22/12/14

cerita tentang bilik aydin

Cak! Hehehehe! Kabare blogger? Waras? Harapnya begitulah. Maaflah sebab dah lama tak update blog. Kesibukan melanda. Sibuk dengan kerja pejabat dan sibuk juga menghabiskan cuti tahun yang masih bersisa. Inshaa-Allah, minggu depan saya cuti seminggu. Tapi tak ke mana-mana pun. Cuma bergilir balik kampung. Tahun ni langsung tak ada allocation budget untuk cuti-cuti. Budget nipis. Banyak allocate untuk benda-benda penting je. 

Dan sempena Aydin nak mula bersekolah tahun depan, kami make-over bilik dia dengan katil dan wardrobe yang sesuai. Dah sampai masanya untuk dia independent especially tidur di bilik sendiri. Selama ni, bilik dia kami jadikan stor. Semua pun campak sana. Tapi semalam, kami mengemas dalam seribu kepayahan disebabkan Khadeeja yang clingy. Alhamdulillah, settle jua. Kos pun ciput-ciput je. Kami beli wardrobe dan bunk bed di Ikea. Bedsheet di Mydin. Tilam di Aeon Big. Bantal sedia ada.

Bercerita tentang bunk bed; kenapa kami tak beli single bed? Rumah kami kecil. 2 bilik je. Kami kena fikirkan planning future disebabkan Khadeeja juga akan membesar. Sementara masih kanak-kanak, kami akan tempatkan mereka dalam bilik yang sama. Berkongsi wardrobe. Berkongsi katil (atas bawah). Mana tahu ada rezeki lebih, dapat duduk rumah besar pula. Bilik seorang satu. Kan? Tak apa. Itu nanti-nanti.

Dalam-dalam nak berjimat, tiba-tiba washing machine kami rosak pula. Huhuhu! Semalam, gigih pikul besen ke self-service laundry. Sobs! Mengira jari lagi untuk beli mesin baru. Tak apa. Dugaan. Astaghfirullah!

Hari ni, Aydin ada orientasi sekolah. Alhamdulillah, dia berani. Tak sabar nak tahu feedback dia nanti.


11 comments

22/12/14

aydin tahun depan tadika ek fara...sama ngan ahmad la ni..tp tak register2 lagi ni...lahai..

mana gambar bilik Aydin?
excited kan kemas2 gini, utk anak bujang yg kian membesar. :)

Wah...Aydin dah jadi abang besar. Mesti pandai berdikari nanti. :)

Turn kamu pula ye :)

22/12/14

nak sekolah dh aydin...

23/12/14

sejak pindah umah skrg, semua dapat bilik sorang satu kecuali kenit masih tido dgn kami. tp skrg dia pun selalu nak tido bilik kakak, dah besar anak aku, hehe

24/12/14

Itulah.. selesai satu, ada lagi masalah lain timbul tapi sekarang dah banyak ada laundry cucian kering.. gigih dengan idak je nak pergi cuci kat tempat tu.
Saya biasa weekend basuh baju kat rumah bawah pergi kat area rumah MIL dan keringkan di sana.. senang.. terus lipat.. jadi weekend ada banyak masa untuk berjimba2 kat luar dengan family.. hehehe..

salam ukhwah, memang seronok bila mendeco bilik anak2 ni kan,nanti bila mereka semakin remaja,pasti ada taste tersndiri :)

Assalam Admin dan pembaca semua,

Saya ada berkongsi tentang cara persiapan menghadapi banjir di blog saya. Saya harap dapat disebarkan bagi membantu saudara2 kita yang masih berhadapan dengan risiko banjir dan yang perlu bersiap sedia untuk berpindah. Terima kasih. KLIK SINI

Dia nak ke tidak tidur kat bilik sendiri? Ye lah, aku rase elok gak fikir masa depan, kot2 dapat adik lagi sorang, boleh le kongsi katil.

9/1/15

salam farah...

lama aku tak BW...harap ko sihat2 je...
wah...aydin dah besar la...rindu nak tgk budak tu...

Catat Ulasan