27/10/14

luaskan kuasamu; saja cari pasal


Bukan die hard fan pun. Sebenarnya macam ni. Ayah saya orang Johor. Kampung saya di Johor. Tapi Mak saya orang Terengganu. Kampung saya pun di Terengganu. Walau macam mana pun, hometown saya di sini (Subang Jaya). Membesar dan bersekolah di sini. Ambil SPM pun di sini. Haaaa~ Belum ambil kira suami orang mana. Orang Nogoghi tu walaupun tak tahu suku mana. Hahahah! Tahu dek Hattan dengan W.A.R.I.S, mahu kena kutuk ni. FELDA mari ouh! Arghh! Pening kepala weh! Nanti kejap! Mak Ayah saya pencen PDRM tau! Macam mana tu?

Pfft!




3 comments

Tanpa Nama
27/10/14

hehehe... dlm sungguh makna dlm n3 ni, jgn jd durhaka sudahlah yer !

Johor tanah tumpah darahku hihi... Johor sekarang sedang berasak kes bolasepak ke final. Politiknya pula sibuk menfail semula kes Pulau Batu Putih. Ekonomi/sosialnya sibuk dgn Danga Bay yg sedang dimajukan sehingga banjir kawasan bandar bila hujan lebat...

Mehlah balik kg Fara... sesekali jenguk tanah kelahiran org tua:)

28/10/14

koi orang pahang tapi tak minat bola..itu pun tengok mod jugak,dalam pada tak minat, bulan 5 hari tu sempat pergi stadium s.alam tengok piala FA :p

Catat Ulasan