3/12/13

beli tak bayar

Assalamualaikum. Selamat pagi, kawan-kawan. Pagi yang sejuk. Pagi yang dingin. Brrrrr! Mohon jangan ada sesiapa yang terkantoi tak mandi pagi eh? Heeee~ Pagi ni, saya breakfast sesuatu yang 'raja'. Sesuatu yang high carbo. Sesuatu yang sihat. Sesuatu yang murah - Oat campur kurma dan raisin. Alhamdulillah. Kawan-kawan sarap apa? Nasi lemak lauk sambal sotong? Peh!!

Saya bila berbisnes, sangat-sangat tak suka tuntut hutang. Walaupun habis tenaga dan duit modal saya curahkan tapi bila deal dengan orang yang datangnya dari spesis ambil barang tapi tak bayar, saya redha je. Kalau ada rezeki saya, maka dapatlah saya bayaran. Kalau tak, anggap jelah rezeki saya mahal. Saya halalkan apa yang diorang dah ambil dan makan. Selebihnya, biarlah antara dia dan Tuhan. So far, syukur Alhamdulillah. Murah rezeki. Kalau ada yang tak bayar pun, kami tak rasa susah. Moga semuanya baik-baik saja.

19 comments

saya pun sama fara.. naik malu nak tuntut duit sendiri.. saya tak pandai nak up status perli perli ke apa.. jadi sesekali saya msg dia tanya sama ada dia dah masukkan duit ke tidak..sbb tuan badan janji nak bayar..

benci betul diperlakukan macam kita yg terhegeh hegeh mintak duit dia.. T_T

Ai fara.. saya makan nasi kerabu ayam goreng pagi ni. Sedap.. mmg sejuk betul kalau nak mandi air biasa di bulan bah ni, mmg kena mandi air panas juga..

Fara berniaga apa ni? Bagusla kalau tak ada masalah orang taknak bayar. Sakit hati kalau orang tak nak bayar..

Kalau ada org xbayar hutang sy anggap saya ada hutang dgn Allah,tu yg Dia amek tu, rezki pun dtg dari Dia.

3/12/13

mu nega gapo weh??

3/12/13

sarapan pagi ni megi goreng telur mata aje.hehe...bila musim2 hujan ni asik rasa lapar

Sarap cereal jerk, diet kihkihkih
Ha samalah kita kalau org berhutang xreti nak mintak pastu kita plak yg jd malu uhuhuhuhu

3/12/13

sini hujan tak berhenti..sejuk..cheqna makan 3 ketul donat untuk bekpes..dan skang..perghh laparnyer..huhuhu

halah je..


pikir2 buat serabuk otak.

akk.sy ritu mkn oat dgn susu.pas tu sy mkn pasta goreng.hahaha

3/12/13

Menghalalkan itu sifat yg paling mulia sis kan...tp sesetengah manusia ni kalau tidak kita gegarkan sekali...Banyak kali pula akan "TERSENGAJA" lupakan Hutang2 yg disemainya tu...

3/12/13

WAH.. BERBISNES JUGA KE? BISNES APE? SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DENGAN PERNIAGAAN..

semoga ALLAH SWT bayar balik rezeki kamu lebih berganda dari yang hilang itu..

Sedap tu oat campur kurma & raisin. Saya breakfast nasi lemah jer.

Saya pon mcm tu juga. Jenis tak reti nak minta hutang. Nak minta hutang rasa malu plak. Pada hal memang patut minta pon klo org tu tak bayar. Tak kan lah hutang bley lupa kot. Ni jap lagi nak jadi ceti muka tebal tuntut hutang.

Ekceli...
Kalau tak bayar..bukan beli namanya tu..

Tu rompak..
Hahaha..

Lain kali awak amalkan konsep COD

3/12/13

Kena la mintak fara, kot dia lupa. Kalau tak bertulis mmg boleh lupa.

Saya pulak jenis selamba kutip hutang. :)

LEcturer aku dulu pun cakap benda yang sama. Jangan mintak hutang

saya pun ada penyakit macam tu jugak...segan nak mintak kalau orang lupa....so halalkan je lah kan...semoga ada rezeki yang lain ditempat yg lain pulak...insyaallah...

4/12/13

DULU MMG TERASA KALAU ORG LAMBAT BAYAR, SBB KITA NAK ROLLING MODAL
TP DAH TUA2 NI AKU FIKIR, KO AMBIK/BELI.. PANDAI2LA PIKIR
AKU MINTAK SEKALI JE, MGKIN DIA LUPA..LPS TU, AKU ANGGAP KALAU ADA REZKI .. ADALAH

Semoga hidup awk dilimpahi rahmaT dan rezeki mendatang yg tidak disangka sangka. Chill dan senyum sokmo! ;)

Catat Ulasan