13

smlm saya buka makaroni goreng..sahur nasi + sup bebola campur cendawan.

arini msk nasi lemak..terus utk buka dan sahur. :)

ok per sardin.. hihi
mahal gak tau setin.. kihkih

hari tuh PM sahur makan sambal sardin...terbaik...sodap...:)

sedap tu..kak ita dan diana yg suka sambal sardin..yg lain tu kurang...

Catat Ulasan