15/10/14

ergonomik carrier untuk kesejahteraan anak-anak

Masa Aydin baby dulu, kami beli carrier cikai-cikai je. Konon sebab baby cepat besar dan nak jimat, langsung tak terfikir pasal safety baby. Memang dungu, kan? Tapi kalau dah 0, tak selamanya 0. Baru tahu rupanya, ada carrier yang ergonomik. Apa itu ergonomik? Ergonomik adalah; Keselesaan, functional dan user-friendly. Kalau still tak faham, boleh study kat Wiki ya? Sobs! Tapi jangan tak tahu, ada juga carrier yang tak ergonomik tapi mahal gedabak. Contoh; Baby Bjorn. Ramai juga yang terlajak membeli. Tak apa. Kita belajar dari kesilapan. Untuk tak nak rasa membazir, boleh juga modified crotch carrier tu untuk jadi lebih ergonomik macam ni:-


Sementara nak menabung beli ssc baru, kaedah di atas boleh digunapakai.

Selain ring sling (Orang Asli Malaysia punya kehebatan mengikat sendiri ring sling untuk baby mereka. Dan bibik-bibik seberang. Hehehe!), ada parents prefer guna ssc. Apa itu ssc? SSC adalah soft-structured carrier. Contoh gambar? Sila selak entri saya yang sebelumnya. Heheheh! SSC biasa digunakan kalau parents nak jalan-jalan santai sambil shopping atau makan-makan atau lompat katak atau sebagainya ikut suka dan ikut keadaan. Huhuhu! Ring sling tu pulak praktikal kalau nak guna kat dalam rumah. Tapi nak bawak keluar jalan-jalan pun ok. Dan ada banyak lagi jenis carrier yang ergonomik untuk anak-anak. Boleh Google ya kawan-kawan. In fact, carrier lebih bagus dari stroller. Even kanak-kanak pun (bukan tahap baby) boleh digunapakai menda alah ni dengan alasan, merapatkan lagi kasih-sayang antara anak dan parents. Macam kes saya, ssc amat diperlukan sebab Khadeeja langsung banned stroller. Huh!

Cuma mungkinlah yang buat kita rasa liat nak membeli bila tengok harganya yang bukan murah. Bendanya simple je tapi harga memang tertelan-telan air liur (saya pun insan marhaen). Tapi demi anak ya kawan-kawan. Inipun boleh dikatakan keperluan dalam kehendak (macam mana tu?) juga.



Saya spread info ni pun atas misi kemanusiaan (Hahahah! Ayat dahsyat!). Tak ada unsur-unsur nak tunjuk pandai pun. Apalagi nak jadi keyboard warrior. Bukan apa, ada sesetengah orang bila tengok kita macam bodoh-bodoh alang, mulalah rasa pandai tahap profesor. Lepas tu, dok pung-pang hentam orang. Ouh! Tak boleh macam tu ya? Sila contohi pentegar gomen yang positif 24 jam. Kuikuikui....

12 comments

15/10/14

carrier yang selendang tu cun kan,
macam2 corak ada :)

15/10/14

Saya ada beli satu tapi yang tak ori punya end up tak pakai pun...malas pun yea gak hehe

tak beli dah la kot..kalo anak 1st dulu mgkn akan usaha beli jugak..apekan daya dulu bodoh juga..hehehe...good luck to u penuhkan tabung ok!

15/10/14

jom...jommmm beli ssc..nak sgt beli yg baru untuk baby baru...

15/10/14

saya tak pernah pakai benda2 gini..sebab tak dukung baby pun..kalau keluar jalan2 suami yang dukung anak.setakat bawak anak ke bilik air nak basuh berak,mandi tu ada lah saya dukung.heheh.dulu saya beli juga benda gini tapi suami tak nak pakai pun.dia rimas.anak tak rimas dia pulak yang rimas.dia kata lebih senang dukung cam biasa je..

15/10/14

Pernah pakai masa dukung anak masa kecil.. Sekarang semua dah besar..

Alah membeli menang memakai fara...hehehe...Memang ada yg mahal. Saya pakai boba 3g. Best.

Skang berkenan dengan ergo 360. Tapi harganya tak mampu poketlah.

15/10/14

macam2 ye fara..zaman anak2 acik kecik dulu tak de kot benda2 ni..atau pun acik yang tak tau..

15/10/14

Nice info untuk ibu-ibu di luar sana. Saya suka tengok kaum ibu dan ayah pakai carrier bag ni..nampak comel je..hihi

Pernah beli satu duluuuu, tu pon masa jasmin baby, tapi tak berpakai pon. Saya rasa macam baby tak selesa. Hubby lagi tamo pakai, malu katanya.

Masa baby below 6months kalu keluar sy suka bawa baby seat yang bleh carry gi memana tu pastu bila baby dah pandai duduk baru pakai buggy.

Huhuhuhu.

16/10/14

Saya beli jenama biasa je.. tapi sudahnya sangat jarang digunakan.. rasa macam membazir..

16/10/14

I bought my boba 3g back then mase preggy anak kedua. We were going to jogja that time. Then rase mcm leceh klu nk travel bwk stroller plus anak pun mmg x brp mesra stroller. Berkira2 gak masa nk bli tgk harga yg beratus. But alhamdulillah, it is one of the item that is worth to buy. Anak kedua dah almost 2 yrs skg. Ssc masih lg jd teman setia especially klu berjalan kat tmpt yg crowded..

Catat Ulasan