4/04/11

alkisah makcik sal

Minggu lepas, saya didatangi seorang makcik. Nama singkatan makcik itu adalah Sal. Umurnya tidak terlalu tua dan jauh sekali muda. Makcik Sal punya 4 orang anak. 3 orang anak teruna dan seorang anak dara. Makcik Sal sangat menyenangi 3 orang anak terunanya. Tapi tidak anak daranya. Katanya tidak sebulu. Saya diam. Ibu macam ini pun ada ke?

Anak daranya tidak cemerlang. Gagal lagi ada. Salah seorang anak terunanya pula cemerlang. Berderet A. Habis satu blok rumah pangsa dia heboh. Belum bab kawan-kawan pejabat. Pantang berjumpa, pasti terselit alkisah anaknya yang cemerlang itu. Bila anak sudah cemerlang maka harapan dan tanggungjawab terletak pada bahu anaknya. Anak harapan. Anak boleh digunapakai kelak. Anak yang akan bantu ibu. Maka, anak daranya menjadi sunyi dan sepi.

Nak dijadikan cerita, anak terunanya mendapat tawaran belajar di UiTM. Jurusan senibina. Ala-ala Azhar Sulaiman. Jadi arkitek. Gaji masyuk. Poket lebat.  Atau mungkin pengganti Hijjas Kasturi? Apalagi  makin seronok Makcik Sal. Lagi dipalu kompang bertalu-talu. Dan cairlah taik telingaku.

Semester pertama berlalu. Semester kedua sepintas lalu. Dan masuk semester ketiga, anaknya merayu-rayu.

Ibu, nak berhenti. Tak larat. Tension. Beban. Tekanan. Susah. Payah.

Makcik Sal susah hati. Anak teruna kebanggaan mahu berhenti belajar Makcik Sal datang minta pendapat saya. Dan saya beri jawapannya...

Inilah hukumannya orang yang suka cakap takbur dan riak. Saya memang tempelak Makcik. Mujur saya jenis terus-terang. Kot jumpe orang yang makan hati dengan Makcik dari dulu macam mana? Sekarang siapa yang susah? Belajar SPM tak sama dengan universiti. Dulu nerd. Sekarang dah pandai bergaya. Masa sekolah tak de PTPTN, kat universiti ada PTPTN...mungkin anak Makcik culture shock dan tak sedar diri...sebab tu bila time siapkan assignment, tak dapat siap....buat test, tak dapat jawab....exam memang dapat jawab tapi kalau projek tak siap, test markah sikit? Tak dapek den nak nolong Makcik Sal oiii!  Renti-rentikanlah dok cite pasal anak Makcik tu ye?

Makcik Sal terkedu. Diam. Sejak dari itu, dia sudah tidak berkunjung ke meja saya lagi.

9 comments

assalamualaikum..

kalau makcik sal tue jumpa saya, saya akan cakap begini..

" makcik..yang makcik duk bangga sangat anak masuk uitm tue wat pe..kalau nak kaya cepat masuk la AF ke hahahahahah"..boleh ke cenggitu huhuhuhhh

sahrom: silap tu, kalau nak kaya kerja kastam..jongkong emas pon boleh bagi kat makcik..

fara: sian makcik tu. dapat balasan cash.. apa2 pun, sebagai ibu sepatutnya dia tak boleh berhenti berdoa. sebab doa seorg ibu mengatasi segalanya!

agaknya makcik tu sedang berlumba dengan makcik lain kot..
anak siapa yang paling best..

lain kali jangan nak membezakan anak..
rezeki setiap anak kan lain-lain..
tapi usaha itu memang tangga kejayaan..

eh fara paham tak? :P

seronok sangatkah makcik sal ni bagitau semua orang yang dia tak berapa suka anak perempuan sendiri?

kecik hati makcik sal. kok ye pun bagi la stone cold stunner dulu kt makcik sal.

sahromnasrudin
Waalaikumussalam...eh, betullah sahrom. tak yah abis sekolah pun tp byk je duit....hahahahah!

kinna
eh, nak keje kastam pun kene masuk universiti gak....sbb yg dpt jongkong emas tu kan PEGAWAI kastam...heheheheh!

abah dan mak haqq
kid, fhm sgt2...heheheheh!

afrohead
tu yg pelik tu...tapi mmg kisah benar!

Encik Psychopath
tak mo...t jadi kes polis!

ada benarnya. berjaya dlm SPM tak semestinya berjaya dlm idup. yg penting, jgn RIAK dan MENDABIK DADA. kena batang idung sendiri, adoiiiii. peringatan utk diri sy juga.

Mak Izz
kadang-kadang, yang tak ada kena-mengena tu yg lebih-lebih. sudahnye, anak yg jadi mangse...

hmm,jangan berlebih-lebih dalam hidup ni..


apa apa hal,bersyukur dulu. bukan menjaja cita..

salu,cita baik2 je dia sebar-sebar....hmm

Catat Ulasan