30/09/14

kenapa aidiladha tahun ni macam sunyi sepi? hohoho!

Kami mungkin akan pilih Little Caliph sebagai sekolah pertama Aydin. Alasan utama, dekat sangat dengan opis. Kalau ada apa-apa masalah, saya boleh lari kejap ke sana. Jalan kaki je. Tak payah start enjin kereta. If kalau saya berhenti kerja pun (mana tau, kan?), jarak antara KJ dan SJ pun bukan jauh sangat. Petik jari je. At least, ada alasan saya jalan-jalan Paradigm Mall. Huhuhu~

Yuran untuk Little Caliph cawangan KJ; Nak kata mahal, tak mahal sangat. Nak kata murah, tak murah mana pun. Average jelah. Itupun rasa terkial-kial jugak. Heheheh~ Environment? Ok. Lagipun, di sini masih terlalu baru. Masih perlu kuat dari segi marketing. Tapi saya rasa kalau dah nama tadika dan francais pulak datangnya dari branded label, parents yang patut susah hati sebab pengambilan terhad. Hahahah! Hopefully, urusan kami dipermudahkan Allah.

Minggu ni rupanya minggu Aidiladha. Saya lupa langsung. Entah apa yang saya sibuk fikir. Sepatutnya, balik Batu Pahat. Tapi otak berserabut fikirkan penyewa rumah yang suddenly nak move-out without notice. Wah! Terbakar jiwa rasanya. Malam ni, nak collect kunci tapi terpaksa abaikan inspection rumah sebab tak ada masa. SJ ke Puncak Alam bukan dekat wooo! Nizam pulak kalau balik kerja, bila matahari dah terbenam baru nampak muka. Yerp! Demi anak-bini.

Rasanya, inilah pengajaran buat kami khususnya Nizam sebab dia terlalu lembut hati menghalalkan segalanya. Hahahaha! Dapat tenant yang tak bertanggungjawab macam ni, entahlah! Malas nak fikir. Saya tak boleh samakan orang lain dengan diri sendiri. Cuma teringat masa saya menyewa dulu, terlambat 2-3 hari je pun tapi saya dah menggelabah minta maaf pada tuan rumah. Tapi yang ini? Huarghhh!


10 comments

Uncle pulak tak sabar-sabar nak raya sebab anak2 dan cucu-cucu akan datang. Sekarang ini tengah menghitung hari yang rasanya terlalu lambat bergerak.

1/10/14

- tak rasa sgt kan raya haji ni.

- moga urusan sekolah Aydin dipermudahkan Allah ya..

- wah, ada rumah sewa. Saya cuma jd proksi mak utk urus kedai sewa, skrg tgh pening gak...penyewa dah keluar tapi bil2 tertunggak ribu2, brg dia tak abis keluar. Mujur syarat kami bil mesti nama penyewa, jadi pihak TNB skrg tgh kejar dia.

saya pun rase sunyi raya kali nie..

1/10/14

Apesal Tajuk dan entri macam lain je.. :)

Saya pun tak terasa nak beraya sebab tak prepare apa pun..

eemm.. dulu bila menyewa, selagi boleh akan cuba untuk bayar awal sebab taknak bagi persepsi yang buruk pada tuan rumah.. tapi yang macam penyewa awak tu ye.. eemm.. takde perasaan malu ke orang macam tu ye..?

kalau orang yang kita tak berapa kenal tak paah la nak baik hati sangat..kan?bahaya..zaman sekarang ni ,zaman orang cari peluang nak pijak orang..

salam farah..lama tak siggah sini..tahniah dapat beby girl...walaupun dah lama bersalin...post lah pic beby dan abgnya aydin...

Insya-Allah Aydin boleh adapt dgn tadika pilihan itu Fara.. budah mudah aje dpt kawan dah mudah ingat.

Itulah kadang dpt tuan baik yg menyewa pulak buat hal.. manusia macam-macam ragam.

Sama lah fara. Sunyi sepi jugak sebab suma balik umah mertua memasing. TInggal kami jer lah. Tak survey lagi tadika untuk qahirah nih.

Memang payang dapat penyewa mcm tu. Smoga di permudahkan semua urusan.

2/10/14

kalau jadi tuanrumah yg dpt penyewa mcm ni memang sakit hati..sabarrrr jela...mak mertua saya penyewa tu angkut brg mlm2 sekali dgn brg2 lain..huhu..

Catat Ulasan