12/04/11

kenapa nak cantik?

Tepuk tangan dengan kejayaan mereka! (Google)
 Bagaimana jika ditanya soalan begini?
  • Kenapa nak cantik?
  • Kenapa berhabis duit beli alat solek?
  • Kenapa nak kurus?
  • Kenapa nak luruskan rambut yang kerinting?
  • Kenapa nak kerintingkan rambut yang lurus?
  • Kenapa nak tegangkan buah dada yang kendur?
  • Kenapa nak hilangkan kedut di wajah?
  • Kenapa nak cerahkan wajah yang gelap?
  • Kenapa nak gelapkan wajah yang cerah?
  • Kenapa warnakan rambut yang hitam?

Cantik. Bukan puji Erra Fazira. Tapi jurusoleknya. (Google)
Kenapa kita mesti puji kecantikan Erra Fazira? Kenapa kita harus memuja keayuan Siti Nurhaliza? Kenapa kita harus mengimpikan kelangsingan Ziana Zain? Cuba ambil cermin, tatap wajah sendiri. Belek mata, kening, hidung, mulut, pipi dan segala macam yang ada pada wajah sendiri. Cantik atau tidak? Sudah tentu cantik! Setiap perempuan yang hidup di muka bumi ini CANTIK! Kamu yang baca entri ini juga cantik. Tak percaya? Belek lagi wajah sendiri di hadapan cermin. Kamu sememangnya cantik. Kenapa tidak?

Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah mengakui Erra Fazira itu cantik. Dia cantik hanya kerana alat solek. Kita juga boleh cantik jika diwarnakan wajah sebegitu rupa. Tapi kita tetap merasa betapa kurangnya kita. Tetap hendak memuji-puja kecantikan plastik dan palsu. Tidakkah kamu sendiri terasa pelik?

Kasihan perempuan ini. Habis terhakis semua pahala. (Google)
Walaupun begitu, saya sangat percaya pada kecantikan Erra Fazira ketika dia bangkit dari tidur! Walaupun saya tidak pernah tahu dan nampak tapi saya sangat percaya. Sama juga situasinya jika bercerita tentang kelangsingan Ziana Zain. Memang betul, kita semua ada lemak merata. Tapi nak peduli apa? Biarlah lemak di situ. Kenapa nak berlapar sebab nak kurus? Kenapa nak melabur duit sebab nak kurus? Cantik ke bila kurus? Oh, lupa! Kalau kurus, boleh sarung semua baju. Baik yang sendat dan ketat. Tapi, percaya sangat ke Ziana Zain itu sangat langsing hingga hilang semua lemak?

Sangat menyedihkan bila perempuan tidak persetankan citarasa lelaki. Kenapa ambil peduli? Tak payah ambil peduli. Yakin pada diri sendiri. Aku gemuk. Jadi mengapa? Janji aku sihat. Tak perlu nak susah payah menguruskan badan sebab menurut kehendak mata lelaki. Mengarut! Percaya pada diri sendiri, masih ada lelaki yang berhati mulia yang mementingkan kecantikan dalaman dari memuja kecantikan luaran. Lelaki yang memandang perempuan cantik plastik itu selalunya akan hidup merana kerana perempuan cantik plastik tidak semestinya cantik luar dalam. Tak percaya? Banyak contoh depan mata. Kutip saja pengalaman hidup sesiapa. Pasti akan ada!

Perempuan sendiri yang merelakan diri menjadi bahan lawak jenaka lelaki. Perempuan sendiri yang merelakan diri menjadi cerita kutukan lelaki dan perempuan jugalah yang suka menambah dosa lelaki. Jadi, apa perlu kita buat? Pentingkah cantik untuk diri kita? Cantik untuk apa? 

Bila ada yang kata cantik untuk suami tapi menayang pada umum. Apa konklusinya?

11 comments

12/4/11

da tu~~~hari2 kena hasut mau tak terpengaruh~~he~~kitorang yang lelaki ni pun da start pakai lip balm~~haha~~

12/4/11

org berduit buat lah apa saja nak cantik nak segala2nya lah yg boleh dibeli dgn duit..

x kesah la kurus ke kering ke gemuk.. janji hati bahagia.. anak2 pun sihat...;

jiran kakyong selalu konfius.. bila kita pakai baju besar sikit dia kata kita gemuk.. bila pakai baju yg agak fititng sikit, kira kecik la sikit dr baju yg geboh tu.. dia kata, 'eh nampak kurus plak kak ari ni'...

dlm hati 'ade aku kesah.. heheheh'..

13/4/11

kecantikan adalah bonus bagi seseorg wanita

memang fitrah perempuan mahu kelihatan cantik.

kenapa ek?
...sebab kita yang nak,
kalau xnak xpe.

assalamualaikum...


kenapa perempuan itu pakai skirt pendek..sebab nak tunjuk kecantikannya...tapi bile kne cabul atau lelaki memandang dengan pandangan yg tajam, tahu plak rasa tak selesa huhuhu..kita membenarkan perlakuan itu berlaku....

heheh tak salah nak cntek
tp msti ikut care yg betul laa

kan kan

hahahaha...
setepek kena kat muka kid... :P

pernah luruskan rambut sbb kononnya nak makeover lepas bersalin dan ternyata husband suka sangat.. :)

pernah juga warnakan rambut sekali sahaja di zaman muda remaja belia yang suka memcuba.kononnnya.. :P

nak kurus dan ringankan sikit berat badan ni sebab kalau berat sangat nanti buat keje sikit dah termengah.. :P

beli alat solek menambahkan sedikit kecantikan yang ada dan untuk kepuasan sendiri.. :P

itu semua atas diri kita sendiri..
bukan perempuan je yang mahukan kecantikan..
lelaki pun sama kan..

nanti bila tak cantik dikutuk keji dan disuruh cerminkan muka dulu..
bila kita melabur untuk kecantikan dikatakan membazir pula..
haish.. :P

fitrah perempuan nak cantik..semua perempuan nak cantik..bukan utk dipandang tetapi kepuasan sendiri..:)

13/4/11

yg penting klu nak berubah pun...cantik ke hape ke...bkn krn sape2...tp krn diri sendiri...;)

19/4/11

hikhik.. betul tuh. kata nk cantik utk somi tp ditayang2 pulak pada umum ye. kenapa bila dh kurus tak pulak continue je pakai bj kurung & jubah mcm dulu2. perempuan.. perempuan.. nafsunya 9, akalnya 1.

tp bukan sume ye tak?

Catat Ulasan