25/11/14

apa itu evil eye?

Kalau mengikut pada pandangan Al-Quran, evil eye adalah mata jahat, mata permusuhan, mata tidak puas hati kepada satu pihak lain. Sabda Rasulullah; صلى الله عليه وسلم al-Ain (Penyakit hati punca dari) mata jahat itu benar dan menghadiri bersamanya syaitan dan hasad (irihati) dari Anak Adam.
 
Orang kata, kalau kita buat apa pun biarlah berpada. Contoh; Mak saya selalu pesan, kalau gembira sangat jangan terlebih-lebih. Nanti menangis. Agak relevan kalau kita kaitkan kisah pesanan orang tua dengan keghairahan kita yang terlalu exposed pelbagai status dan gambar dalam Facebook, IG atau apa saja yang berkenaan, yang melibatkan keluarga lebih-lebih lagi anak-anak kita.
 
Mungkin niat kita cuma nak share the happiness; Anak dapat straight As. Romantik dinner dengan suami tercinta. Kita yang dah slim dan cantik selepas make-over. Baru beli rumah super-link yang melampau harga. Baru beli tiket kapalterbang untuk bercuti keluar negara. Dapat bonus berpuluh bulan. Tapi kita tak dapat control isi hati manusia. Dalam 100 kawan, mungkin 99% memiliki evil eye; Eleh! Macam dia sorang je ada suami. Puja sangat laki kau. Nanti dia cari perempuan lain, baru kau tahu. Atau; Macamlah anak dia sorang je yang pandai belajar. Aku nak tengok bila pelajaran anak kau merosot, kau nak canang dalam FB tak. Mungkin; Riak betul kau. Naik kapalterbang pergi Langkawi je pun. Sibuk nak tayang dalam IG. Nampak remeh, kan? Tapi dalam kebusukan hati mereka, terselit doa yang mampu menjebak kita pada keburukan. Padahnya bukan pada kita saja tapi anak-anak kita yang tak berdosa.
 
Sebenarnya, saya cuma meleretkan apa yang dikongsikan Wardina dalam FB berkenaan evil eye. Saya sendiri culas dan semangat berkobar-kobar hendak berkongsi the happiness pada kawan-kawan. Tapi bawah sedar, saya terlupa yang manusia ni cuma warna rambut je sama. Tapi hati, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. But doesn't mean saya akan terus berubah menjadi super-duper introvert. Mungkin saya tetap akan berkongsi benda-benda kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian saya, lebih-lebih lagi dalam blog. Cuma saya kena selalu ingatkan pada diri sendiri, buat apa pun biarlah ada hadnya.
 
Untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan evil eye, marilah kita sucikan hati dengan selalu menyebut nama Allah, diiringi doa kebaikan pada kawan-kawan dan keluarga kita. Moga Allah jauhkan kita dari kejahatan dan keburukan.
 
Disclaimer: Entri saya tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Sekadar berkongsi pendapat saja.
                           

8 comments

25/11/14

hahahaha..naik kapalterbang gi Langkawi aja pun!

Tapi itulah dunia sekarang..
Pokok pangkalnya bagi saya, bergantung pada NIAT.

Kalau NIAT mmg nak riak, dosa lah kita share apa apa benda pun kat FB/IG/blog...

Tapi, macam awak cakap, walaupun niat kita suci murni, tapi berpada pada lah..:)

25/11/14

betul.. penyakit hati memang tiada penawar..

benar juga kata2 wardina, kadang kala ape kita share takut ade sekelumit (muangkin ada mungkin tak ada) riak yg mana org lain memandangnya sebagai satu riak dan menunjuk-nunjuk.

atau pun, nak share boleh.. berpada2 mungkin?

lain orang lain caranya.. Wallahualam

25/11/14

Betul jugak tu..kan?/saya setakat ni berkongsi hal anak2 je la.hal jalan2 makan angin kat mana,shopping apa,makan kat luar makan apa.itu suami saya memang tak bagi saya citer kat fb atau blog...dia tak nak benda2 macam ni jadi la...setakat ni apa yang saya kongsi dia belum kritik la.tapi saya kena bijak pikir apa yang patut dan tak patut..

terima kasih atas teguran

Suka entry ni ☺☺

Kita tak mampu nak mengubah persepsi org lain. Melainkan diri mereka sendiri yg ubah. Kekadang kita share niat kita lain, tapi pandangan mereka pulak lain.

Kalau nak ikut pandangan orang, baik kita tak yah up status/gambar kat FB/IG terus. Sebab asal upload jer ada yg tak puas hati. Abaikan jer lah org mcm ni.

26/11/14

Betul juga tu.. tapi kadang nak share cerita seronok2.. orang pulak pikir lain.. huhu

26/11/14

tq for sharing..
sungguh mendalam...
lps ni maybe kna lebih hati2..
kdg niat sedikit pon x menunjuk..tp pndangan org ...

Dulu bila org share pasal al ain ni aku mcm agak bosan dan aku rasa mcm "eleh, ye la tu. Semua benda pun tak boleh". Tpi bila bc entry ni aku rasa mcm ada betulnya juga. Sbb hati org ni, tak sama mcm hati kita. Kalo kita rasa apa yg kita pos tu, takde apa pun, hanya gmbr nasik lemak lauk telur rebus je, tp tak mustahil ada org yg akan jeles dan berdoa yg buruk2 dlm hati mereka. Wah, nampaknya aku plak yg dah jadi introvert. Heheh.

Catat Ulasan