13/11/14

cinta, nyawa dan kekuatan

Semalam, saya emergency leave sebab mama Aydin dan Khadeeja tak sihat. Bila datang musim hujan, sakit datang berjangkit-jangkit. Khadeeja pun baru kebah dari demam. Tapi bila dah kebah, dia nak berhimpit je dengan mommy. Tak boleh hilang sikit. Melalaknya macam kena sebat. Sama peel dengan Aydin. Selalunya, demam yang kebah dulu. Mengada-adanya lambat sikit nak baik. Hahahahah! 

Disebabkan Khadeeja tak boleh langsung nak berenggang dengan mommy, maka makan tengahari semalam pun ala kadar je. Buatkan nasi goreng bawang putih. Panaskan lauk malam semalam. Itupun suara Khadeeja memetir sebab mommy tak ada depan mata. Pffttt! Bila dah siap semua, Aydin peluk tubuh sambil kata; Huh! Tak sedap mommy masak! Tak nak makan! Hahahaha! Nak marah ke nak gelak? Mana satu? Cara dia peluk tubuh tu memang dramatik sungguh. Boleh bayangkan tak? At the end, saya buat tak tahu. Sengaja makan depan dia. Lama-lama, dia datang dekat dan menganga mulut minta suap. Hahahaha!

Disebabkan siangnya saya tak mampu nak masak sedap-sedap untuk Aydin, maka malamnya saya masak pasta arrabiata dan ayam bakar. Kombo favorite Aydin, tahu sangat dah. Belum rasa lagi, dia dah puji; Sedapnya mommy masak. Aydin suka. Terima kasih mommy sebab masak untuk Aydin. Rasa nak meleleh airmata bila anak puji macam tu. Walhal masak simple je pun. Hahahahaha! Dramatik, kan? Maklumlah, nak tunggu Nizam puji melangit macam tu memang macam tunggu kucing bertanduk. Heh!

Apapun, anak tu memang penyeri jiwa. Walaupun kadang tu semak otak juga nak melayan bila datang perangai meragamnya.



11 comments

alala suwitnyeee..tapi kalau cakap masak tak sedap tu tak suwit mana dah he he..kids will say the darnest thing wont they =)

hahaha..baca sambil gelak sebab membayangkan kiter ni spiderwomen, superman, keluangwomen semua ade ;)

13/11/14

ahmad pun mcm aydin jugak..sedapnyaaa...sedapnyaaa..
padehal buat air milo aje pon..grng telur mata aje pun..eh, ikhlas ke nyindir mama tu? hehehe...

amboih,..berketui2 badan anak dara!

13/11/14

hahahaha.... anak2 selalu cakapnye jujur...




larik!!!!!!!!!!!!!

13/11/14

sungguh..
they are the most amazing gifts from Allah..
anak yang sulung pun, kadang, setakat goreng telur, belum jamah lagi dah puji melambung. Makan sampai pejam-pejam mata menikmati makanan yang pada kita rasa biasa, tapi pada dia nampak sungguh sedap..Allahu..

13/11/14

Nampak sembab mata dak Khadeeja..
Moga cepat sembuh mereka.. ;)

Hehehe...dpt bayangkan aydin peluk tubh tu. Handsomenya kamu ngan jubah tu.

GWS khadeeja. Bila anak tak sihat dan meragam ni memang masak pon se simple yg boleh.

13/11/14

hahah...pandai mainkan perasaan mama nih..
kacak nya dia pakai jubah..sesuai sangat..;)

13/11/14

Aydin ni kalau jadi pengkritik makanan / juri Masterchef, boleh meleleh air mata contestant tersentap...kah kah kah

13/11/14

comel kan dia pakai jubah ey :)

14/11/14

pujian kanak2 ni sll ikhlas zahir batin ..hehe...comel jek...

alolo baby...mcm nk gomol2 lah...meh sini kat auntie mehhhh!!

Catat Ulasan