6/11/14

budak singlet hitam; buli balik pulau

Suka hati je petik nama Balik Pulau ya? Hehehehe!

Dulu masa belajar, paling kuat kena buli pun bila senior arah budak-budak junior berdiri tegak bawah ampai baju. Itupun saya escape; alasan kesihatan. Baik punya lakonan. Hahahaha! Bila masuk U, manja lebih juga sebab kena cover dengan senior merangkap sepupu sendiri.

Generasi saya, zaman buli tak sekejam sekarang. Dengar cerita kawan-kawan lelaki pun, tak adalah sampai tahap tekap badan kawan dengan iron panas. Tak ada siapa pun masuk ICU. Jiwa pun tak tercedera. Tapi sekarang bila dengar berita buli, mula teringat yang kita pun ada anak. Apa akan jadi masa depan nanti kalau sekarang pun dah teruk macam ni? Haih!

9 comments

errmm..kene perkuatkan anak dgn ilmu jiwa, agama dan fizikal juga..arghh payah nyer..

6/11/14

seriau!! aduhaiii kesiannya yg kena buli

sentap sy bila dok tgk video buli, anak kat asrama sorang dan nak masukkan lg sorang yg manja tu..., kalu mcm ni lah harus tak jadi..hemm.

Skang kes buli sampai ragut nyawa. Takut plak nak hantar anak masuk asrama.

Tak sanggup nak tgk video budak kena buli tu. Kesian sgt.

kan??bukan saya je jadi takut nak lepas kan anak dok asrama..maisara sendir cakap dia tak mau dok asrama...dah la dia tu lembik..cemana nak buat entah...

Assalam,

Itu yg mamawana seghiau.. elak anak2 drpd masuk asrama sejak Form 1 ke Form 5. Kat rumah pun boleh belajar. mama boleh pantau sendiri. huhuhu... kasihan bagi yg dibuli. Semoga mendapat kehidupan yg lebih baik. Insya allah.

agaknya anak2 sebelum masuk asrama kena ada tali pinggang hitam silat atau tekwando baru betul tak jadi apa2

7/11/14

Dulu zaman sekolah bergaduh jugak.. Bak kata orang Melake, 'Mangkau' jugak lah.. Dulu-dulu takde guna telefon bimbit je.. Kalau tak jadi viral jugak..

Biasanya budak yg membuli tu, masa dia junior, dia kena buli. So, bila dah besar, dia balas kat junior dia pulak. Atau satu lagi ada konflik dalaman kat rumah. Wallahua'lam.

Catat Ulasan