4/12/13

...kerana banjir, kensel cuti-cuti ganu!

Gambar dari rumah makcik di Cenderawasih
Sepatutnya, family saya dah berada di rumah Tok Ki masa ni. Malangnya, mereka tersangkut di Kuantan sejak semalam. Jalan ke Terengganu terputus. Hujan mencurah tak henti-henti. Kebanyakan jalan dah ditenggelami banjir. Mereka terpaksa bermalam di hotel dan decide untuk kensel perjalanan ke Setiu. Terpaksa melencong ke KL. Maka, good-bye Terengganu. Bukan idea yang baik untuk jalan-jalan ke Pantai Timur buat masa ni. Kawan saya masih terkandas di Chukai, walhal dia sepatutnya masuk kerja hari ni! Mmm......

Makcik saya dan keluarga kini dalam kepayahan mengharungi banjir. Keadaan adalah agak hectic dan kelam-kabut. Moga urusan mereka dipermudahkan Allah SWT. Bukan makcik saya je tapi kawan-kawan dan semua mangsa banjir Kuantan, Johor dan Terengganu.


17 comments

4/12/13

semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka.. hati hati.. terutamanya kanak kanak..

Ujung minggu baru ni saya ke pahang..mmg ujan sepanjang jln. Mujur tak banjir.

Ramai jugak yg dengar terkandas dek banjir. Moga semuanya selamat.

Kesiannya. Bersyukurlah kita tidak menghadapi masalah yang sama di sini. Semua mereka yang ditimpa bencana tersebut dipermudahkan urusan mereka oleh Allah.

Alahai..semoga banjir kali ni cepat berakhir ye. Tgk di tv pun nampak kesian pada yg terlibat.
Kena balik ke kg Toki nanti lah nampaknya tu kan...

semoga semuanya baik2 aje. semalam hana g keje terpaksa balik semula sebab hujan lebat tkt tak blh balik ke rumah.

harap semua selamat musim banjir ni..

sy dan suami pun dh lama plan nk cuti ke trengganu bln 12..mcm nk kena batal je.

4/12/13

TD KOL MAK KT KG PUN BGTAU, HUJAN LEBAT SPJANG HARI..PEKAN DAH BANJIR
HARAP X SEMAKIN BURUK

Simpatiatas semua musibah yg menimpa mereka..mmg hujung tahun x boleh bercuti area sana kan...

rumah abag saya pun kat cenderawasih. habis jugak. tinggal kereta kat masjid cenderawasih pon habis tenggelam. huhu.

Moga mereka semua kuat dalam mengharungi dugaan dariNYA.

4/12/13

SEMOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN DARI BENCANA INI. APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN IALAH BERDOA KEPALA ALLAH SUPAYA BENCANA INI BERAKHIR CEPAT..

Bertabahlah buat mangsa2 banjir. Smoga urusan mereka dipermudahkan olehNYA.

4/12/13

Ada juga kawan2 akak yg terkandas dah tak dpt masuk kerja lagi, tak tau sampai bila.

Dugaan Allah peringatan tuk kita.... Cuba bersabar...

5/12/13

Harap bersabor dan redho dengan Ujian Allah s.w.t

Sudahkah YB dan wakil rakyat ziarah mangsa2 banjir? Jgn sedap bersidang di PWTC. Mai turun bersama rakyat....

5/12/13

kesian kan mangsa banjir. doa saya moga semuanya selamat dan dipermudahkan

Catat Ulasan