27/06/14

eid mubarak; ramadhan kareem!


Secara jujurnya, bulan puasa adalah bulan mencari kuih tepung pelita. Hahaha! Cuba cari bulan lain, macam menunggu bulan jatuh ke riba, kan? Simpati pada suami yang punya preggy wifey yang mengidam kuih tepung pelita di bulan bukan Ramadhan. Heheheh~ Ok, berhenti merapu. Jom cerita sesuatu yang serius sempena bulan penuh barakah ni.

Rasanya macam baru semalam saya dok mabuk (uwek-uwek) mengandungkan Khadeeja. Cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba dah Ramadhan 1435. Selamat berpuasa kawan-kawan. Moga Ramadhan kita kali ini mampu memerangi mazmumah dan menyuburkan lagi mahmudah pada diri.

Azam Ramadhan saya kali ni:-
  • Banyak-banyak bersabar masa drive. Bagi je laluan kat driver yang menggelabah tiba-tiba pintas kereta kita (bersangka baik, mungkin driver tu sipi-sipi terkencit berak dalam seluar). Dan banyak-banyak mengalah dan bertimbang-rasa pada rider (walau ada yang macam pelesit dan tak kurang yang ride motor macam kura-kura).
  • Redha bila terbeli lauk basi kat param. Jangan maki-hamun sambil menyumpah-seranah. Anggap jelah dugaan kita masa bulan puasa. Apalah sangat rugi RM5 sebungkus. Sedekah jelah kat penjual tu. Selebihnya, urusan dia dan Tuhan. Sobs...
  • Banyak-banyak bersabar dengan suami yang puss-puss qada' hisap rokok bila masuk waktu berbuka. Cari gaduh kang, tak cium bau syurga pulak. Hoff!
  • Belajar berhenti merungut bila tiba-tiba datang dugaan; Renew road-tax masa nak raya-Ekon kereta tiba-tiba out-Kereta menjerit minta servis-Bateri kereta minta ganti-Baru tersedar tayar kereta dah botak. Urut dada dan istighfar jelah banyak-banyak sambil sedapkan hati; Murah rezeki nanti, Inshaa-Allah.
  • Positifkan diri walau diri-sendiri dah macam mak lampir sebab stress dengan kerja opis. Apalah sangat kerja opis. Mesti boleh buat punya. Takde benda yang tak boleh buat, kan? Kalau stress sangat, production susu kurang. Dahlah bulan puasa. Kan?
*Entri ini ditulis sambil berkumandang nasyid Satu Qiblat Yang Sama; Ya Sallim Sallimna Sallim Sallim Dinana.

8 comments

seronok nak puasa kan...salam ramadhan fara

27/6/14

selamat berpuasa fara...samala kita..misi cari kuih tepung pelita!..hihi

27/6/14

bab qada merokok tu hmmmm... hmmmm.. saboooo~~~~!!

Salam ramadhan & selamat berpuasa fara ☺

28/6/14

salam ramdhan moga ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelum..amiin :)

baik awak...saya urut dada ni sebab -roadtaxmati-tayarketebotak- fuhh fuhh..harap takde param thn nie..

wah sangat kagum.
sabar..

hahahaha.koff kofff kofff!

Catat Ulasan