11/11/14

yuran sekolah aydin yang pffttt!


Saya akan hantar Aydin ke Little Caliph cawangan Kelana Jaya. Itupun puas saya selidik dan testimonial pun agak bagus berbanding kindies lain. Inshaa-Allah, moga dipermudahkan urusan. Tapi sejujurnya, saya dah mula kecut perut allocate duit gaji untuk bayar yuran sekolah Aydin. Kalau ikutkan perasaan, kami sebenarnya tak mampu sangat nak bayar yuran sekolah mahal. Tapi kalau ikut pada syarat gomen, kami tak layak nak enrol Aydin ke Tadika Permata, KEMAS dan yang seangkatan dengannya. Sedih tapi realiti. (Kawasan dekat rumah saya tak ada Tadika PASTI).

Yuran pendaftaran yang kami kena sediakan, lebih dari RM1k. Itupun kami terpaksa ambil setengah hari sebab tak mampu nak bayar daycare yang bulanannya menjangkau RM500. Bulat mata, kan? Tapi itulah satu-satunya kindy yang paling strategik dan affordable berbanding kindies lain. Disebabkan hal sekolah Aydin, saya pernah merapu minta kebenaran pada majikan untuk transit anak di opis. Tapi permintaan saya ditolak. Jujurnya saya rasa down sikit sebab nampaknya tak ramai yang memahami kesusahan saya yang tergolong dalam golongan pertengahan yang mana suaranya tak laku didengar sesiapa saja pun.

Berhenti kerja perlu diambil kira. Tapi hutang PTPTN, hutang kereta dan hutang rumah siapa nak tanggung? Uwaaa!

10 comments

saya paham sgt situasi kamu!! paham sgttt.....

11/11/14

faham sangat...aduhaiii... : (

11/11/14

Moga urusan awak dipermudahkanNYA.. insyaAllah..

11/11/14

sabar kak...selalulah dhuha....semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki akak sekeluarga.....aminnnn

12/11/14

Boleh claim kat kerajaan RM 180.00 sebulan tak kira pekerja gomen atau swasta..

Yuran tadika memang tiap² tahun naik. Nasib kat bangi ni banyak pilihan. PASTI pon dah RM700++ skang nih.

RM500?!! Mahal tu.. LC di Taman Maluri baru RM380 utk extend program.. Mmm Kelana Jaya tempat elit2 mungkin..

12/11/14

alahai..mahal nya..sabar je la ye..nak buat cemana...kan??

12/11/14

sebulan berapa kat situ?
tadika anak saya RM268...hahahaha

Tadika PASTI Kelana Jaya ada di Masjid Alhidayah SS3..RM150 sebulan.

Catat Ulasan