Tahun lepas, kami borong buku sampai tak ingat dunia. Beli buku banyak-banyak tapi sampai ke la ni tak khatam-khatam lagi. Macam mana tu? Heheheheh~ Minggu lepas, kami pergi lagi. Dengan ingatan tulus ikhlas dari Nizam; Beli mana-mana yang patut je. Jangan membazir. Baiklah kapten. Tahun ni saya dah niat nak borong buku Aydin je. Dan ooppss! Buku masak-masak mommy dalam 2 buah. Jadilah, kan? Nasib baik BBW tak ada jual novel-novel Melayu genre 'pulp fiction'. Kalau tak, matikk Nizam nak mengangkutnya. Heeee~
Tahun ni, kudrat saya tak berapa nak ada. Nak mengangkut kotak (tahun depan kena beli troli pasar) tu pun satu hal. Nak meredah MIECC yang padat dengan manusia lagi. Asyik berlanggar bontot je. Haih! Dalam sejam, saya dah rasa nak pitam. Kalau tak membuyung, 3 jam pun sanggup kot?
Nizam tak dapat nak menolong saya mengangkut buku bagai sebab;
Aydin; Cuba teka, di mana saya? |
Aydin; Cepatlah teka, mana saya? |
Masuk je MIECC, Aydin dah request nak main menda alah ni. Nak tak nak, Nizam kena layan. Kesian pulak dengan dia, tak dapat nak melayan buku-buku yang dia suka. Tapi tak apa. Dia sanggup berkorban demi isteri tercinta. Kikikikikiki~
Pergi sekali memang tak puas. Tapi apakan daya. Budget tak mengizinkan. Sekali pergi, cukuplah (sobs...sobs...). Big Bad Wolf, jumpa lagi tahun depan ya?
P/S: Rasa macam nak pergi Pesta Buku 1Malaysia pula. Fixi ada buka booth kat sana tapi rege regular. Huhuhuhu~
16 comments
fuh betul2 luas ekspo buku tuh yer...
la..larat pulak fara..
saya tak pernah pegi lagi, ada keinginan tapi tengok manusia selaut..malas pulak.
bestnya fara..cuba tayang sikit koleksi yg dibeli tu..
suka bau buku baru... (sambil kejam mata, selak helaian pakai ibu jari & rapatkan ke hidung kembang)Hhhmmmm..
Bestnya dah gi BBW. Saya tak gi lagi. Ingat nak gi malam ni.
Mana buku2 yg diborong. Tunjuk lah sket ☺☺
Bestnya...tp x dpt pgi juga thun ni...huhuhu..x de rezki lg nak jengah bbw ni....
Bestnyaaaa....tapi saya di Ipoh. Macam nak pergi je...
Wah..syoknya lihat kawan2 yg bersemangat nak baca buku dan beli banyak buku ni.. saya teringin juga bak pergi tapi setakat ni tak tersampai lagi haa.. patut kena ubah kan, anak2 makin besar ni mama dia kena rajin baca, barulah anak akan ikut rajin.. mesti aydin pun minat dengan buku sebab mama dia suka baca buku tu
kita tak dapat pergi tapi pesan kat adik jer, dapatlah beberapa buah buku anak-anak..
BAGUSNYA SUKA MEMABACA.. MEMBACA JAMBATAN ILMU..
SI AYDIN YANG NAMPAK KEPALA JE DALAM TIMBUNAN BOLA-BOLA YANG BEWARNA-WARNI.. BETUL TAK?
saya plan nakgi malam ni ... hihihi
Untunglah mereka yg tinggal di sana Fara. Kakak ni mampu tengok banner dan iklan dari jauh aje. Tengok gambar Fara tunjuk bestnya...
Aydin main panjat-panjat memanglah kena tunggu hihi... seronok dia tu:)
waaahh... masa opening last friday mmg nak pergi siap ambil cuti tp herrmmm asben kena keJa
lepas tu last yr punya buku pun tak habis2 baca lagi. (tamak haha)
nak pergi weekend 2 panglima kecik tu tak ada siapa jaga. Nak bawak ke sini? memang tak la... kang berlari kejor depa je lebih
Saya suka pergi BBW. Mmg rambang mata. Tahun lepas pergi tengah malam. Tahun ni pun kene buat macam tu juga sbb weekends busy memenuhi undangan jer..Insyaallah Jumaat ni baru dapat gi...Expo Buku 1Malaysia gi arini sbb duty...:-)
.
first time akak dapt pegi..huhu..giler sgt murah..samalah memikirkan bujet je kalau takkkk..
rasa mcm teringin nak pegi, tapi bila tgk gmbr yg ko bagi ni.... ermm rasanya... aku tak jadi la pegi. mcm pening je ramai2 mcm ni. itu beli mom & baby expo. Lagi la muntah darah aku nak terjah.