20/08/14

taik kucing!

Kucing liar! Siapa ada masalah dengan kucing liar? Selongkar tong sampah sampai terburai segala isi. 'Womanizer', habis madu sepah dibuang. Berak dan kencing merata-rata! Ya! Isu berak dan kencing merata-rata. Bila sekali dah jumpa favorite spot, memang ke situ jelah tempat diorang melepas.

Tapi, kucing tak ada akal. Manusia ada! Bila kucing dah jadikan depan rumah kita (luar pagar) sebagai favorite spot, takkan kita nak sebat bontot dia. Ya tak? Of course taik kucing tu, kita kaut, buang dan bersihkan. Tabur ubat gegat hancur, bagi hilang kesan bau. Benda takkan settle kalau buat sekali dua je. Mesti buat selalu. Takde istilah geli. Janji bersih. 

Malangnya bagi kami, dapat neighbour yang cantik luar tapi buruk dalam. Jenis penggeli dengan benda kotor tapi pengotor. Faham tak apa yang cuba saya sampaikan ni? Bila kucing dah berak depan rumah dia, dia geli nak bersihkan. Sebaliknya, dia cuma simbah dengan air. Jadinya, ketulan taik tu dah berlari ke tengah jalan. Then bila ada sang pejalan kaki jalan menonong tak tengok sekeliling, taik tu dipijak tanpa sedar. Dan melarat ke serata jalan. Pagi-pagi bila nak hantar Aydin dan Khadeeja ke rumah mamanya, saya dok terjerit-jerit mintak diorang tengok-tengok jalan. Kalau terpijak taik kucing, tak ke semerbak baunya sampai ke dalam rumah? Kan? Kan? Kan?

Konklusinya, saya burst apa yang terbuku dalam hati selama ni. Kucing selongkar sampah sampai terkeluar isi pun, diorang buat tak tahu. Biar je sampah-sampah tu berselerak atas tanah, atas jalan dan dalam longkang. Kalau longkang sumbat, of course aedes buat rumah kat situ. Dah mulalah denggi merebak. Pergi kerja dengan bedak tebal kat muka, bibir merah bak delima dan bau perfume wangi memikat jiwa tapi kalau attitude busuk, tak guna juga. Astaghfirullah! Macam mana lagi saya nak bersangka baik ya? Kadang hati ni frust sebab tak tahu nak luah perasaan geram kat siapa. Pok Amai-Amai and friends, sorry if terpaksa baca luahan hati ni. Sekian.

Sobs!

16 comments

20/8/14

sblom pndah..aku mmg makan hati dgn karenah maknusia yg pentingkan diri
skrg dah pindah...............aman
jiran yang baik dan prihatin
itu juga adalah rezki selain duit

Lagkah keselamatannya kena tutup rapat-rapat penutup tong sampah tu akak. Insyallah nanti dapat kawal sikit kucing liar tu.

Tak suka bau bahan kumbahan kucing. TApi saya suka kucing..hehehe

Sabar jer lah ngan org mcm ni kan. Fara, curah minyak tanah kat tempat kucing tu slalu berak.

Hai fara... :)

Cool ek ek ek ek...

20/8/14

fahammm...fahamm...sila luahkan dr terbuku kat hati..huhu

uhhhh ni yg payah nak handle ni!!

20/8/14

sedihnya dapat jiran camtu.. fara dah pindah rumah sendiri kan.. saya stress woo bab bab najis dan bau bauannya ni.. saya penggeli.. so bila jadi camtu tak mustahil saya akan jadi bandaran sapu buang atau paksa shujin jirus buang najis najis kucing tu.. atau pun.. paling tidak kami tangkap kucing liar tu pegi buang kat tempat lain..

Fuh, rasa nak bertukar hijau je bila dapat jiran macam ni.. kalau ai.. tegur elok2 jiran macam tu.. kalau tak jalan gak.. sound direct je.

Kena bg tau kot...org cmni klau x ckp depan2...mmg x kan paham...

20/8/14

Sentap dah pagi-pagi sebab taik kucing ya..

20/8/14

harap2 si cantik tu sendiri terpijak taik tu baru dia sedar kan..

Memang bengkak hati jika begitu keadaan yang perlu dihadapi... :(

20/8/14

susah jugak masalah awak ni..
apa kata awak ambil langkah proaktif supaya kucing tak berak kat depan rumah jiran tu...contohnya, awak umpan kucing tu makanan..letak makanan dia jauh jauh dari rumah awak & jiran

Kalau tempat kakak boleh adukan ke pihak majlis nanti dia akan kutip kucing tu..

Kita kena sabar banyak2 ya.. macam2 orang ada di sekeliling. Kalau marah2 pun tak selesa jyga nak berhadapan nanti..

22/8/14

Assalamualaikum

adoiii hai ...bab kucing ni
porch saya tempat istirehat kucing2 jiran....tak pa...bab yg melepas tu yg tak tahan

Catat Ulasan