16/10/14

enau dalam belukar

Pagi-pagi lagi, bos saya (orang Cina) dah memaksa saya selak kamus Dewan Bahasa. Dalam perbualan, dia ada selitkan peribahasa;

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Jujurnya, saya gagal menguasai peribahasa Melayu yang sepatutnya sebati kepada semua rakyat Malaysia (termasuk saya). Tak kira apa bangsa sekalipun. Jangankan peribahasa atas, enau pun saya tak tahu apa. Kawan-kawan tahu? Kalau tak tahu, saya tolong beritahu atas usaha gigih saya mencari dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka.

Enau; Tahu buah kabung? Pokok inilah asalnya. Datang dari keluarga palma.

Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing; Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.

Ada perbezaan di antara orang yang banyak membaca dan orang yang kurang membaca. Dah tentulah saya masih dalam golongan kurang membaca. Boo!

6 comments

16/10/14

Kakak tahu maksud peribahas tu Fara tapi pokok enau tu memang kakak tak tahu hihi...

Peribahasa lama, relevan sepanjang zaman.

16/10/14

bos kau sesuai jadi orang melayu, gantikan dengan sesetengah orang melayu yang ada ni...

16/10/14

ok kak.terimakasih untuk peribahasa harini.hehehe

16/10/14

enau saya pun taktau fara..cuma tau maksud peribahasa tu..macam peribahasa harapkan pagar pagar makan padi tu..baru sekarang tau apa dia pagar yg sbnr......ermmm

Hebat bos awk. Boleh guna peribahasa Melayu. Saya ni wp bukan jenis byk membaca, tp kebetulan peribahasa ni saya tau. Dan pokok enau pon saya tau. Tapi yg ni je la. Kalo test yg lain belum tentu.

Catat Ulasan