27/10/14

mihun goreng sambal sotong


Mulakan pagi Isnin dengan senyuman dan beristighfarlah kerana sesungguhnya, nak mulakan hari kerja selepas bersakan di hujung minggu itu sangatlah menyeksakan. Heheheh! Pagi ini, mari kita bersarapan seperti sultan tapi dengan harga rakyat. Mihun goreng 'pemurah' berlaukkan sambal sotong sedap. Ehem! Sedap pada tekak sayalah ya? Tak tahulah tekak orang lain. Tapi makcik penjual sarapan pagi ni memang pemurah orangnya. Sekali dia cedok, memang kenyang sampai tengahari. Orangnya dempol-dempol comel gitu. Heheheh!

Mihun goreng sambal sotong dan nasi goreng berlauk daging kicap, harganya cuma RM6.00. Bancuh Milo subsidi opis. Alhamdulillah. Selamat poketku (yang pokai).

11 comments

Tanpa Nama
27/10/14

ada kawan aku suka makan bihun, mee atau nasi goreng kosong je. takde sambal atau lauk macam ni. kalau aku, susah nak masuk...

27/10/14

Alhamdulillah rezeki yang Tuhan bagi, kita sarapan bekal nasi je tadi..

27/10/14

dempol2 comel mcm aku tak? hehehehe

27/10/14

RM6? ni merangkap lunch ke? huhu

Perghhhh...sedapnya.

pstt..ade org penah bagi petua kat saya..kalo nak beli cari org yg jual tu gebu-gebu comey-comey (read : bulat-bulat comey) confirm dia masak sedap..hehehe..

Tanpa Nama
27/10/14

nmpk sedap ni, la ni semua mahal yer smpai rm 6 tu, tu yg KA rela buat sendiri huhuhu

Uhh... merah betul tu Fara. Mesti pedas berdesit ni. Tapi biasalah yg pedas itulah yg sedap ye..

27/10/14

Uii.. Sedap ni..

27/10/14

Kira ok lah tu beb harganya...kalau kat tempat akk..meehonn sotong ni jer 450-480.....

27/10/14

merah menyala bihun nya..nampak cam pedas..

Catat Ulasan