11/07/14

mubarak eid; ujian Allah

Saya ni sejak bersalinkan Khadeeja, penyakit lupa makin menjadi-jadi. Dalam kamera, ada macam-macam gambar. Konon nak up kat entry. Tapi nan hado! Asyik lupa nak bawak ke opis. Maka hari ni, saya membebel jelah tanpa pics yang gojes-gojes ituhhh!

Semalam, kami iftar dengan mihun goreng 'asal boleh', goreng nugget segera dan goreng baki tepung cekodok durian. Berbuka ala kadar, janji kenyang. Syukur Alhamdulillah. Heheheh~ Sejak ada Khadeeja, saya tak dapat nak hidang menu 'hebak-hebak'. Semua main campak-campak je. Kalau boleh short-cut, SHORT-CUT! Hahahaha~ Tapi bila asyik ngadap air tangan sendiri, jemu je rasa. Teringin nak iftar buffet ramadhon. Kalau bukak Groupon, mau gila ni. Tapi fikir-fikir, macam rugi pulak. Bayar mahal tapi makan ciput. Duit tu kalau buat beli lauk sedap-sedap, boleh cover seminggu! Arghhhhhh! Tengah-tengah bulan ni dengan bonus raya tarak, haruslah berfikiran ala-ala cheapskate gituhhh! Sobs!

Tapi dalam sibuk plan nak berbuka mewah, lupa pulak ada saudara seagama yang nasibnya sangat-sangat berbeza. Sampai tak terjangkau dek akal, macam mana beratnya derita yang ditanggung.




Ibnu Abbas RA berkata tentang Dajjal; Akan terjadi tanda-tanda kemunculannya, iaitu manusia tidak lagi menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berlakunya pembunuhan, manusia tidak lagi menghormati undang-undang, mereka memakan harta riba, berlumba-lumba membuat binaan, mereka meminum arak, mereka leka berhibur dengan muzik-muzik, orang-orang lelaki memakai sutera, mereka memperagakan penampilan firaun, manusia semakin suka melanggar perjanjian, mereka mendalami sesuatu ilmu bukan agama, mereka menghiasi masjid (masjid tidak berfungsi), mereka merosakkkan hati-hati, memutuskan hubungan kekeluargaan, bertambahnya orang yang hanya membaca semata-mata, berkurangnya orang yang faqih, terabainya hukum hudud, terdapat penyerupaan antara lelaki dan perempuan, berlakunya hubungan sejenis....ketika inilah munculnya Dajjal.

7 comments

penyakit tu... semua orang lalui...

perubahan dalam fasa hidop

Part masak tu kalau boleh short cut memang nak short cut je..
Moga Allah melindungi mereka di GAZA

bkn setakat org dewasa tp, ramai kanak2 yg jd korban kekejaman yahudi! ya allah.. bantulah mereka..

Tanpa Nama
12/7/14

aku tunggu kau punya entri bergambar tu...

12/7/14

Jujurnya, saya tak pernah berbuka puasa di hotel. Seumur hidup saya,ada 3- 4 kali aja kot gi majlis buffet berbuka, tu pun bukan di hotel.Dan ianya atas sebab memenuhi undangan :)

Alasan saya :

- Membazir.Ya, kita semua mampu utkbayarRM50,60,70,hatta adayg sampai 90 sekepala,tapi tidakkah itu membazir? Tidakkah itu perlakuan hamba yg tak bersyukur?

- Pegang sunnah baginda SAW...makan sikit/ringan ketika berbuka..jadi ringan utk beribadat malam..dan makan berat/banyak ketika sahur...jadi kita bertenaga semasa seharian puasa. Nah,kalau gi buffet,gaya mana kita makan sikit?

- Kebarangkalian tertinggal solat Isyaq berjemaah/ terawih itu tinggi kalau gi buffet...ialah, nak makan lama2....Ok,ada tempat disediakan surau utk terawih sekali...Tapi kejarlah yg lebih afdal, iaitu solat isyaq & terawih di masjid/surau..

Saya bukanlah baik..hihihihih..
Cuma saya berusaha utk menjadi baik..
Yg atas tu, semua pendapat peribadi saya sahaja...nanti marah org yg suka makan kat hotel..hihihih

tahun ni..sekali je baru mkn buffet..itu pun atas undangan..selebih nyer masak campak-campak lagi sedap..simple tapi sedap..ehh perasan pulak..hehehe..jimat!

Membaca ulasan DZ kakak sokong. Bukan sokong sebab kakak pun tak pernah berbuka diluar. Alasan kakak sebab lepas berbuka biasa kami terus solat maghrib dan tadarus/membaca Al-Quran hingga terawih. Kalau diluar satu yg menyukarkan buat kami...

Sedihnya melihat anak-anak di sana kan Fara...

Catat Ulasan