25/11/14

majlis kahwin orang minang padang, indonesia

Tadaa~ Kami di Padang, Sumatera! Err, bukan Padang tapi Gombak je. Heheheh!

Ahad lepas, kami memenuhi jemputan majlis kahwin kawan opis. Kawan saya ni sebenarnya orang Indonesia tapi warganegara Malaysia sebab lahir dan didaftarkan kerakyatan di sini. Suaminya juga orang Indonesia tapi lahir di Malaysia. Cumanya, dia didaftarkan kerakyatan Indonesia. Mereka mendaftar kahwin dan menikah di Malaysia. Prosedurnya? Memang gila. Rumit, remeh dan bukan senang. Huhuhu!

Pertama kali kami berkunjung ke majlis kahwin yang bukan pure Malaysian, memang melopong. Hahahaha! Dari pelamin membawa ke makanan, memang agak berbeza dari kebiasaan sini. Malah, terlebih meriah. Paling teruja bila dapat tahu, pengantin akan start bersanding dari pukul 2 petang hingga ke tengah malam! Peh! Tak dapat bayangkan. Boleh kata, tetamunya terdiri dari 99% orang Indonesia. Selebihnya, orang Malaysia termasuk kami anak-beranak. Huhuhu!

Makanannya memang asli Minang. Rendang Minang. Sambal hijau. Masak berlado. Gulai kuning. Apa yang penting, semuanya beraroma daun limau purut yang mana kami rasa macam sikit terganggu. Hohoho!

Overall, ok. Pengalaman baru buat kami. Tak payah nak pergi Padang pun sebab kat Malaysia pun ada Padang-nya juga. Hehehehe! Apapun, Aydin berselera makan lauk Minang, ok! Hoh!

Pakcik ni karaoke lagu Minang. Nampak je petit tapi suara besar!
Hectic! Masa ni, kami kena beratur semata nak bergambar dengan pengantin. Heheheh~

First time saya letak gambar anak-beranak dengan pengantin dalam blog, semata nak tayang pelamin orang Indonesia. Meriah, kan?

Last but not least;

Mommy, beg anak-anak, botol air dan kain napkin; berpisah tiada. Hahahaha!

8 comments

25/11/14

Wah.. Menarik dapat melihat kebudayaan Indonesia di Malaysia..

25/11/14

Tak pernah tengok lagi pelamin macam tu fara..meriah betul warnanya

hebat pelamin nya sampai tenggelam muka pengantin dalam pelamin tu..hehehhe

26/11/14

Memang meriah.. dan pertama kali tengok farah n family.. ;)
Tahniah dan moga berkekalan hendakNYA pasangan pengantin.

betul tu.. napkin.. botol susu dan beg berpisah tiada..

vah vah vah...giler meriah pelamin!! bersanding dari pkl 2 samapi tgh mlm memang rare arrr dah la panas melengas err nak solat mcm mane? hehehe..

26/11/14

Pergh! Mmg meriah pelamin dia.

Apesal aydin tak senyum tu?

26/11/14

ni baru betul raja sehari kalau bersanding dari kol 2 ptg sampai ke malam..

erkk.. pengantin pompuan larat ke bawak bende atas kepala tu sampai malam??

Ye..ye... ko betul2 sgt tinggi. hehehe... Itu yg aku nak komen sbb teruja sgt nih dpt tgk gmbr ko satu family pdahal ko nak tunjukkan pelamin minang. Mmg unik habis, warna dia tu. Mmg kek lapis sarawak.

Catat Ulasan