Salam 25 Ramadhan.
Bahang raya makin terasa, kan? Tahun ni, rasa bersemangat sikit nak raya. Almaklum, tahun lepas saya tak dapat enjoy raya langsung. No fun sebab mabuk akut gituh. Heheheh! Tahun ni selain dalam keadaan 'normal', saya happy sebab first time beraya 4 beranak. Terujanya lain macam sikit.
Kami buat preparation awal. Sebelum puasa, dah siap beli baju-baju raya. Beli baju siap je. Tak ada tempah-tempah bagai. Tak ada juga baju Melayu dan baju kurung. Masing-masing berjubah. Senang. Jimat. Tak nak pening-pening kepala. Itupun beli sehari sebelum puasa. Gigih redah Mydin yang padat dengan umat. Adoi! Baju-baju anak, kami just beli kat Sunway Pyramid. Tak ada makna nak redah KL. Tak larat!
Tahun ni walau saya tak ambil order cookies tapi still buat jugak untuk orang tua. Dan sorang dua kawan-kawan yang dok pujuk suruh ambil tempah. Alhamdulillah! Semuanya dah settle walau dalam kepayahan. Hahaha~ Membakar biskut raya sambil ditemani Khadeeja, Fear Factor pun belum tentu lepas. Mencungap dibuatnya. Hoh! Saya buat sejenis je. Selebihnya, support bisnes kawan. Order kat dia. Nak jugak order dengan kawan-kawan blog. Rajin korang buat kuih. Tapi apakan daya. Memasing jauh bebenor. Bercinta betul nak COD walau kat Damansara sekalipun. Sobs!
Harimau Kumbang pun sekarang dah kebah dari demam panas. Bukan Harimau Kumbang yang panas tapi kami yang berpanas. Dah macam sauna rasanya. Bila check, cooling coil dah nazak. Adoilah! Mendapat sebab aircond tak pernah berservis. Sobs! Moga Harimau Kumbang kekal sihat sampai raya nanti ya? Jangan nanti problem lain pulak! Matikk! Terbantut mak nak beraya sakan! Heheheh! Oopps! Tak bolehlah nak sakan-sakan. Bersederhana je (Bluek!).
Saya tau, ramai yang kepala otaknya dah sampai kat kampung, kan? Badan je tertinggal kat opis. Macam mana tu? Hahahah! Samalah kita. Saya tak sabar nak balik kampung. Nak pusing raya satu JDT (eceh). Walaupun 1st and 2nd raya kat Palong tapi tak apa. Sabar! Kita makan rondang nismilan pueh-pueh. Pastu baru kita pusing satu Johor. Ek? Ek? Ek? Hehehehe~
Dalam happy nak sambut raya, jangan lupa perbanyakkan doa untuk saudara kita di Gaza. Moga tanah Palestin sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
17 comments
selamat hari raya fara dn family...maaf kalo ada komen2 yg tak proper..raya best2 tahun ni!
Prepare awal2 bagus..takda kalut nak cari baju raya time puasa.
Selamat menyambut raya dengan sakannya ya...hehehe
Eh! Raya palong? Palong brapa??
Mood raya kurang skit...biasa2 je...tempahan x setel lagi...x bole nk pikir sronok2 lgi...hehe...
tau xpe..memang hati dah kat kampung ni..ari ahad tau baru start cuti
takdok kg!! :D
selamat hari raya fara sekeluarga!
Salam Aidil Fitri Fara...
Kakcik tak nak ingat kampung - sedih! :(
Kepala Otak dah dikampung yer...Badan saja di opis..lain mcam ayat ni...hahaha...punyalah teruja kan nak beraya dikampung...
hehehe.. teringat masa tahun mengandungkan dak Nuha.. tengah mabuk teruk.. tak pergi ke mana2 pun sebab tak larat.. huhuhu..
Raya saya thn ni biasa² jer. Tak rasa excited sgt. Baju jalan anak² pon tak beli lagi nih.
Sibuk-sibuk macam mana pun bila ada anak yg pasti anak akan disiapkan dulu kan Fara.
Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
takde aircon leceh time hujan sebenarnya...!
tak nampak jalan!
Kalau saya jd fara pun..mmg lebih bersemangat sbb ada org baru.
Ooh..mertua nismilan rupanya. Best la dpt makan lemang yg sdp.
Salam aidilfitri dari saya.. Maaf zahir dan batin..
salam. hehheheh mula terasa da..bandaraya kk ni pun mula sunyi..ramai yg dah balik kampung :)
p.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^
khadeeja ke anak yg baru ni. huhu.. lama tertinggal cerita fara. nnt kena buat revision kat blog ni.
Salam idilfitri. Maaf Zahir dan batin.