Jangan kata anak-anak kecil, anak kucing yang hilang maknya pun saya dah sentap semacam. Inikan pula anak-anak syurga di Gaza yang syahid di bumi sendiri. Macam mana tu? Tak tersiat pulak rasa hati ni.
Hakikatnya, rakyat Palestin telah diberi pilihan oleh Israel sama ada diusir keluar atau menjadi pemegang pasport Israel dan mendiami tanah haram itu dengan keselesaan menyamai bangsa Yahudi. Yup! Untuk melenyapkan sesebuah bangsa dan sejarah, mulakan dengan akar umbi. Sogok mereka dengan kelalaian. Inshaa-Allah, Palestin akan lenyap di dalam peta dunia. Tapi tidak di Gaza. Mereka masih kuat pertahankan hak ke atas tanah dan sejarah mereka. Walau mereka tahu, ada saudara mereka yang apathy dan merelakan hidung mereka dicucuk zionis Israel.
Kekalahan sebenar umat Islam adalah berpunca dari kelalaian sendiri. Bukan syahidnya para lelaki, ibu-ibu dan anak-anak syurga. Jangan meratapi pemergian para syuhada, lebih-lebih lagi anak-anak syurga kerana sudah pasti SYURGA untuk mereka. Sebaliknya, rataplah pada ISLAM yang kian lenyap pada penganutnya. Ada sebab kenapa saya selitkan cerita dajjal pada entry saya yang sebelumnya. Sahihlah kiamat tu kian hampir dengan kita.
Saya bukan suka-suka ceramah ya? Jangan kata saya ni Abby Abadi the second pulak. Wahahaha! Saya cuma share apa yang saya baca je. Sharing is caring, kan? Huhuhu~
Kenapa Palestin yang menjadi sasaran? Semuanya kerana tapak Temple of Solomon yang menyimpan 1001 macam kisah dan hubung-kait Dajjal dan kisah akhir zaman. It's all written and end up akan berpihak pada Islam jua. Inshaa-Allah!
10 comments
pernah dengar ustaz kata...dpd meratapi kematian mereka, lebih baik kita ambil pengajaran...muhasabah
yup..kene bnyk membaca lagi saya nie..
Di Malaysia ni, kalau di sogok wang BR1M bernilai RM3000, mungkin, mungkin ramai yg lalai...sebab yg RM500 tu pun ramai yg dah menggelupur bila tak dpt ( mmg tak layak dapat pun)
takde kekuatan nak tengok video2 kematian yg orang share kat fb...
welcome back Fara~! lama tak baca Fara menulis perkara begini..
SEMUANYA SUDAH TERTULI DI KALAM ALLAH.. MASA SAHAJA YANG MENENTUKAN..
Ye betul tu Fara. Akan tiba masanya setelah Islam musnah ia akan bangkit kembali. Yg pasti kiamat memang kian menghampiri..
betu lah fara
masanya semakin hampir..
moga bumi Gaza bersinar kembali
betu lah fara
masanya semakin hampir..
moga bumi Gaza bersinar kembali
Bila palestin menang bermakna hari kiamat makin hampir. Tapi saya tak sanggup nak tgk gambar2 dan video2 yg dorang share.